Sempena dengan hujung tahun ni, Fame Cosmetics ada buat SALES korang....

Untuk lip matte Fame Cosmetics yang LIMITED EDITION tu. Berita baik untuk korang-korang yang memang peminat Fame Cosmetics lip matte. Takyah cakap orang lain la, orang yang duk type ni pun sama jugak la.😁😁😁


Rugi kot tak grab, biasa harga RM70..ni tengah SALES cuma RM55 saja.




Cantik sangat warna-warna ni. Glam ngn Topaz ni antara color must have dari Fame Cosmetics ni.

Korang-korang kalau nak dapatkan Fame Cosmetics Limited Edition lip matte ni boleh la check sini ya:


Atau korang boleh terus

Whatsapp 0133363775



Pernah dengar pasal sistem penghadaman yang baik mempengaruhi kesihatan dalaman dan luaran anak-anak?

Kalau korang nak tau, sistem penghadaman yang baik bukan saja mempengaruhi kesihatan dalaman dan luaran anak-anak tapi sistem penghadaman juga mempengaruhi pembesaran dan emosi anak-anak kita. Baik sistem penghadaman anak kita, In Sha Allah sehat la kesemuanya.



Sebagai seorang ibu, dah pasti kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Untuk pengetahuan korang Friso Gold dengan Teknologi LocNutri.

Kalau korang nak tau, kebanyakkan makanan diproses ( processed food ) ni selalunya diproses dengan menggunakan haba yang tinggi dan menyebabkan kandungan nutrisinya seperti protein rosak. Sama la jugak halnya dengan susu formula.



Dan seperti yang kita sedia maklum, once protein tu rosak maka penyerapan ke dalam usus pun akak terganggu dan akan menyebabkan ketidak hadaman, senak, sembelit dan lain-lain masalah dengan penghadaman.


Untuk pengetahuan korang, Friso Gold dengan teknologi LocNutri telah dicipta untuk menyingkirkan masalah ini. Teknologi LocNutri menggunakan haba yang lebih rendah untuk memastikan protein berada dalam keadaan yang sepatutnya dan lebih natural kepada keadaan asal strukturnya.


Struktur asas protein.


Fungsi protein adalah penting untuk pembentukan struktur otot, kulit dan rambut. Antara fungsi lain protein adalah membentuk antibodi dan immunisasi kepada badan untuk memelihara si kecil kita agar sihat secara luaran dan dalaman.


Adriana Arissa ni kalau tengok-tengok balik dari segi perangainya seorang anak yang "adventurous", suka kan menda yang baru dan mencabar. Dan dia tak takut pun dengan ular macam mama dia 😑😑😑


Walaupun suhu di Busselton ketika ni mencecah 10 degree C tapi si Adriana kami ni tetap steady berlari ke sana sini sambil mengejar seagull. Mama dia dah mengigil kesejukkan walaupun lemak tebal berinchi-inchi tapi dia tetap steady!


Penting untuk kita as parents untuk memastikan anak-anak kita sihat dari segi dalaman dan luaran. Bila badan sihat daru segi dalaman dan luaran, secara automatiknya "confident level" anak kita juga akan bertambah. 

Dan sebagai parents juga, kami pilih untuk mencuba Friso Gold 4 untuk Adriana sebab yakin dengan nutrisi yang dikekalkan oleh Friso melalu teknologi LocNutri nya itu. 




Selain kandungan nutrisinya yang berkhasiat, rasa vanillanya juga turut menarik hati kami untuk mencuba kepada si Adriana ni.


Seronok bukan main dengan Friso Gold 4 ni.


Selain daripada memastikan si Adriana kesayangan kami dapat nutrisi yang sepatutnya dari pengambilan susu formulanya, kami juga turut menitik beratkan pengambilan;

  • Buah-buahan ( buah anggur, kiwi, pisang dan oren antara kesukaan Adriana..bagus sebab kesemua ni kaya dengan vitamin C semulajadi yang diperlukan)
  • Air masak secukupnya
  • Protein dari sumber makanan ( oh Si Adriana ni memang favourite dia makan ikan..sikit-sikit nak fish mama)
  • Sayur ( favourite dia mestilah carrot atau lobak merah)



Aktiviti luar rumah, mandi air hujan buatan sendiri. Seronok bukan main sekali sekala dapat mandi di luar rumah 😊😊😊




Dari segi luarannya pula, as parents kami turut mengalakkan Si Adriana untuk mencuba benda-benda baru seperti :

  • bermain dan bersukan di dalam indoor theme park yang banyak terdapat di mall-mall sekarang nk
  • Membela haiwan peliharaan : setakat sekarang ni kami cuma membela ikan guppy tapi kami dapat lihat bagaimana prihatinnya Si Adriana dengan ikan-ikan guppy peliharaan kami.
  • Menolong kerja-kerja rumah seperti mengemas permainan.
  • Menolong "gardening" di kebun balkoni kami.
  • Mendengar segala cerita yang disampaikan oleh Si Adriana ( let her speak what she wants to tell you by this way she will improve and boost her confident)


First time bawa basikal tapi da steady! Caya lah anak mama ni😚😚😚


Dengan pendedahan kepada benda-benda baru di luar yang berfaedah, si anak akan :
  • Kuat daru segi fizikan, emosi dan mental.
  • Berasa yakin dengan kepercayaan yang diberikan kita.
  • Perkembangan positif bila berada di persekitaran yang positif.


Bagi korang-korang yang berminat dengan produk Friso Gold and berminat nak try sample Friso Gold, boleh la layari Friso Gold untuk maklumat yang lebih lanjut. 



Da masuk hari ke-12 berpantang, rindu nak make up. Rindu nak itu nak ini. Kalau make up kang mesti mama aku cakap buang tebiat la tu.

Tapi serius kot rindu nak make up. Lagi-lagi bila tengok team VIP RT pakat semua meroket. Mak terpaksa slow down dulu la sebab xda orang nak tolong poskan barang semua. So tak best rasanya kalau nak meroket tapi terbatas pulak kan.

In Sha Allah lepas pantang nanti, nak buat tutorial make up pulak. Rasa macam nak buat youtube tutorial untuk simple make up look apa bagai. But of course la kena tunggu beli notebook/lappy baru dulu. Yang ada tu pun outdated, hardware dah tak detect wifi la apa la. PC pulak susah nak angkut p mana-mana kan. So marilah kita menabung untuk lappy baru.

Untuk kali ni, nak tunjuk kat hampa semua dulu freckles make up look. Freckles tu jeragat tau. Selalunya freckles ni femes di kalangan mat salleh. Depa embrace freckles depa tapi orang melayu pulak suka nak pakai product pemutihan sampai naik jeragat bagai and then kalut nak hide freckles tu😑😑😑


Antara pelakon yang aku suka sebab cantik walaupun muka dia ada freckles.


Nampak cantik ja walaupun nampak tompok-tompok freckles.


Natural.


I like this make up look, walaupun maybe they fake the freckles, but stil i find this look is natural n sweet.




In Sha Allah nanti habis pantang kami try buat fake freckles make up look ni. Nampak cantik pulak😙😙😙


Tanggal 28 November pukul 8.23am, kami selamat melahirkan puteri kedua kami secara cserian. Dapat pulak 1st number sebab memang kena elective cser atas nasihat doctors. Memang cuak dia Allah saja yang tau.

Alhamdulillah both me n baby doing well now, and aku pun semakin recover sikit demi sedikit. Kalau masa Adriana dulu kesan cserian amik masa yang agak lama untuk aku recover, dalam 2 weeks jugak la baru dapat nak jalan elok. Dalam 2 weeks jugak baru dapat nak menyusu anak dengan baik. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan dalam seminggu ni Alhamdulillah recover agak cepat.

And baby pun kali ni jaundice agak cepat hilang compared to kakak dia. Dalam 9 days, da clear jaundice baby. Kalau kakaknya dulu dalam 2 weeks plus plus jugak la baru nak ok. Bayangkan dengan sakit lepas cserian nak kena ulang alik ke hospital check kuning anak. Allahu, hanya Allah ja lah tau macam mana peritnya rasa time tu.


My princesses, Adriana Arissa & Aishah Arissa.


Muka dobot dobot yang bahagia dapat minum susu mama dia.


Si kakak yang tak abih-abih skit skit nak sayang adik dia. Harap-harap sampai ke tua ya mama nak tengok anak-anak mama sayang satu sama lain.

Ada orang suruh aku cerita experience pasal beranak cser, korang nak tau ke pasal cserian ni? Sakit tak? Aku maybe tak pernah rasa sakit macam mana beranak normal tu. Tapi aku rasa kalau terhiris jari dengan pisau masa potong bawang pun korang da nak nangis sakit apatah perut korang yang berlayer-layer ni kena lapah untuk keluarkan baby. 

And kalau korang nak tau cserian ni lagi la banyak risks dia. Pundi kencing korang boleh terkena masa tengah buat pembedahan tu, perut korang la takut nanti ada effect apa bagai. Sebab tu lepas cser nanti misi akan mai tanya kentut dakgi..kentut dakgi. Azab dia nak kena bangun dari katil masa second day tu hanya Allah saja yang tau. Tu belum cerita kalau nak bersin or batuk. Rasa nak tercabut semua-semua dalam perut tu😑

Dahla taknak cerita lagi pasal beranak cserian. Untungla sesiapa yang boleh beranak normal😅. Bila pikiaq lagi kalau nak beranak, mesti kena cser lagi terus jadi seram sebab nak kena menghadap detik-detik sakit awal-awal lepas beranak tu. Tu belum cerita lagi nak kena jaga luka cser yang besar tu betul-betul. Takut infection ka apa ka. Tapi apa pun, syukur kan Allah bagi selamat dua-dua. Nikmat mana lagi yang kau nak dustakan, Alia oi.

Kalau yang nak tau sangat nikmat cser tu, boleh la cari youtube untuk tengok macam mana beranak cserian tu. Perasaan seram kena duduk kat katil sejuk tu ready nak kena siang hidup-hidup walaupun half anaes badan kan. But you still can rasa masa doctor tekan-tekan perut kau untuk keluarkan baby kesayangan korang.

Tapi bila anak keluar seketul tu and bila tengok tu terus rasa hilang sakit-sakit tu kejap( kejap ja lah..tipu kalau cakap hilang terus kan). 

Ok la tu ja nak cerita pasal cerita kesayangan kami suami isteri. Takpa la dik, asalkan adik sehat papa n mama dah syujur sangat-sangat. 
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS