bulan ni Promo utk Shaklee VIVIX...
Beli 6 Percuma 1...
Tapi kalau korang beli 2 botol VIVIX dapat percuma membership....
tapi kalau korang nak dapat harga member....boleh ja join ahli dulu...
baru RM65 seumur idup....
tak rugi kot join...dah la dapat harga best...korang taknak ker???

so ada apa dengan tonik power Shaklee ni????

 
 
kandungan dalam tonik power Shaklee ni pulak?


1 Anggur Muscadine --
 Satu2nya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg  menafaat utk kesihatan..Ia mempunyai cici2 menghentikan kimia penyebab kanser,anti virus dn anti bakteria.
Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. . Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.
 
2. Elderberry atau Sambucus Nigra
Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Buah ini banyak tumbuh di Eropa, Amerika Utara, Asia, dan Inggris. Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam pengobatan tradisional.
Jus Elderberry telah terbukti sangat efektif dalam pengobatan dan penyembuhan flu dan juga digunakan untuk mengobati penderita flu selama epidemi di Panama pada tahun 1995.
  • Kandungan vitamin C yang tinggi membuat jus elderberry sangat bermanfaat dalam pengobatan penyakit yang disebabkan karena infeksi virus dan bakteri.
  • Manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah kemampuannya untuk mencegah dan mengobati kancer, fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya.
  • Jus Elderberry meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengobati penyakit AIDS dan kancer.
  • Jus Elderberry dikenal untuk menurunkan kadar kolesterol dan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.
  • Efek berbahaya dari pencemaran, stres, dan makan yang tidak sehat dapat dicegah dan dikurangi dengan mengambil jus elderberry setiap hari.
  • Jus elderberry mencegahan dan mebantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas
  •  Juga dapat meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal,
3 Purpple Carot
.Ia adalah sumber terbaik vitamin A dn mengandungi phytokimial termasuk carotenoids ,phenolics,polyacetylenes,isocoumarins dn sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins,antioksidan yg mustajab. Anthocyanins adalah btanggungjawab pd warna merah menyala, biru dn ungu pd buah dn sayur.
 Asid klorogenik adalah antioksidan paling byk dlm semua karot dn ia bertanggungjawab mengurang diabetes.
  Kebelakangan ini kajian menunjukkan anthocyanins, bertindak
sebagai anti radang,anti mikrobial dn anti carcinogen.Ia mengurangkan
 risiko penyakit jantung.

4.Polygonum Cuspidatum
Polygonum cuspidatum  ( knotweed jepun) adalah tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia, yg juga byk ditemui d amerika utara dan eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol
Polygonum Cuspidatum banyak menafaat kesihatan dn dgunakan utk merumuskan supplemen anti penuaan . Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan,merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dn megurangkan berat badan.
 
Bagi yg berpenyakit mungkin berlaku tindakbalas negetif utk sementara waktu. Ia umpama rumah anda mungkin berabuk sedikit sebelum ia menjadi bersih . Bersabar dn tabah utk kesihatan yg unggul.
 
Cara Makan:
1 sudu setiap hari.
 
SIAPA YANG SESUAI CONSUME VIVIX SHAKLEE??
  • Pesakit SLE
  • orang yang berisiko cancer-keturunan
  • darah tinggi
  • strok
  • diabetes
  • cyst
  • anti penuaan
  • bantu baik pulih ketagihan merokok
  • pesakit jantung
  • bantu kurangkan nyanyuk
  • masalah mata
  • sakit lutut
  • asthma
  • allergy.
BERMINAT??
HUBUNGI SAYA 0133363775....
 

Sakura Scented
3 packs for RM5.90
6 packs for only RM8.90
1 pack consists of 10 wipes...
Alcohol free
Gentle&mild


ni muka make up....


close up skit muka make up


2 wipes application...

AFTER...


WALLAAA....
okla...for travel mmg bagus la...takkan la nk bwk make up remover pegi mall kan..kalau nk kena p solat tu..guna 2 wipes dah ckup utk tanggalkan make up kt muka...

smell?
okla..takla bau kuat sgt...

repurchase?
of coz...it works for me...harga pun murah...why not kan?

ok lah...
adios.....

posted from Bloggeroid

BOYCOTT ISRAEL!!!

in , by Alia Farhan, 11:38 PM
yeah...
Israel atau kaum yahudi zionist ni...dalam kitab suci kita Quran pun dah habaq mmg 1 kaum yg sgt ego..sombong..bongkak...sebab tu la byk nabi2 yg diutus dari kalangan Bani Israel ni...but stil depa ni ketegaqqqq....




so korang pun tau mcm mana depa boleh divert attention kita p kat World Cup and depa sedap2 p duk attack Gaza kan...
kojaqqq sungguh puak2 lahanat ni....

apa yg kita boleh buat???
nak tolong kat sana...aku rasa kita ni mmg tak mampu...kadang2 duk kat Malaysia yg kadar jenayah maciam2 pun kita da takut ni kan pulak klau rockets duk lalu ataih pala hoi hoih...

1 way to help is of coz by our du'a....yess..du'a is d greatest weapon we had as a Muslim...remember Allah is always be with us....

2nd....lets donate to Aman Palestine...all ir donations will straightly goes to the Palestinians....

3rd BOYCOTT ISRAEL PRODUCTS...
YEAHHH....BOYCOTT THOSE PRODUCTS...McD...STARBUCKS...VICTORIA SECRET....BLABLABLA....

aku rasa...tak mati pun kalau tak makan mekdi tu kan...even Jamie Oliver also proved that McD been using peroxide in their burgers and used the low quality meat that should been feed to animals...not us!!so is there any concrete reasons why u should say oh no...i'm gonna die if i dont eat that McD???

if people in UK can boycott their products such as soda pop until bungkus...why cant we??malu la skit...if we dont want to..dont make fun of others yg berusaha utk boycott all those products...nnt nampak sgt "tak pandainya"....simpan skit tak pandai tu utk masa depan yeahh...org kt UK perjuang as the name of HUMANITY...tp kita kena berjuang as Muslim blood brothers n sisters...






lists of product that stand for negara haram Israel...



bar code for Israel products

tak boleh boycott semua...kita boycott half...at least this is what we can do to help our brothers n sisters there...dan tak lupa jgk supaya economy Israel lumpuh...depa pun tgh kecut teloqqq tu dengaq EU nak start boycott products depa...so kita ni mmg takdak reason kot nk tak boycott products depa...

*tak mati pun aihh tak makan mekdi kak ton oiii


ni mmg mkn dalam la...tak paham lg tak tau nk kata apa la


ni bapak segala banggang bingai dan waklu...hat yg malaysia sambut bagai nak rak...siap berselpie lagi...phuihhh...tak hingin aku nk selpie ngn dia ni...



bagi yg nak menderma utk Aman Palestine...ada num2 acc dan ada jugak cara nak menderma melalui sms ja...hope this will be bekalan for us kat "sana" nnt...lagi2 bulan posa ni kan...xnak pahala berganda2 ker kak ton oii??

ok lah...

pikir2 kan lah....
kita ada choice utk buat something...
to help and protect them...
because kat Palestine la ada Masjid Aqsa kita...our first Kiblat...tempat suci utk org Islam...kalau kita tak tolong depa...xtau la nak kata apa...

sekian....

ai is kena masuk dapoq nak masak for iftar...babai

"ISRAEL IS THE THE REAL TERRORIST AND SHOULD BE ROT IN HELL"

posted from Bloggeroid

cara nak elakkan marah anak2

in , by Alia Farhan, 3:32 PM
untuk perkongsian buat mama hebat...

aku pun amik dr org...
senang paste kt blog sdri...nnt apa2 tgk kt blog balik ja...
aku bkn apa kadang2 termarah jgk kat Adriana...biasalah budak tgh lasak...
kita pulak bz ke laut ja...
nk wat keja rumah lgi...kita mengemas..dia pun nk tolong kemas jgk...mau x kena marah kadang2 tu....

apa pun...mama2 jom kita baca ni...

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.


Anak kita adalah cermin diri kita……..



Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.



Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.



Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.



Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.


Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.


2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.


Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.





sorry yana...klau mama mrah2 yana....tpi mama ngn papa syg sgt yana...

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS