hai korang...
ada yang pernah naik bus Hop On Hop Off ni tak ? tak kisah la yang kt Penang ka kat KL ka...
seronok tak? heee seronok kan? kami geng-geng #bloggerutara yang dijemput oleh team Penang HOHO ni enjoy gila ahad 25 oktober hari tu.
serious wei seronok gils!

Untuk pengetahuan korang, Penang HOHO ni bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 8 malam. Dan untuk Penang HOHO ni terdapat dua laluan - Beach Routes dan City Routes. Dan yang LAGI BEST tu diorang ada wat promotion RM5 SAHAJA UNTUK PEMEGANG MYKAD OK!!!

HARGA TIKET PENANG HOP ON HOP OFF

(Ada dua tiket: 24 jam dan 48 jam)
Dewasa:
RM19 (24jam)
RM32 (48jam)

Kanak-kanak/Pelajar/OKU RM12

Kanak-kanak bawah 5 tahun PERCUMA


Maklumat dan tiket kaunter yang akan menjadi link antara antara Route Bandar dan Pantai Route akan berada di GURNEY DRIVE (STOP 9) dan Pasar Chowrasta (STOP 1). Sepanjang laluan itu, terdapat lebih daripada 60 tarikan di mana pelancong boleh naik ke atau naik-turun di mana-mana daripada 33 perhentian yang ditetapkan.

Ni antara pit stop pit stop yang akan dilalui sepanjang perjalanan HOHO ni.


PIT STOP STANDARD AND ON DEMAND

Pit stop standard, bas akan berhenti walaupun loceng tidak ditekan atau tiada orang yang menahan untuk menaiki bas itu. Dengan kata lain, pit stop wajib untuk bus berhentilah.

On Demand pula bas akan berhenti sekiranya ada penumpang yang ingin turun disitu. Penumpang boleh menekan loceng sekiranya ingin turun di pit stop on demand. Bagi penumpang yang ingin menaiki PENANG HOP ON HOP OFF di pit stop on demand, anda harus menaikkan flag sebagai tanda supaya captain PENANG HOP ON HOP OFF berhenti.

Atas undangan pihak Penang HOHO, kami geng-geng #bloggerutara amat berbesar hati untuk join tour ni. Okay serious cakap memang excited ni sebab ni first time untuk aku berjumpa dengan ahli-ahli lain BU ni kan. Seronok bila sembang macam dah kenai 10 tahun. Bahaha. Nampak sangat macam mak jem aku ni kan. Kitaorang semua berkumpul pukul 10 macam tu kat Gurney drive untuk naik bus ke laluan pantai.


Dengan orang kuat BU kak farah!


layan la mata jamu gambar-gambar kami kat atas HOHO tu nah

Pemandangan sepanjang Beach Routes ni.

Monaco in Penang hihii

Last pit stop Taman Rimba Teluk Bahang.Sempat la selfie berlatar belakangkan empangan tu.

Group selfie dengan team HOHO Penang n Kl.

Berhenti kat Taman Rimba ada la dalam 15 minit kot. Pastu pusing patah balik ke Gurney Drive. Sepanjang routes tu layan gila duk kat luaq tu ha. Amik angin n bajet tourist. Serious best sebab tinggi nampak la laut tu cantik gila la pulak kan.



Cantik kan?

So dalam pukul 12 tgh hari macam tu kami sampai kat Gurney drive. And tunggu pulak for the next routes! CITY ROUTES.... YEAHAAA..
Menunggu routes yang berikutnya.

Antara tempat femes yang jadi pit stop untu City Routes, tak lain tak bukan Penang Hill atau nama melayunya Bukit Bendera.

Penang Time Square. Jangan tanya ada apa dalam ni ok! Ada Mr DIY ja rasanya. hihi

Trademark Penang. Si KOMTAR yang tesergam indah nun di sana. Nasib la jerebu da reda sikit time ni. Dapat la gambar cantik-cantik skit kan.



Ni pun dekat bulatan yang nak menghala ke bangunan-bangunan Heritage dan menghala ke Padang Kota. Cuba teka apa yang simbolik sangat dekat bulatan tu? Kalau nak tau tu la arca BUAH PINANG YANG DIBELAH. Ya la nama Penang kan Pulau Pinang. Simbolik dengan buah pinang kan. dekat bendera pun ada pokok pinang kan. ni pun one of my chinese friend yang bagitau , Si Yen Shen tu yang bagitau.

So dari Padang Kota tu akan lalu pulak ikut City Bayview dan seterusnya terus ke Gurney Drive balik.
Dalam pukul 2.40 jugak rasanya kitaorang abih city routes kitaorang ni. Penat tu mengalahkan kami yang bawak bas pulek.

Sampai-sampai ke Gurney Drive terus terjah Gurney Plaza. Solat apa semua then terus serang Seoul Garden. Team HOHO belanja geng BU kat Seoul Garden. Tak rugi simpan perut kan geng!

Kemain tau adik kita dua orang ni tau. Takpa janji semua enjoy kan.

Ni pulak Cik Munirah kita, orang kuat Hop On Hop Off.

Overall kami semua memang enjoy sangat-sangat naik HOHO ni. Servis pun bagus. Kami pun da bajet-bajet macam orang korea jadian dah hari tu.bahaha. Korang yang plan nak mai bercuti kat Penang nanti boleh la book siap2 tiket kt web tu, cuma perlu isi details korang, print, bawak n bayar RM5 masa nak naik bus tu. CUMA BAYAQ RM5 JA TAU BUKAN RM19 (untuk pemegang MYKAD SAHAJA).

UNTUK PROMOSI RM5 TU CLICK SINI YA

RUGI LA kalau tak grab promo ni.

Aku ni memang siap da ajak encik suami lagi dah.
Mari la En suami kita p bajet2 tourist dari Espanyol pulak dah.

Untuk detail pasal PENANG HOP ON HOP OFF, korang boleh click dekat SINI.
Hi korang.
Pernah dengar tak pasal herbal blend shaklee?
Actually herbal blend shaklee ni adalah cream untuk yang mempunyai masalah-masalah kulit macam ekzema yang melampau, allergik, ruam lampin , gigitan serangga dll.



Ni la rupa herbal blend shaklee ya korang.

Aku ni memang da tahap jatuh cinta dengan herbal blend ni dah. Start jatuh cinta masa Adriana dulu tetiba kena allergik apa ntah kulit jadi macam merah-merah n naik bintik-bintik. Pastu angah bagi guna hydrocot kalau tak silap tapi angah da pesan sapu nipis-nipis tapi biasa la being a mom hang mesti nak sapu tebal-tebal bagi anak kau cepat baik kan. At first memang ok da kering tapi denggggg kat part yg allergic tu lepas apply hydrocot tu jadi hitam!!!
OH NOOOO!!!
Tak comel la baby mama nanti!

Time tu memang otak terus pikirkan herbal blend ni ja. Terus p HQ untuk beli Herbal blend ni. Masuk keta ja terus apply!
Suprisingly esok nya tu, yang kesan-kesan hitam macam terbakar tu tertanggal and dalam masa sehari kulit Adriana da recover macam biasa. Rugi aku tak tangkap gambaq before and after kan. Sama la jugak kalau dia kena diaper rash. Nanti dia sendiri akan mintak aku bubuh herbal blend ni. Sama la kalau kena ketit ngan nyamuk ka. Mama dia pun sama ja. Jerawat keluaq pun buh herbal blend kot.
Jom check apa kandungan herbal blend shaklee ni.



Sage ( my fav english herb)

*Sage, atau Salvia officinalis saintifik dikatakan tumbuh liar di sekitar abad ke-16 di beberapa kawasan di Sepanyol dan Yugoslavia.
*Terdapat juga negeri dari Sage Mediterranean mempunyai rasa dan bau yang lebih lazat daripada iklim lain.
* Sage adalah herba yang manakah mempunyai jangka hayat yang panjang dan Sage sering diekstrak untuk digunakan sebagai pembasmi kuman. *Sage daun mengandungi astringen Itulah yang terbaik untuk Mengecutkan liang terbuka dengan mendapatkan bahan-bahan kosmetik itu tidak dibersihkan dengan betul.
*Jika bijaksana daun dalam campuran ke dalam bilik mandi, ia dipercayai untuk mengurangkan bau peluh.
* Beberapa kajian perubatan menunjukkan daun sage boleh tenangkan dan menyembuhkan ulser mulut dan membantu dalam penghadaman lemak dan daging selera jika bercampur dengan makanan.


Horse chestnut

*Horse Chestnut Seed Extract merupakan agen antiradang,
*Menyelesaikan masalah rheumatism atau penyakit sendi



Yarrow

*Bagus untuk kulit sensitif
* Melegakan ruam atau kulit terbakar *Antiseptik Anti radang atau anti inflammation
*Mempunyai keupayaan yang tinggi untuk penyembuhan luka


Rosemary ( ok ni memang gila fav herbs aku. Skit-skit duk snif sniff)

*Meredakan sakit sendi dan keradangan pada sendi tulang
*Baik untuk melegakan gigitan serangga
*Banyak digunakan dalam merawat ekzema
*Amat berkesan dalam penyembuhan luka

Siapa yang sesuai menggunakan herbal blend ni???

*Digigit nyamuk atau serangga
* Ruam lampin/pampers bayi
*Tumit merekah dan kasar Kulit kasar kerana kerja berat
*Anak mengalami eczema
*Kesan terbakar
*Terkena minyak atau air panas
*Gatal-gatal disebabkan habuk
*Losyen yang mesra alam
*Kelegaan untuk lutut yang sakit

So korang-korang yang ada masalah-masalah kat atas ni, wajib kena standby tau kat rumah. Sesuai untuk kengunaan seisi keluarga.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan herbal shaklee ni, boleh hubungi

Alia -0133363775

Shaklee Independent anda
.

posted from Bloggeroid

November Rain

by Alia Farhan, 6:35 AM
Welcoming our November with pouring rain.
Yeayyyy jerebu pun da berlalu pergi.
Seronok den.
Tapi macam lagu Gun N Roses pulak.



My view for next 2 days.
Super love it.

It's been 8 years since my last visit to Langkawi. Lagi kerap pergi Phuket n Krabi dari Langkawi ni. Ni pun ujung december nk ke krabi 1 big family mak jah.

Will blog about Langkawi soon.
Mata da ngantuk. Ni pun sambil layan-layan travelling beruang. Bestnya jadi beruang tu boleh travel merata-rata.

Ok lah.
Gud nite

posted from Bloggeroid

Thank you nuffnang

in , , by Alia Farhan, 10:52 PM

Dapat dari nuffnang tu memang Alhamdulillah la kan.
Tapi yang aku suka tu sebab dapat untuk kempen MOH breastfeeding campaign.

Al maklumlah ada orang kata kami ni obsess sangat dengan bf ni. Pffftttt.

Ok lah. Tu ja lah nak cerita sebenarnya.
Ni otw kat dalam ferry ke langkawi ni.
Short getaway jap.

Nanti hakak story mory ok?

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS