Ya..seperti yang aku cakap before this. Aku ada amik job make up bertunang untuk rakan & adik blogger aku iaitu si Manis Miamor Zafirah. Untuk make up bertunang ni Zaf request nak natural look.

Kiranya timeless look gitu haaa. Jom tengok pic Cik Miamor Zafirah kita.


Gorjes tak cik adik kita sorang ni?


Alhamdulillah senang nak make up muka Miamor Zafirah ni sebab kulit dia memang sedia cantik and flawless. Macam kulit baby pun ada. Eii geram. Rasa nak cubit-cubit macam duk cubit Ecah.


Alhamdulillah. Yang penting tuan empunya badan puas hati dengan make up i kan.

Hampa yang duk kat Penang and sekitarnya  kalau nak kita make up kan untuk dinner ka, bertunang or any special event boleh la directly whatsapp ya.

0133363775





Minggu lepas masa GDEX mai hantar barang aku da pelik. Eh macam takdak order apa-apa pun. Bukak-bukak ehhhh PR ni. Hantar kat kita barang Dashing kauuu. Boleh la bagi kat laki kami spray-spray nanti kan.

Ya lah, tipu la kalau kata kami tak kenai Dashing tu apa. Dashing ni antara perfume jejaka yang legend wei. Teringat arwah abah kami memang suka la pakai bedak Dashing ni. Bau dia memang perghhh. Rindu wei kat abah bila terbau Dashing ni. 12 tahun da aku rindu bau abah / Dashing ni😭😭😭 Al Fatihah untuk abah. 


Berbalik kepada cerita Dashing ni, apa yang menariknya Dashing dah buat Dashing Anytime EDT. Kenapa ANYTIME?  Sebab nya hampa cuba la tengok size dia ni. 



Yes. Boleh bagi dekat laki den.



Kan da cakap Anytime. Sebab size sebesar kad kredit/ debit ni senang la kaum jejaka nak selit dekat dalam sling depa. Di samping stailo dengan sling bag, baju kemeja segak-segak pastu angkut ja EDT ni merata-rata. Nak sembur ANYTIME pun boleh kan...

Jom tengok jenis-jenis wangian Dashing Anytime EDT ni.



1.Cool
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.



2.Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.




3.Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.




4.Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.



Dan yang paling best untuk Dashing Anytime EDT (18ml) ni boleh didapati dengan harga RM7 ya. Very cheap and I'm so impress with the price, smells and quality. Haihhh. Masih ada yang murah dekat Malaysia ni. Syukur.

So korang-korang yang perasan hensem dan berasa nak jadi Remy Ishak (sebab Remy Ishak pernah jadi model Dashing kan) boleh la pi beli Dashing Anytime EDT ni tau. Dah la wangi, automatik kalau hampa pakai ni terus aura-aura RI pi kat hampa tau. 



Maklumat lanjut korang boleh layari :
Website

Facebook

Instagram






Yes kali ni nak share pasal make up kahwin / bertunang yang IN sepanjang zaman. Maksudnya kalau korang tengok 20 tahun lagi gambar kawen korang, korang cakap wowwww...bukannya Erkkkk what is this😣😣😣

Jom kita tengok gambar-gambar make up kahwin yang valid sepanjang zaman u olls.


Sumber Pinterest


Sumber Pinterest


Sumber Pinterest


Sumber  Pinterest

And kami nak tunjuk juga make up pengantin yang smoking hot dari local MUA yang kami sanjungi. Tak lain tak bukan sifu kami dua orang; Si Yana/kak Love n Farra/Ferrarosa


Credit to my sifu Shazreeyana @yana @ kak love yang tengah meletop sekarang




Aku memang suka gaya Yana make up sebab tu la aku join class dia dengan adik dia Farra or Ferrarossa


Look macam ni memang valid sepanjang zaman.


Sama jugak dengan Yana, Fara dengan Yana memang ajar kami untuk make up natural untuk para pengantin sebab tu adalah look sepanjang zaman uolls.


Cantik kan.. i liokkee


Effortless but the look is so damn hot.




Credit to Saidatulnisa Aminudin

Make up wedding Tunku Tun Aminah pun antara yang kami suka.


Sebenarnya kami nervous ni nak make up orang sebab lama da tak amik job mekap orang kan. Doakan kami naaa. Kawan kami tu request nak make up ala2 TTA ni. Harap-harap ok la esok ni kan. Nanti kami share hasil dia. Tangan pun da keraih ni nak make up orang. Make up muka sendiri tu biasa la kan. 


Entry ni penuh dengan gambar je tau...
Furniture pun da banyak kali re-arrange. Orang-orang yang kaki deko ni paham kot kan tebiat kaki deko ni.

Bulan ni macam ni. Bulan depa macam ni. Ada-ada ja nak tukau nyeee. Eh jom jamu mata dulu lah.


Ni masa dulu sebelum let go deep freeser. Stress betul ada deep freeser tu, makan ruang sangat. Sekarang bila da letgo fuhhh jimat ruang.



Ni pun satu masa dahulu. Sekarang berubah skit je pun tak banyak yang berubah.


Lepas dah letgo deep freeser kami laki bini decide nak rapatkan meja makan ke  dinding ja sebab yang makan kat meja sekarang kami bertiga ja. Ecah reja mnyondoi dengan walker dia tu ja. So make way for her to move around the house. Kalau orang mai, tetamu datang akan tarik meja dining tu ke tengah n amik ja kerusi lagi dua ketul kat tepi tu bawak ke dining table. 😊😊😊
Well rumah kecik kan nak buat macam mana.


Konsep scandi_scadu la sangat kan.


Ada orang tanya aku, anak tak kacau ke? Gila tak kacau. Kacau la jugak nama pun kids kan. Especially Aishah, da ada deria-deria nak jadi Dora d Explorer kan. Explore sana sini. Si kakak da tau dah nanti aku bising kalau dia sepahkan barang-barang deko mama dia. So dia takda la nak kecah sangat. Kalau dia main pun nanti dia akan letak balik elok-elok.


Ni da berapa kali da deko atas tu terbalik sebab Aishah nak explore. Tapi lepas tu cakappp aippp tak mau tak mau...dia pun paham kita tak bagi.
Sebenarnya konsep dia nak deko rumah time anak kecik pun tarak hal. Bagi ja dia da biasa nampak, bila dia da biasa nampak lama-lama eleh boring ahhh nak kacau deko mama ni. Haaa gituuu


Nak mat kitchen aku ya. Gigih tak husband aku buat tiles macam tu sebab dia tau bini dia suka gitu. Tenkiu paa.


Ni kat bilik kerja aku. Ada la gantung-gantung baju jugak.


Acah-acah scandinavian sangat kan


Ni port aku la. Kerusi aku.


Scandinavian ladder


😍😍😍😍


Suka betul aku dengan mirror ni. Nampak mewah walaupun murah ja aku beli kan. Janji kena pndai stail kan dia.



Ni la kitchen yang husband aku buat. Sampai ke atas terus dia buat.

Korang kalau nak renovate rumah especially orang Penang boleh la contact suami aku untuk dapatkan quotation untuk renovation ya.

Korang seru ja nama aku ok. 

Boleh contact ;

Amir Firdaus 

0125045789


Yang mana nak beli barang-barang deko rumah ala-ala scandinavian boleh lah pi ke


ATAU 

whatsapp terus

0133363775




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS