Bila weekend menjelma ja mulalah duk pikiaq punya pikiaq nak spend masa dengan the love one kat mana kan.
Kadang-kadang tu serius buntu betul tak?
Tak kata orang lain, tu selalu jadi masalah kami laki bini. Mai weekend ja mula la soalan nak pi mana tu keluaq. Haihhh. Stress rasa.

Tapi lepas ni kami da jumpa port menarik dah untuk lepak minum petang. Tertarik betul dengan afternoon tea yang dioffer oleh pihak Ixora Hotel. Konsep English Afternoon Tea ni memang tersangatlah best.


This set comes for two, cuma RM48 net.

Jom tengok apa yang ada dalam Afternoon Tea set ni.


Mixed fruits with macaron.


Panna cotta | Mango & Rasberry Cake with Fresh Cream


Tuna Croissants


Scones served warm with butter and jam



Strawberry Tart


Cheese Sandwich


Selain dari desserts and sandwiches kat atas, set ni jugak comes with beverages yang menarik. Antaranya boleh pilih nak Illy Coffee ke, tea ke or fresh orange. 


Illy coffee yang pure katanya. Aku bukan coffee person, so aku pilih la tea.


Aku pilih tea ja. Untuk Anena aku amikkan orange juice ja.


Overall, memang this set best la sebab korang boleh enjoy ja makan dengan your love one tanpa gangguan kan. Tak macam dalam mall kadang-kadang rimas pun ada nak lepak n chillex kt dalam cafe lama-lama.



Untuk Tempahan
info@ixorahotel.com
04-382 8888


LOKASI:
Ixora Hotel
Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya,
13600 Perai,
Pulau Pinang



Ok kali ni nak share skit tips yang aku dapat dari satu website yang sangat particular bab2 organizing and cleaning ni. Tak lain tak bukan , CLEAN MAMA.

So meh aku share pulak, mengikut method yang diguna pakai oleh Clean Mama ni untuk sentiasa rumah tu kemas dan tak memenatkan kita sangat at the same time. Tapi aku olah ikut kesesuaian aku la ya.



Isnin- major cleaning untuk toilet. Yang brkerja opis tu, bangun awal2 pagi boleh spend masa utk toilet cleaning for monday.

Selasa hari untuk lab habuk. Spent masa at least 15 minutes untuk lap2 habuk kat rumah korang pada hari Selasa. Be at the morning before going to work or after work.

Hari Rabu, hari untuk vacuum. Pandai-pandai la korang curi2 masa untuk vacuum. Awal2 pagi sebelum mandi n pergi keja ka apa ka.

Khamis pulak hari untuk cuci lantai, mop ke lap ke. Janji amik at least 20 minutes untuk sweep the floor and mop dia.

Jumaat ni aku change skit, kalau Clean Mama biasa Jumaat ni dia kutip2 balik mana yang dia tak sempat buat. Tapi aku decide untuk hari towels& bedsheets. Kalau Clean Mama dia buat masa Saturday tapi aku takleh wat Saturday sebab biasanya on Saturday laundary loads aku brlambak, baju Anena kt umah pngasuh bagai semua nak basuh hari Sabtu. So pandai-pandai la korang adjust ya.

So hari Sabtu ni aku biasanya akan kutip2 apa yang aku tak sempat buat time weekdays. Time ni la rancang nak beli groceeries ka apa ka. Check balik la kot2 ada check list aku dalam minggu tu yang tak terbuat. Afterall, Sabtu kan family day.

Ahad ni biasanya cuma buat kerja-kerja rutin yang lain macam masak ke basuh baju ke n kemas yang skit2 je, bukan yang major2. And Ahad biasanya sama macam Sabtu, family day.

So, cerita dia sebenarnya jangan la hempuk semua kerja cleaning nak buat satu hari. Memang akan penat la cerita dia. Konsep dia hari ni buat ini, esok buat yang nu pulak. Kan ker senang skit. Takde la rumah tu macam tongkang pecah sangat bila dah masuk weekend tu. Weekend pun boleh chill2 ja ngan suami and anak2 kan. Tak ke best gitu haaa?

Korang kalau nak tips organizing and cleaning boleh jenguk Clean Mama ni. Best website dia...full of tips!


Ok adios



Start dari kejadian muntah-muntah kt Mydin hari tu, aku memang da tak masak apa2. Nak pegang udang ayam ikan segala mak nenek haiwan tu jadi takut jap.

Alahai. Dah kenapa alia oii. Stressnya bila jadi macam ni balik. Nampak petai lawa2 kat pasar malam pun jadi sedih sebab teringinnya lah nak makan. Tapi tau diri ni tak mungkin masuk ke dapur utk masak dalam masa terdekat ni. Nehi nehi. Pastu tekak ni dah 3 hari susah nau nak telan nasik! Kalau telan pun sebab lapor sgt and sebab taknak perut masuk angin ja.

Sighhhhhhhhhhhhhh.....
Adoih..........

Moi sup ni lah yg teringin sangat nak makan. Sedapnya bila dapat.

Malam kejadian yang muntah-muntah tu dapat kueytiaw thng pun sedap kemain rasanya. Haiii tekak nak sup-sup je ni.

Ni semalam tapau jugak mihun sup sebab tau mesti malam kang lapaq balik. Haaa cukup kul 11 mlam memang memanggil-manggil ja.

Ni pun tapau gak semalam untuk makan hari ni. Masuk dalam peti ais. Tadi panaskan ja lah guna microwave sebab lapor sangat haa. 

Lega perut tu haaa bila dapat isi yang baby nak. Cubq kalau makan silap sikit mula la nk uwek sana uwek sini. Tu belum kes pening-pening sampai tak boleh bangun ni haa. Memang stress gak la cerita dia.

Ni pun try bancuh jus delima Gulsan yang pati dia tu. Selalunya minum mcm tu terus ja, tapi lately ni after balik dr Perth asyik culas ja amik supplements and pati delima Gulsan ni.

Try bancuh minum tadi , lega ja rasa tekak ni. Kalau tak ka, minum air masak pun nak keluar balik. Bila minum buat air ni rasa la kurang skit kepala tu nak pening- pening ka apa ka. Lepas ni takleh la nak culas-culas lagi haa. Penat laa melepet ja macam ni.

Penat ok penat.





Baru-baru ni kan kecoh pasal isu banyak sangat orang request nak mekap RM50 la RM30 la apa la.

Haiyohhh pitam mak dengar nak...pitamsss. Beginner make up class aku pi pun dah RM350...macam mana orang boleh slumber badak ja mintak make up RM30-RM50, lain la kalau orang tu sendiri offer kan nak make up for RM50 kan.



Untuk 2 make up look di atas yang nampak sahaja natural kata kauuu...simple sajaaa kata kauuu.....

Ni haaaaa bahan-bahan yang digunakan oleh mak2 andam tau.


 Ni belum masuk eye liner, bulu mata pelesuuu lagi tauu

So tell me, gamak lagi nohh hampa nak mintak mekap RM50 zaman2 mcm ni...nak beli pondesyen pun tak lepas nak oiii. Tu belum kira terbongkok2 lagi nak mekap hampa sejam tau.

Pada yang bertanya aku, tak wat dah ka mekap...aku stil buat make up. Tapi aku da tak travel ke rumah org utk wat make up. Sebabnya, satu hal aku nak kena drive cari rumah org...satu hal lagi dah sruh kita p make up kat rumah...mintak murah pulak tu....dah mintak murah tu tanya pulaj kita pakai make up amenda....ewahhh....adoihh agak2 ler derrr. Minyak byar pakai duit dik, setakat ni bulu mak ni tak laku lagi kalau nak byar minyak tu😁😁😁

Kepada yang nak mintak aku mekap kan...boleh...tapi silalah mai ke rumah aku. Dont worry bilik belakang yang aku guna untuk wat make up orang tu ber ekon lagii haa..takdak isu peluh keti tauuu.

So bagi yang nak make up utk dinner ka, brtunang ka, sanding ka apa ka semua bagai tu. Boleh la roger2 hakak. Sila la mai ke rumah and jangan la banyak songeh pulak ya. Yang pasti sejarah hidup akak ni, tak pernah lagi tenyeh MAC pelesuuu kat muka akak sendiri apatah lagi kat muka orang tauuu...

Meh wassap kalau nak ya 0133363775
So back to Travelog Perth pnya ceritera, from Fremantle kitaorang gerak terus ke Caversham Wildlife Park. Dalam pukul 12 mcm tu.

Jarak lebih kurang 43km dari Fremantle ya. Around 54mins jugak.

Korang2 yang nak tau and rancang routes korang boleh la guna google maps ya. From there korang boleh tau jarak n masa yang diambil untuk travel dari saty tempat ke tempat yang lain ya. 

Actually Caversham Wildlife Park ni terletak dalam kawasan Whiteman Park ya. Dalam Whiteman Park ni ada macam2 park tau. Ada Motor Museum la, War Museum la apa bagai. Tapi kami hanya p ke Caversham Wildlife Park saja ya.


Ni la dia entrance kat Caversham Wildlife Park tu.

Entrance Fee:
Adult: Aud 28
Kid(3-14yo) :Aud12.50

Masa kami tu untuk Malindo customer ada 15% off tau kalau hampa masuk Caversham Wildlife Park tu. Janji kena bawak boarding pass hampa la ya.



Masa masuk-masuk tu kagum la jugak ada kertas tulis macam ni kan. Tak sangka pulak Bahasa Melayu jadi lingua franca mat sana. In fact masa kat Immigration hari tu pun ada officer dia mem tu siap greets kitaorg dalam Malay lagi tanya ada bawak ikan bilis or apa2 lagi. Gila tak kagum?

Perak sat tengok Wallaby. Aku ingatkan kangaroo. Rupa da sama. Kalau orang tanya aku mesti aku kata kangaroo ja sebab sama.

Wallaby. Aku ni asyik duk kompius la apa beza wallaby dengan kangaroo tu kan, so apa lagi sila lah bertnya kepada petugas2 di situ. Rupa-rupanya Wallabies ni ada 30 jenis spesis, while kangaroo cuma ada 3 jnis spesis saja. Kalau nak compared size, Wallabies ni kecik skit compare dengan kangaroo. 

Jom tour sekeliling kawasan.

Ada macam-macam sides tau. Koala, quokka, wombat. Pendek kata yang special-special yang ada kt Aus sana tu la.


Haaa apa lagi masuk feeding kangaroo la dulu.


Heran tak takut pulak mek ni.


Siap cakap-cakap and pujuk lagi suruh kangaroo tu makan.


Da besar anak dara kami bila tengok gambar ni.

Si papa pun nak feeding si Kangaroo.



Mama pun xmau kalah la kan.



Haa ni masa Show Wombat & Friends.


Time ni aku tengah beratur untuk bergmbar dengan Si Wombat tu.




Yang dua lagi da selamat bergambar dengan si ular tu. Euhhh geli aku. Ni tengok gmbaq ni pun aku geli geleman. Si kenit tu siap cakap aku apa la mama ni, dengan ulat pun takut. Dia bukan buat apa pun.

Hello sayang, ulat pun mama geli..ni kan pulak ulaq ok syg!



Our turn bergambar dengan Si Wombat. Berani betul la si kenit tu pegang2 usap2 si Wombat ni. Aku ni jugak yang takut2.




Dengan si mama koala n lil joey inside the pouch. Kat sana, anak2 koala ke kangaroo ke quokka ke wallaby ka klau duk dlm pouch depa panggil Si Joey. Dengan kami2 la si Joey kan.

Orang nak tangkap gmbar dia sibuk nak pegang2 koala tu. Alahai kak nena, awak ni tak tau takut ka sayang?

Lepas ja jalan-jalan pusing2 lagi maka aku pun dengan kepenatan yang amat dasyat cakap la aku nak p lepak kt cafe dia ja. Yang si papa n kak nena sibuk nk p tengok reptile. Eeeiii tak koser mak. P la korang 2 orang ya. Mama nk releks kat cafe dia jap. 

Sebenarnya lapaq tapi lupa pulak nak bawak turun nasi goreng yang tapau pagi tadi. Sabor je lah. So apa lagi. Tengok la apa yg ada di cafe.

Susu ni sedap nak mati!! Aku bagi laki aku rasa skit ja..pastu aku sruh dia p beli sendiri. Tak koser mak nak share2. Makan pulak dengan quiche spinach +tunaaa...
Perghhhh meleleh bila teringat. 
Quiche tu boleh pulak aku lupa nak snap kan.


So selesai ja makan, masing2 pakat serbu toilet. Yang paling bestnya, ni la satu2 nya toilet kt Perth yang ada PILI ok! Diulang ada PILI. dia punya nikmat jumpa toilet ada pili tu ssh nak cakap hokey... hahaha hoveer tauu. Lepas ja buang apa yang patut kat toilet tu  maka kitaorang pun gerak balik ke Scarborough. 

Jarak Caversham Wildlife Park ke Scarborough lebih kurang 26km, means lebih kurang 30min macam tu la kan. Elok sampai ja Scarborough kami singgah ke Coles. Coles ni pun dekat ja dengan hotel yang kami stay. Belakang skit ja pun.



Apa lagiii...grab 3 terus habuan untuk long distance keesokkan harinya.

Lobster weiiii baru Aud19.90. Untuk makan malam.

Nak tau berapa udang ni??
3 cucuk ni baru Aud1.50. Macam bonggok ja p amik 3 cucuk. Ni habuan umtuk masak bekal esoknya nak berjalan jauh. Masak sambal je.

Makan malam kami 3 beranak malam tu. Simple ja tapi berebut2 anak beranak.

Malam tu tidur awal la jugak. Pukul 10 da tdur dah. Terbiasa kat sana tidur awal kan. Ya lah sebab awal pagi dah nak kena bangun untuk masak bekal untuk perjalanan jauh ke Augusta pulak kan.

Nanti kita continue pasal Mandurah pulak ya.

Tata.



Mulut puaka

in , by Alia Farhan, 10:22 PM

Pernah jumpa org bermulu puaka kat sekeliling kita??? Ramai??
Alaa biasa la tu. Memang ramai pun kan. 

Aku dulu selalu ja ada mulut2 puaka cakap...
Eeeiii ko ni gemok laaa.....
Aku ni memang jenis toyaa jaaa...
Haah aku gemok...so what? At least i'm fat-bulous... Lalalalala.
Ya macam tu lah aku. Sebab aku malas nak layan yang set2 mulut longkang and puaka ni.

Kalau yang cakap aku tu jenis hensem taraf aaron aziz ka adi putra hadap la jugak aku kan. Ni da la kategori laki pendek kemetot berkerak bagai ada hati nak kata aku gemok! Cisss... tapi aku kutuk dalam hati ja lah. Aku takut nanti aku kufur nikmat pulak sebab memang aku gemok tapi aku tau aku tetap Fat-bulous dan DIVA gitew. 

Korang-korang yang bermulut puaka aka longkang tu. Mulut tu memang jenis takda insurans ke macam mana? Kang kalau kutuk balik kang sama ja aku ngn hang... so biar ja lah org2 mcm ni terus perasan hensem dan lawa ja lah sepanjang hidup dia. 

Agak-agak tak dak cermin bagi tau la aku, boleh aku sponser kan cermin gituuu haaa. Ingat, bersyukur la dengan apa yang Allah kurniakan kat kita. Jangan la riak dan takbur pulak bila da jadi lawa skit ke hensem skit ka. Baru skit ja Allah test dah menggelupur best sangat. Agaknya baru nak kenal dunia kot. 

Penat la hakak nak flip hair n shawl akak ni haaaa.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS