Best ke WAHM?

in , , by Alia Farhan, 10:40 AM
Jawab aku......


BEST!!!!!!




Kenapa best???

Next time aku cita panjang lebaq okey....

Ni alu ngantuk sudaaaa...

Okey babai

posted from Bloggeroid

Perghhhh...
Ibu sambal tu apa???
Ibu sambal tu kira nya macam sambal based la...

Kegunaan ibu sambal ni utk memudahkan ibu2...terutama ibu2 yang bkerja...yg tak bkerja pun boleh gak wat ni...senang...tak payah dah nk masak lama2 kat dapoq tu bila ada ibu sambal...
Dengan ibu sambal ni..korang boleh wat asam podeh...wat sambal ikan/ayam/daging..ayam masak merah...ikan sweet sour dll....

Bahan-bahan:
Cili kering 2 genggam(potong&rebus 2 kali..untuk hilangkan hitam air cili kering)
Bawang besar 3 labu
Bawang kecil 6 labu
Bawang rose 5 labu
Bawang putih 1 labu
Asam keping 2 keping
*bahan2 di atas blend ya
Minyak untuk menumis bahan2
Gula merah/ gula putih
Garam


Cara:
1. Selepas blend bahan2 yang disebutkan dekat atas...tumis dengan minyak yang agak banyak...
2. Tujuan guna minyak yang agak banyak utk preserve ibu sambal ni supaya tak cepat rosak.
3. Masukkan asam keping dan tambahkan air...
4. Masak hingga sambal pecah minyak dan pekat.
5. Masukkan gula merah, garam dan cukup rasa.(oh saya suka rasa sambal saya manis..so lebihkan skit gula merah)
6. Masak hingga pekat dan rasa sikit..kalau dah kena taste korang dah boleh tutup api dah.
7. Siap untuk makan terus atau untuk disimpan di dalam peti ais bahagian bawah(kena sejukkan dulu sebelum masukkan dalam bekas dan tutup)

So senang kan...nak makan direct terus boleh...nak guna untuk masak menda lain pun boleh...nk makan direct ni..just masak nasi lemak..goreng ikan bilis dan kacang...rebus teloq...
Dah meleleh....


Tengol gmbaq ni tengah2 malam pun boleh wat meleleh dah...
Ni tips utk orang2 yang tak suka duk kat dapoq lama2...boleh masak ibu sambal byk mcm ni sekaligus...jimat masa..jimat tenaga..dan yg penting..jimat gas dan duit...xpyah nk mkn kt luaq lagi cakap xdan nak masak kan...

Ok ibu2 sekali..harap2 tips ni dapat la tolong hampa semua

posted from Bloggeroid

Celcom oh Celcom

in , by Alia Farhan, 2:32 AM
kekadang aku rasa nak carut sangat dengan Celcom ni... sebab apa tau dak... sebab aku sign up pakej yang 3g pny tenet kan... tapi aku jarang sekali kot guna aku pny mobile data kecuali bila aku keluaq dari rumah... duk rumah tentu2 la layan Streamyx kan... memang tak ON kot mobile data tu.... tup2 bila aku keluaq ON mobile data..da reach 80% usage.... WOIIIII CELCOM WOIIII...CELAH MANA YANG AKU DAH GUNA SAMPAI 80% NI... MEMANG VAVI SUNGGUH LA CELCOM NI... DULU MASA RUMAH TAK PKAI STREAMYX TAKYAH CAKAP LA... LAGI SUKA2 HATI BAPAK DIA JA NI MEMANG BUAT AKU NAK TUKAQ KE LINE LAIN NI.... i was thinking of choosing UMobile..bnyak review cakap bagus... murah pun murah tak gatai2 mcm CELCOM mangkuk ni suka2 ja celah mana ntah aku guna data sangat... on Utube jarang sekali... setakat Ig ngn Fb takkan la luak sgt kot... tu pun keluaq...bila duk relax2 kat kedai makan ja baru ON data... CELCOM ni dah mcm AHLONG ni..mau cari gadoh ja yaaaa... KAU TUNGGU YA CELCOM!!
Semua cloth diaper baru (apapun jenis dan materialnya) perlu dilakukan prewash sebelum digunakan (dipakaikan) pada bayi anda. Tujuan prewash? 1. Tujuan pembersihan: untuk membersihkan CD daripada sisa2 pembuatan fabrik dan juga ketika proses pengilangan CD itu. CD dibuat daripada material baru, jadi rasionalnya mmg perlu dibasuh dahulu sblm digunakan. 2. Tujuan penyerapan: bagi membolehkan CD anda menyerap dengan lebih baik. Semakin kerap CD dibasuh, semakin bagus kadar serapannya. 3. Supaya mendapat bentuk dan saiz sebenar CD itu (to fit-snugly on baby). Utk itu CD perlu dibasuh dan dikeringkan beberapa kali (bagi sesetengah material, mgkin ada material yg mengecut (shrink) atau mengembang?). Biasanya pihak pengeluar telah mengambil kira hal ini semasa proses pembuatan CD :) Berapa kali prewash? Utk CD biasa (kebanyakan CD di pasaran) perlu diprewash 2 hingga 3 kali. Bagi saya, minimum adalah 3 kali prewash. Bagi CD/ insert bamboo/ insert hemp perlu diprewash 6-8 kali utk mendapatkan kadar serapan yg optimum. Begitu juga dgn material organic cotton (seperti soaker grobaby/ grovia) minimum 6 kali prewash. Bagaimana yg dikatakan prewash? Basuh, jemur (hingga kering) dan basuh semula. Ulang sebanyak 3x (atau sehingga serapan ok). Caranya? Utk prewash boleh basuh tangan (hand wash) atau pakai mesin basuh. Utk basuhan pertama boleh gunakan sedikit sabun (sabun yg tiada campuran softener) dan utk basuhan kedua dan ketiga boleh basuh tanpa sabun. Utk prewash kali pertama boleh juga gunakan air panas (suam). Cadangan prewash? Cara saya: Utk CD baru saya just celup2 air atau lalukan bwh air paip. Then, perah dgn lembut dan jemur. Boleh juga spin dgn mesin basuh sebelum jemur (mesti letak dlm laundy net). TIPS: Boleh tumpang spin dgn CD lain yg dibasuh, ketika spin yg terakhir.. huhuhu.. Adakah semua bahagian CD (insert/ soaker/ shell/ cover/ pocket pant) perlu diprewash? Ya, terutamanya insert/ soaker perlu diprewash utk meningkatkan kadar serapan. Sebaik-baiknya prewash insert/ soaker mengikut jenis material atau mengikut aturan/ cadangan pihak pengeluar. Shell/ cover CD (utk jenis AI2) boleh diprewash 2 kali sahaja. Pocket pant dicadangkan 3 kali prewash (supaya inner dpt menyerap basahan dgn baik).
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS