Good news for beauty junkies who love to travel. Wehuuuuu. Lepas ni korang tak payah susah-sudah nak bawak cleansing oil for face, cleansing oil for eyes , for lips , cotton face tissues bla bla bla and the list goes!



Dengan adanya All in One Cleansing Tissue by Lemuel Beauty yang berasal dari Korea ni dah mula bertapak tak kurang setahun di pasaran.  Bertepatan  dengan tagline Lemuel Beauty tu sendiri  iaitu " Convenience Cosmetics in Your Hands"  menyasarkan golongan-golongan mereka yang "sibuk"  atau " busy people" tanpa mengira jantina.




Dengan All in One Cleansing Tissue, korang da tak perlukan:

  • Eye make up remover
  • Oil cleanser
  • Facial cleanser
  • Face wash
  • Toner
  • Essence
  • Moisturiser
  • Eye cream
Apa yang istimewanya All in One Cleansing Tissue ni?
  • Bersifat natural yang lembut dan melembabkan kulit.
  • Dipek secara individual untuk menjamin kebersihannya.
  • Melembabkan kulit dan menyegarkan kulit.
  • Dipatenkan dengan bahan-bahan semula jadi.
  • Fabrik natural
  • Mengandungi Rooibos Essence.
Apa yang istimewanya Rooibos Essence?
* anti ageing
* mengelakkan penyakit kulit
* mengurangkan jangkitan bakteria
* mengalakkan kulit yang sihat
* boost kan immun sistem 
* memperbaiki sistem saliran darah.


Sila abaikan hidung mak buyung yang kembang semangkuk tu ya.


Sekali lap ja. Keluar habis eye shadow, lip matte , blusher semua. And yang paling penting korang boleh tengok gmbar kat atas, muka after guna All in One Cleansing Tissue ni nampak moist and supple ja. Tak rasa kering pun. Oh I'm in love!


3 days challenging task by Lemuel Beauty:


Cabaran 3 hari dari Lemuel Beauty, after 3 days apply All in One Cleansing tissue ni dekat tangan sebelah kanan, korang boleh tengok; tangan yang belah kanan tu nampak lagi moist and cerah. Ye lah, sebab All in One Cleansing Tissue ni ada Rooibos dan bahan-bahan semula jadi lain yang merawat kulit tau. Kiranya disamping membersihkan kulit kita dari kotoran, ia juga merawat kulit kita. 

Haish, tak ke bonus namanya tu. Membersih dan merawat sekali.

So bagi korang-korang yang nak daptkan All in One Cleansing Tissue dari Lamuel Beauty di:



Zaman sekarang ni zaman semua nak customized kan. Kad bank nak tepek muka family, kad Touch N Go tepek muka sendiri dan tak ketinggalan jugak trend sekarang ni phone casing.

 Takyah cakap orang lain, aku pun antara orang2 yang eksaited nak customized n personalized apa bagai ni.


TARAAAA
Mengabadikan kenangan kami 3 beranak di Cape Leeuwin Lighthouse, Augusta WA.

Untuk pengetahuan, hanya selected phone saja yang available tau untuk customized phone casing ni.

Korang kalau berminat boleh la dapatkan dari Elaine ye



Hubungi terus Ms Elaine : 

019 985 8151


Khas untuk pembaca blog Vanilla Freak korang boleh guna kan CODE AH1001 
untuk tawaran harga RM20 sahaja harga asal RM39. 
Penghantaran Percuma !!
(tertakluk pada terma dan syarat)

Jangan lupa grab cepat2 ya. Last promo 30hb November nanti. Klik banner kat bawah untuk details ya.


Lepas ni da boleh bergaya dengan personallized phone casing korang sendiri la kan. Jangan lupa grab laju2 tau offer ni. Serius korang akan berpuas hati dengan phone casing korang nanti. 





Fuhhhh.
Lamanya delay nak update pasal travelog ke Perth hari tu kan.
Biasa la orang mengandung ni kan, hormon upside down. Lagi nak edit masukkan watermark semua bagai lagi. Semua tu perlukan kesabaran yang tinggi. Hihihi.

Tapi takpa, demi blog tersayang dan sumber rujukan dan kenangan pada masa akan datang, maka kita pun simpan di blog ni la kan.

Oklah sambungan untuk cerita hari ke 4 di WA, selepas selesai ja meneroka Cape Leeuwin Lighthouse; maka kami pun terus gerak ke Pemberton. Pemberton ni actually dalam routes kami nak ke Albany. So before pi ke Perth sana memang da study dulu dah satu2 routes yang akan singgah.


Kalau dari Cape Leeuwin Lighthouse memang amik masa lebih kurang 1 jam 41 mins. Kat sini bawak kereta memang gila2 patuh halaju sampai balik ke Malaysia pun da terset pulak. caya tak?


Pemandangan sepanjang jalan nak ke Pemberton.


Kat area ni pun ada gak vineyards. Ada satu kawasan forest tu sebijik macam dalam cerita Twilight yang pokok gergasi tinggi-tinggi tu. Rasa seram gak tapi at the same time rasa tenang pun ada.


Cantik tak pemandangan kat sana?


Da sampai Pemberton!


Pekan kecil tapi sangat2 calming.


Nak nampak kereta lalu pun susah.



Kat sini terkenal dengan landmark landasan kereta api dia ni la.


Ok ready set go and strike a pose!


Well i guess this is a guy most have pose kot kan?!

Masa kat Pemberton ni, rasa mcm kat pekan dalam cerita Twilight tu pun ada. Nak nampak kereta lalu sebutir pun payah kadang-kadang.



The famous train kat Pemberton. 


Wajib la kan bergambar kat sini 3 beranak.


Apa pun kena singgah refill and refresh dulu sebelum teruskan perjalanan yang seterusnya. Kami singgah minum kat cafe ni. Minum hot choc je lah dengan scones. 



The scone, tapi prefer lagi scone kt Uncle Bala kt CH tu. hahahah.

Punya gila azab masa kat dalam cafe ni sebab semua orang pakat makan pasta la noodles la. Kat dalam cafe ni ada jual noodles ala2 Siam tu sebab rasa-rasanya bini tokey tu Siamese sebab nampak dia duk cakap-cakap ngn tokey dia tu sambil bemesra2. No wonder la ada Asian fusion kat dalam cafe ni. Telan ailio je lah time tu. Dahla sejuk gedi kt luar tengah2 winter, nasib xda snow ja. 


Lepas minum, jalan-jalan lagi kat luar cafe tu. Pusing-pusing sat sebelum nak meneruskan perjalanan ke next destination.


Dia punya la suka bunga kecik-kecik tu. Mama dia pun suka gila. Rasa macam jakun sat.

Bagi korang-korang yang ada banyak masa and tak rushing kejar routes boleh la naik Pemberton Tram . Antara tourist attraction juga la kat sini. Seronok bila tengok gambar-gambar orang yang pernah naik tram ni.  Macam kami hari tu tak sempat sebab nak kena sampai ke Albany before 5 pm kan so kami terpaksa skip yang tram ni.



Pic courtesy of Mr Google.


Serius rasa 1 week kat WA memang tak cukup. Next time kalau ada rezeki lagi ingat nak layan motorhomes and nak explore sampai ke Esperance. Husband pun da bagi-bagi hint tak leh move on and nak repeat balik tu. hihihi.

***mode menabung is ON









Cakap pasal kari ja, memang kami ni jenis masak kari mamak kat rumah. Sebabnya kari mamak biasa tak letak santan. So lebih healthier la katakan. Selalu ikan yang biasa guna untuk kami buat kari mamak ni ikan jenahak, gerut-gerut, nyiok-nyiok, siakap and temenung. Memang favourite sangat. Part kuah tu suka buat lebih, habuan esok panaskan makan cicah roti gardenia pulak. Perghhh heaven!



Ni habiskan stok ikan kat dalam bahagian frozen. Ya lah kan, nak balik beranak kat Jitra dah. So baik habiskan apa yang patut.

So kalau korang nak tau, sebenarnya senang ja nak buat kari mamak ni. Jom kita tengok bahan-bahan and cara buatnya.

Bahan-bahan:
 ikan jenahak 2 3 ketul ( ikut la korang nak pakai ikan apa pun)
3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi ikan. 
6. Jangan masak lama sangat isi ikan tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.

Rasa In Sha Allah sedap oi.

Tak caya? Kena cuba sendiri la ye
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS