DIY project

in , , by Alia Farhan, 6:30 AM
Kali ni nak cerita psal DIY project ya.  Actually idea ni tetiba ja muncul ntah dari mana ntah. Aku kan jenis kejap2 ubah deco ni ubah deco nu.

Hasil tangkapan masa kat Eshed Market Fremantle hari tu.

Masa beli tu saja ja beli sebab suka tengok, kiut ja lahai ni. Bila balik tu masa duk unpack barang tu terpikir ehh takkan nak simpan ja berhabuk dalam almari kan. So apa lagi terus la amik menda alah biru tu. Idea sudah datang!

Taraaa...siapppp



Ni pulak reja minggu ni. Selamat da tempek wallpaper tu. Sebab geram tengok cat terkopek2 sebab dinding tu sebelah dia toilet so hari tu ada leaking. Nak cat takmau la, busuk2 lagipun ngandung kan tak elok sangat bau2 cat ni.

Tamay sudah episod DIY kali ni. 
Nanti kalau ada lagi, akan dishare di sini ya.

Stay tune.




Yes memang stress bila nyamuk banyak ni.
Lagi2 bila ada dapat berita Zika da ada yang kena kat Malaysia. Terus istigfar banyak-banyak.

Dalam duk cari natural repellent baru teringat kat Pokok Halau Nyamuk ni atau lebih dikenali dengan nama Jeremin. Nama saintifiknya; citrosa Mosquito . Baru teringat pasal pokok ni. Dulu2 ada ja kat rumah ni, tapi dah mati masa kemarau hari tu.

Ni bila mood nak berkebun tu mai maka apa lagi, jom cargass ke nursery kesukaan aku tu.

Bau dia memang kuat. Bila tersentuh akan ada bau macam serai skit, lemon skit. Nyamuk memang kompem tak suka.

Harga dia aku beli cuma RM8. selalunya harga dia boleh mencecah ke RM15. tapi sebab aku selalu beli pokok kt nursery ni dapat la murah.

Nak jaga pun tak susah. Senang je. Dia tak cerewet pun. Cukup air , cukup matahari ok ja! Aku letak kat dalam rumah ni. Stress sebab banyak nauu nyamuk dalam rumah ni haaa.

Semalam nampak la nyamuk bertempiaran bila aku sentuh2 and gonyeh2 daun pokok ni. Haaa amik kauuu!!!!

Ok lah, len kali kita update pasal kebun balcony ai tu pulak ya

Hai bersambung balik ya.
Lepas dari p ke airport utk tukar simcard bagai tu kami terussss ke Fremantle. Fremantle ni kiranya town yang ada port /pelabuhan tu ya and tepi pantai.

Sampai2 area Fremantle ni melopong jap tengok buildings kat sini. Mak aih lawanya.
Perak buih sat org kedah kata.

Dari airport nak ke Fremantle lebih kurang dalam 45mins macam tu. Ya, of coz pandu ikut halaju ok. 50km/hr pun follow ok! Sanggup ke nak byar saman Aud300? Heee

Sampai2 serang Kaili's. Lapaq wei. Time tu kul 10.30am. Lunch terusss laaa.

The famous Kaili's.

Fish n Chip!

Barramundi grilled! Mine...

Overall, rasa ok la. Tapi yang tak bestnya diorang tak makan dengan sos2 ni. Kalau nak sos cili ka tomato ka kena beli ya. Menyesal pulak aku tak bawak sos cili peket tu, ada ja kat hotel tu. Yang disediakan tartar sos ja. Alahaiii kita ni spesis jenis nak pedas2...kalau letak sos tu selambak wei. Ni rasa susah pulak nak telan! Tapi lapaq2 n sejuk tu ikan tu memang setel la. Chips dia punya banyakkk wei. Tak abih. Kena tapau untuk budak kenit tu sebab dia tengah lena time tu.

Wajib la kan tangkap gambaq kat sini!


Bangun2 terus kejar seagull. Amboii kemain lagiiii.

Wajib selpie berlatar belakang kan kapai2 di belakang tu.

Bagi la chance nk sweet2 dgn laki den.

Selpie kat jalan depa yg super tenang.

See memang tenang gila kan!

Kenit da duduk dalam stroller. Ada anak kecik tu rajin2 la hangkut stroller skali. Kalau sanggup nk dukung ok je.

Cantik sangat-sangat view dia. Ni nampak ja panas. Tapi sekali angin tiup pakat duk gigil haa

Selpie agiii

Laki aku tu dah kenapaaa

Bagi chance la nak selpie laki bini. Anak takmau tangkap gmbaq. Nak duk dalam stroller ja.

Sambil tolak stroller sambil selfie laaa



Jalan-jalan kat area Fremantle port ni.

The famous icon for Cicerello's restaurant. Aku tak pasti kenapa lucahh sangat niii.

Pemandangan sekitar.

Cicerello's restaurant yang juga femes kat sini. Kat sini Kaili's ngan Cicerello mmg femes ya.

Ni haaa si Kaili's tu.

So kalau korang ke Fremantle boleh la makan kat salah satu tempat ni ya. Aku dua2 aku dah rasa. Len kali pulak cerita psal Cicerello's ya.

Kalau korang sempat boleh la singgah ke Fremantle Prison. Rasanya dia open for public kot. Aku tak sempat pi so aku takpi. EShed  market pun kat sni ya. Sebelah tu ja. Tapi since weekdays tak bukak la ya. Dia open on weekend saja. So kami p balik ke Fremantle untuk ke EShed Market masa weekend.

Next destination, Caversham Wildlife Park. Stay tune ok!

****hai type ni sambil rindu dendam yang teramat***

Sebab cerita ni la aku teringin gila nak ke Perth!











Haaa...
Kali ni nak kasik tips yang dapat dari en google macam mana nak lipat cadar dengan betul dan kemas!

Yalah, selama ni lipat ja asal boleh kan. Lepas ni da dapat step lipat cara yang betul boleh la apply kan. Lagipun nampak kemas la skit untuk storage kan.

So amacam?boleh follow tak agak2? Malam ni ingat nak sruh en suami tukar cadar la kat dalam bilik.

Bila rajin tukar-tukar cadar ni mood pun boleh improve tau. Sebab tu kami laki bini suka shopping cadar kt Jusco lagi-lagi time offer la tapinya. Time tu kadang-kadang boleh dapat up to 70%+10% utk J card members lagi. Mau tak gila tengok cadar lawa2.

Apapun lepas ni boleh la sorting lawa-lawa cadar tu bila dah lipat cadar dengan betul kan.

Gambar hiasan. Bila la bilik nak cantik macam ni haaa....

Verangan dulu. Nanti dapat baby kena tambah side bed lagi sebelah pulak. Katil king ni cukup untuk Kak Nena tdoq melentang buat jambatan ja kat mama n papa dia. Baby kena tdoq kat side bed la ya.


Zika Virus di Malaysia!

in , by Alia Farhan, 12:34 AM
Allahu.
Tak tau nak gambarkan perasaan ni macam mana bila tau dah ada yang kena Zika Virus ni kat Malaysia.

Jom check gejala-gejala Zika virus ni.

Lebih kurang sama dengan gejala denggi jugak๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘




Dalam keadaan sekarang, no vaccine lagi ya untuk Zika virus ni. Zika Virus ni sangat berbahaya esp for PREGGY MOMS...Allahu.
I dont what else to say untuk mgambarkan hati aku ni.

As a preggy mom, of coz la yang ni paling buatkan aku risau. Tambah pulak memang lately ni after balik bercuti banyak betul nyamuk! Memang asyik2 pasang ubat nyamuk bakar tu ja lah!!! Geram. Tak cukup dengan tu, cuci2 apa yang patut. Bekas-bekas dekat luar rumah takut ada yang takung air. 

Tidur pun malam2 da pakai seluar panjang tak macam selalu asyik nak pakai short ja! Allah, seram nya. Harap-harap semua kita dilindungi Allah. 

Korang-korang pun be careful ya. Rajin-rajin cuci rumah especially kat luar rumah yang ada potential untuk jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes tu tau. Sama-sama kita berjaga๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Semoga Allah lindungi kita semua๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Hai...

Finally after duk edit masukkan watermark berduyun2 kt gmbar2 maka finally kita update dulu bab kereta sewa ya.

Actually ada banyak gila kot option untuj kereta sewa ni. Kami pun survey2 la online mana option yang paling cheap! So far kami dapat kat Aries! So kami book online semua. And sepatutnya kami pickup masa day 1 hari tu but since kami missed flight kami pada 14th Aug tu n naik flight pagi 15th Aug tu maka cepat2 la kami emel cakap cancel untuk pick up dekat airport and delay kami punya sewa ke d next day! Lucky us, pihak Aries pun sangat bagus.

Sebelum keluar bfast dulu nasi goreng cincai2.


So macam yang cerita sebelum ni, kami stay area Scarborough. Scarborough ni kira luar dari Perth City. Tapi dunt worry senang gila ok nak naik dia pnya public transport! So kami check ja kt google maps, select yang public transport dia akan bagi bus num berapa and kekerapan bus lalu kt area tu. Kalau nak tau kekerapan bus lalu kt area kami duk tu 10 minit sekali. Walaweh. Memang efektif sangat-sangat la. So last station kalau dr Scarborough tu akan stop kat Glendalough(sini transit utk train).

Pagi di Scarborough, time ni pukul 7.30am.

Muka ada nur. Padahal gigil time ni jalan nak ke bus stop tu.

Gila peacefull sangat kat sini. Tengok lifestyle depa pun relax ja takdak nak kalut2. Kat depan tu Indian Ocean tau. Kagum jap.

So back to story, kalau hampa macam tak pasti pasal routes hampa nak ke Perth City, sila la tanya dengan mat/minah salleh kat situ. Depa sangat ok and friendly. Untuk pengetahuan, masa naik bus ni kami kena byar Aud4.20 untuk sorg. Kami bayar AUD8.40 saja since Adriana FREE. And ticket ni boleh guna untuk train dan city bus kat Perth City. Janji duration time dia 2 hrs ok. Lepas 2 jam, tiket tu tak valid dah. Tapi gila ok kot. Naik tren  mana hala dengan CAT Bus kat Perth City semua tu FREE!

So kami set kat google maps untuk terus cari ke Aries Car Rental, dia akan bagi d nearest pit stop. Dari Glendalough naik tren ke Elizabeth Quay and dari Elizabeth Quay akan dalam skit ke Transperth. Kat sini ada yang nak ke Perth Underground ada yang tunggu CAT Bus. So kat sini kami kena amik CAT bus ya untuk Adelaide Tce tu utk ke Aries Car Rental. 

Dari stop dekat situ memang kena jalan skit ja untuk sampai ke Aries Car Rental tu. Alaa tengah winter kan, jalan jauh2 pun tak peluh. Kalau kat Msia ka peluh ketiiii.

Tak susah pun nak cari opis dia. Senang ja. Rupa-rupanya bersebelahan dengan Bayswater Car Rental ja.

Masa duk sign agreement semua tu, duk borak ngan mamat tu sekali dia tanya part address Juru is under which area, Bukit Mertajam rite. Terus ehh u from Malaysia ka? Hahahah...rupa-rupanya memang dari Malaysia mamat chinese tu. Pernah reja kt Penang n he's actually from Ipoh. Teruih cakap melayu haaa...xdak maknanya nak speaking2 dah. Aries ni rupa-rupanya owner dia Chinese Malaysian. Patutla cino-cino belaka dalam tu.

Untuk pakej dalam Aries ni, kami sewa carseat. Carseat adalah WAJIB untuk budak bawah 7 years kalau kat Aussie ni. Banyak-banyak la doa time tu. Nasib Adriana ok ja. Cakap kalau kakak takduk dalam carseat polis tangkap papa terus duduk elok ja dalam tu. Kalau tangkap mama dia tak kesah pun T___T bertuah punya anak!

And kami jugak sewa gps sebab kami nak travel jauh sampai ke Albany, dia sajes kami amik gps sebab kalau main dekat Perth je takpa la guna waze. Kalau sampai ke Albany nuu, takut ada jalan yang xdak internet coverage! So kami sewa ja lah. Memang betul pun kat cerok2 hutan tu takdak tenet ya. Nasib baik tak memandai2.

Ni la si putih yang kami sewa hari tu. 

Ni untuk hampa-hampa yang nak contact number utk Aries Car Rental ya. Tapi mostly booking kat internet ja.

Hampa boleh book kat SINI ya kalau berminat dengan Aries Car Rental ni. So far after survey banyak2 lagi car rental company yang lain,Aries antara yang cheap la. And bonding amik pun tak mahal dalam AUD200. Tapi yang tu dia charge atas credit card kita ya(macam kami debit card). So kalau takdak apa2 nanti after 10 days depa akan refund balik duit kita.

A brief explaination will be given and after check condition kereta for both parties dia akan bagitau kena make sure kereta condition macam mana kita sewa( bersih) and minyak kalau dapat full tank make sure masa return pun fulltank jugak. Oh ya, license Malaysia valid ya cuma make sure kena guna yg license baru tu yang macam ic tu. Sebab yang tu kan dwi bahasa ada english/malay.

Selesai ja urusan sewa kereta semua. Kami gerak ke airport balik sebab nak tukar simcard Optus aku. Dari malam sampai tak dapat-dapat nak activate.

Lepas ja da setel hal simcard, gerak ke Fremantle pulak sebab da lapaq sangat time tu. Nak makan Fish N Chip yeayyy. Kat sini la yang buatkan aku nak p sangat ke Perth bila duk tengok gmbaq Adam Hawa aaron ajis ngn nad nisa tu. Dari ngandung anak 1st lagi teringin nak p Perth, Alhamdulillah rezeki Allah bagi lebih kat suami dapat bawak kami ke Perth masa ngandung anak 2nd. Terharu pulak rasa.

Ehhh nanti la kita sambung part Fremantle pulak ye. Ada tugasan hakiki lagi duk mnunggu tu. 

Babai.


***update: husband cakap duit Aud200 dia depa da refund balik. Alhamdulillah. Lega dengar. Walaupun hari tu xsempat nak p carwash utk cuci kereta lagipun ujan2 jugak hari tu. Tapi kami make sure dalam kereta semua cuci bersih. Ni tengah berdebor2 takut ada saman sampai. Ye lah, kaki tu da control kemain kot pedo bukan main patuhi halaju katakan. Something u should practise here in my lovely country perhaps!

Nota tambahan:

Nak selamat taknak kena saman...sewa la sekali gps..ala baru $5 per day..compare nk kena saman $150 sekali speeding...sebab apa aku suruh sewa gps?sebab gps akn ting2 kalau korang over limit. So mau takmau memang korang akan berjaga2 bila ada gps ni..




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS