Sedar tak sedar dah masuk 15 Ramadhan. Fuh cepatnya masa berlalu kan. Rasa cepat sangat. Lagu raya pun da start berkumandang di corong-corong radio. Fuhhhh. Sabar ja lah.

Preparation nak raya korang macam mana?
Baju, kasut , handbang , shawl semua dah beli ke? Aku pun ada lagi benda-benda kecik-kecik yang tak beli lagi. Dahulukan anak dulu la kekdahnya. Tapi serius makin lama mencari makin serabut kadang-kadang tu.

Tapi bila ja terjumpa saja Fa.B.ulous Hijab ni terus rasa jatuh cinta dengan koleksi long shawl dia. Banyaknya kaler cun-cun. #matilamaknakoi .

Shawl yang cantik ni memang cukup panjang untuk korang yang mementingkan keselesaan (cover dada uolls) , 2.0m x 0.8m tau ukuran dia. Lilit jangan tak lilit la jawabnya.
Material kain pun selesa ya, shawl ni diperbuat daripada high quality heavy chiffon tau. And tak payah susah2 nak iron bagai (ni memang bonus point utk orang yang nak cepat kan)

Harga pun serendah RM35, BELI 3 CUMA RM100. Dan paling best tu POSTAGE FREE. Wewit dah la kaler semua lawa2. Mak is rambang mata nak oi.

Cantik ja owner dia melaram dengan long shawl dari Fa.B.ulous Hijab ni.


Untuk usha-usha dengan lebih details kaler2 yang available boleh la ke Facebook page Fa.B.ulous Hijab dan instagram account Fa.B.ulous Hijab


Fb page: https://m.facebook.com/Fa.B.ulousHijab88/

Instagram : www.instagram.com/fa.b.ulous_hijab


ATAU

WHATSAPP

FATIN: 0175777144





Sharing from Dr Suriyakhatun Facebook.

Ramadhan musings untuk wanita mengandung ( saya akan beri tips puasa ibu mengandung pada posting lain - yang ini adalah untu soul searching , Ramadhan dan dekat ni )

Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama . Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung nakkan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula .

Apa pula kesan untuk anak yang dikandung ? Sebenarnya jika ibu yang mengandung :

1. kurang darah/ kurang zat galian
2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya
3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur
4. makan tak betul ( tidak ada nutrisi dan tidak seimbang ) semasa berbuka dan sahur
5. Ada penyakit yang menjejaskan penghazaman
6. ada penyakit kronik yang lain
7. hampir cukup bulan ( bahaya prem labour kalau hypoglycaemic )
8. Sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa
9. tekanan darah terlalu rendah
10. Gestational diabetes ( Kencing manis waktu mengandung)

Ada kemungkinan puasa ibu akan menjejaskan perkembangan bayi dalam perut dan membawa masaalah kesihatan yang kronik pada bayi .

Bagi wanita mengandung yang tiada masaalah seperti di atas , kenalah nilai dengan penuh ikhlas niat dan sebab dia nakkan puasa dan nakkan puasa penuh.( mungkin lebih mudah untuk puasa selang-selang ) . Fikirkan juga bahawa puasa boleh diganti dan Allah swt dengan rahmat Nya telah mengizinkan untuk tidak puasa tetapi bila anak dalam kadungan terjejas, ia mungkin menanggung masaalah kesihatan seumur hidup sebab bayi dalam kandungan sedang lalui proses 'development of organs' dan kurang nutrisi pada waktu tertentu dalam proses ini akan menjejaskan organ terlibat .

link ini memberi jangka masa kandungan dan perkembangan organ janin

http://www.babycenter.com/0_fetal-development-timeline_10357636.bc
haiiiiiii.....
hampa semua macam mana so far berpuasa di bulan yang mulia ni?
sehat tak? mata and mulut ada jaga dak? kikiki.

preparation nak raya hampa semua so far macam mana dah?
kami anak beranak baru on the way nak shopping raya. kadang-kadang pening juga kan nak beli macam mana baju untuk kita, untuk anak, untuk suami lagi. haihhhh peningggg. Ya lah kan sekarang semua tu melibatkan kos. Baju kurung anak pun aku tengok sekarang ni sampai RM75 untuk size si kenit ni. apa kes betul lah...mahal nya lah ***dasar mak cheapskate***

TAPIIIIII kan untuk pengetahuan hampa, satu portal online shopping yang femes iaitu Nile.com.my nak bagi duit raya kepada para blogger yang berupa WANG TUNAI SEBANYAK RM1000. oiii banyaknya. Sapa dapat untungkan. Sep da duit shopping raya kat situ. ehhh korang taknak ke? Syarat pun mudah je nak join giveaway ni. Mana tau untung-untung ada antara kita yang dapat hadiah wang tunai tu ka. Kan da selamat la duit shopping korang, siap silap-silap boleh simpan lagi...ewahhh



Ini hadiah untuk 6 orang pemenang :

RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 pemenang


Jom lah ramai-ramai kita join bagi memeriahkan lagi GIVEAWAY ini dengan follow 4 langkah mudah di bawah ni :


1. Tajuk : " Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 "

2. Letak banner kat bawah ni dalam entry korang dan link kan banner tu dengan link yang ini :
http://www.nile.com.my/page.php?cd=111




3. Dan daripada link tersebut, korang pilih 5 items daripada "Jualan Raya Meletop 2016" yang korang nak sangat-sangat daripada nile.com.my, dan korang mentionkan dalam entry korang tu nanti sejibik macam contoh kat bawah ni ye...




Product:Classical Men Boat Shoes
JLM2016 Sales price: RM23.90
Date: 24/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Product: Stylish N Design Shoes
JLM2016 Sales price: RM16.00
Date: 23/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 480 units only


Product: Traveler Backpack
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only


Product: Waterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only


Product: Bow Design Princess Flats
JLM2016 Sales price: RM12.50
Date: 23/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 250 units only


4. Ok. Lepas dah siap, email terus kepada give_away@nile.com.my beserta dengan detail dan tajuk :

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2016

Link blog :
Nama penuh :
No. Telefon :

5. Korang boleh check result >> DI SINI << . Tarikh tutup untuk korang update blog adalah pada : 30/06/2016 , 11.59 pm

** Ok. Itu je ! Selamat membuat entry dan JANGAN LUPA email kepada diorang seperti step-step keempat di atas ya ! Ajak la ramai-ramai kawan korang join sekali tau ! Lagi ramai lagi best


p/s : Pemilihan berdasarkan undian melalui Random.Org :)

Hai kali ni meh nak share projek DIY untuk rumah. Ya lah, nak raya ni kan for sure ramai gila nak tukar sarung bantal la nak tukar cadar la nak tukar curtain la bla bla bla. Ada tu yang nak tukar rug/ carpet dah tak perlu pening-pening sebab meh nak share DIY Rug cantik, murah tapi nampak mewah gituuuu haaa.

Ya hampa perlukan tempat lap kaki ni ya. Beli dekat Mr DIY ada. Size sederhana RM7.90. Besar punya RM9.90. Yang pengelap kaki kat bilik ayaq ni size besar ya.


Macam yg ni guna yang size sederhana tu ya yang RM7.90 sekeping tu. Memang aku beli colourful sebab aku nak effect ceriaaa gitu utk rug aku. Bila rug ceria automatic ruang kat sini pun nampak ceria dan tak dull.

Oh ya apa yang hampa perlu buat cumalah merajinkan diri jahit jelujur ya. Macam aku yang tak reti menjahit ni boleh jahit jelujur takkan korang yang terer tak boleh nak wat kot kan.

So apa lagi boleh la buat sendiri rug untuk hari raya kan. Aku pernah ternampak rug ala-ala gini. Colorful mcm ni harga dia seriban lebih. Huwaaaa ja lah kalau nak beli. Buat sendiri maciam ni pun aku dah puas hati. Nampak hasil kerja aku sendiri. Walaupun banyak lagi ruang kat rumah ni yang aku tak puas hati lagi. Takpa la slow-slow kan.

Nanti kalau ada lagi apa-apa yang aku DIY aku akan share lagi kat blog. Sekarang tengah pikir nak DIY amenda pulak la lepas ni for projek hari raya.

Adriana's first hair salon experience

in , by Alia Farhan, 2:13 AM
Last weekend masa nak amik stok Nars untuk customers then husband cakap kat Adriana, kakak jom potong rambut.

Nanti kakak behave kat salon papa belanja toys ok.

Skit2 toys..aku yang stress banyak sangat toys nya.

So after ja pi amik stock Nars terus naik atas cari salon untum potong rambut dia. Rambut dia ni memang menurun rambut mama dia betul. Straight+tebal+cepat panjang
Combo betul. Keluar2 dari perut pun rambut tebal sangat2 mek ni. Selalu aku la main potong ja kt rumah. Ya la duk hostel dulu pun kawan2 selalu mai tadah sruh nipiskan la..layer la apa bagai.

Saja la nak bawak kenit ni potong rambut elok-elok skit kat hair salon ni.

Nasib kakak jenis cool ja kan.

Pandai behave ya kamu.

Papa pun eksaited siap amik video bagai kan.

Da siap. Ehhh Adriana pakai helmet ke tu???

Nasib masa nk tuntut toys kt Toys R Us tu Adriana amik Suprise Eggs ja 2 ketoi. Seppp la kan. Baru rm4.40. Tq kakak...kakak mmg baik sgt2.
Mama n papa love u sayang
Wah make over dapoq haaa. Tajuk nk wowww.
Wowww la sangat kan. Sebenarnya kan cuma make over skit ja pun. Tapi impact dia tu agak lain maciammm tu yang suka sangat-sangat tu.

Used to be ruang yang sangat membencikan dan menyampah sangat.
Actually this one guna 3 tiers wooden rack tu ja, drilled n attached kan dekat dinding dapoq. Serius memang benci sangat tengok dia sebelum ni.

Selepas dicat dengan kaler kuning. Nampak la kemeriahan berganda di situ. Kalau tak haihh la nyampah nauuu nak nengok nya. Bagi korang yang nak cat perabot/rack yang selain warna putih; dinasihatkan untuk undercoat dulu ya dengan cat warna putih. Then baru la cat dengan kaler pilihan masing-masing ya noks.

Ada lagi beberapa rack dalam perancangan untuk cat kaler lain bagi nampak ceria skit. Kadang-kadang a little change in color can make a huge different to our home. Tak percaya? Try la sendiri.

Ok la, nak bersiap nak masak untuk berbuka pulak ni.

Babai.
Stressnyaaa bila tak beli-beli lagi kan baju raya. Niat di hati nak sedondon yang tersayang. Tapi ada lagi ka time-time ni orang nak amik tempahan. Nan hado laaaa.

Stress mak tauuuu.
Tapi takpa dengan Fellina Boutique hampa tak perlu nak stress-stress sangat lah. Hadap jammed tak payah. Bersesak-sesak dengan peluh menitik-nitik pun tak payah apatah lagi kehausan sebab nak cari baju raya punya pasal kan.

Dah la baju-baju pun lawa-lawa oiiii. Stress gak mak nengok nyaaa.

Jubah Khimar yang stailo

Jubah Calleryna. Amcam lawa kan???


Jubah Primrose dengan color-color yang menarik.

Baju kurung Raisya pun tak kurang jugak tarikan dia. Kaler pun semua cun-cun.

Dan untuk kaum Adam. Don't worry Fellina Boutique turut sertakan Kurta-kurta yang menarik untuk hampa.

Koleksi Kurta Panel.

Dan tak ketinggalan juga koleksi Kurta Plain.

So amcam???
Cantik-cantik kan koleksi dari Fellina Boutique


Jangan lupa click FELLINA BOUTIQUE untuk pembelian baju raya korang ya.

Selamat bershopping raya!



Hai semua.
Bulan-bulan ni rajin nau nau nak update resipi sokmo kan. Hahahaha.

Kali ni nak share pasal resipi Ayam Masak Cili Kering Bersama Kacang Gajus
. Menu ni sebenarnya simple gila tapi boleh tahan sedapnya! Tak percaya??? Kena la try sendiri nanti ya.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya ya.


Bahan-bahannya:

* 2 ketul ayam bahagian dada- potong kecik2 ( garamkan dan letak tepung jangung dan goreng, jangan garing sangat ya)
* 5 cili kering (cuci dan gunting2)
* bawang besar (belah 8)
* bawang putih ( 4 butir, tumbuk kasar dengan lesung batu)
* kacang gajus
* sos tiram
* sos pekat
* sos cili

Cara-cara:

1. Lepas siap goreng ayam seperti yang dinyatakan diatas, maka tinggalkan sedikit minyak untuk menumis.
2. Tumis bawang besar, garlic dan cili kering.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat dan tambahkan air.
4. Then kacau-kacau dan masukkan ayam yang da digoreng tadi bersama kacang gajus.
5. Nah dah siap dah pun.

See...senang ja kan nak buat dia. Bukan payah mana pun.

Kat rumah ni part dada la paling susah nak bergerakm so bila buat mcm ni boleh pulak telan kan mayb sebab ayam tu da potong-potong kecik kan. So memang sedap la bila wat gini.

Apapun, selamat mencuba ya.

Masa upload gambar ni kt ig and fb hari tu ramai la jugak mintak resipi kerabu ikan bilis ni. Actually kerabu ikan bilis ni macam kerabu kerabu lain jugak, boleh diolah ikut suka hati kita ja. Macam aku tengok bahan apa ada dalam peti ais tu. Haaa selamat la masuk dalam rencah kerabu aku. Janji tekak aku sedap kira ok la kan.

Apapun jom check bahan and cara-cara buat kerabu ikan bilis ni.

Bahan-bahan:

*ikan bilis -goreng garing
* cabai melaka 5 biji -potong nipis
*bawang besar potong halus and nipis.
*garlic -2 3 ulas...crushed guna lesung batu ja
* 3 biji limau kasturi(amik air saja)
* cuka (aku tambah jugak setengah camca bagi rasa kick)
* daun ketumbar (potong halus)
* bunga kantan ( aku guna half ja balance yang guna untuk Air Asam Kaki Ayam sehari sebelum tu)
* kacang panjang -2 biji (potong halus)
* kacang kelisa/botol -3 biji (potong halus2 jugak)
* namfla (kicap ikan)
* aji (ujung sudu kecik)
* gula ( 1 sudu besar)

Cara-cara:

1. Lepas potong dan sediakan semua bahan-bahan di atas, gaulkan semua bahan kecuali ikan bilis yang da digoreng tu.
2. Gaul dan biar sekata semua baru masukkan ikan bilis goreng dan gaul lagi.
3. Da siap dah.
4. Boleh da hidang ke dalam pinggan lain dan bersedia la nak buka puasa dengan lauk ni.

Selamat mencuba ya.

Ehhh Air Asia ni.
Buat hal lagi la. Main gila betul. Tiket FREE pulak tu. Ehhhh biar betul. Tapi memang tak syak pun Air Asia ni memang suka wat gila kan. Dulu pernah dpt tiket flight AA , Penang -Medan pergi balik RM40 saja. Tak mustahil kan??

So apa lagi, dah boleh riki2 2017 nak pi mana kot kan ....
Standby ya 13th June tepat 0000 .
Diaà buat dahhhh dia buat dahhhh.

Shuben, 2017 ada bajet utk travel tak shuben oiii?

Untuk pengetahuan:

PROMO AIRASIA Free Seat !!

📌Tarikh booking pada : 12-19 June 2016
📌Tarikh travel pada : Jan - Aug 2017

Let's fly

Hari ni weekend..as usual memang takkan lekat kat rumah. Tapi nak make up beria-ria pulak, i'm not in d mood. Pregnancy syndrome perhaps, jadi malas nak make up tapi serius confident level tak tinggi to go out with naked face!
Oh my. One thing i can't skip my moisturiser , primer, foundation, blusher and lipstick!
Seriously , memang sekarang ni just a simple look saja. No shading, no strobbing or whatever.
Simple make up. Just groom skit eyebrows tu. Put moisturiser, primer and my fav foundation Rosetyara Glow Foundation. Then ratakan seluruh muka guna oval brush. Oh jangan tak tau. Ni just guna dua dot Rosetyara Glow Foundation ja tau dah boleh cover satu muka! Blusher pulak from Nars Orgasm and matte lipstick from Covo.

Serious memang 5 minutes ja la. No shading at all sebab pemalas gila. Okla janji muka tu ada la tepek2 skit. Kang orang nampak muka mak buyung ni pucat ja kan.

So korang pulak suka pakai make up macam mana ya???
Last week dalam hari Jumaat macam tu memang kelam kabut gila lah. Dengan pening-pening nak muntah nya gagah jugak la ke Mydin. Yalah, Isnin kan da puasa.

Shopping time weekend???
Nadaaa....
Penat berebut dengan orang ja. Seronok shopping time weekdays tak payah nak que panjang sangat and tak payah nk berebut-rebut sangat.

Setakat sekarang ni memang aku suka shopping grocerries aku dekat Mydin. Satu sebab lebih murah dan dua sebab tak da GST. yess cheapskate! Zaman najib kena bijak oiii.

Amcam? Banyak tak? Ada yang mana aku beli lebih tu memang aku hantar ke rumah babysitter Adriana. Ya lah, orang da jaga anak kita baik kan. Tak salah rasanya kita tak berkira dengan diorang.

Okla kan untuk 2 3 weeks punya expenses untuk makanan. Aku memang suka beli kt Mydin ni sebab ada jual ikan jenahak yang blok2 tu. Senang nak wat kari bagai. Harga stil reasonable la. Sama la udang, sotong, ayam n sayur. Semua murah.

Da beli kena la siang n simpan elok-elok kan. Sesi spa binatang-binatang bermula.

Macam ni la aku simpan segala binatang-binatang ayam sotong ikan udang bila da beli. Senang masukkan dalam plastik, untuk sekali makan. Bila nak masak tak payah defrost semua, just keluarkan plastik mana yang nak ja. Kaedah ni aku tiru kaedah mama. Senang skit aku tengok.

Korang macam mana simpan bahan-bahan mentah korang??? And kat mana korang suka grocerries shopping korang???

Cer share skit...
Semalam masa buka puasa ada buat ayam goreng berlado. Resipi ni actually senang gila kot. Aku kan memang suka makan yang podeh-podeh ni. Tapi disebabkan husben aku tak berapa tahan sangat podeh-podeh ni maka aku kurengkan sikit kepadasan masak berlado aku ni.

Jom kita check bahan-bahan dan cara-cara nak buat ayam goreng berlado ni.


Bahan-bahan:
* ayam (goreng kunyit siap-jangan terlampau garing)
* kentang ( goreng 3/4 masak...aku potong bentuk wedges)
* cabai besar (2 biji)
* cabai melaka (5 bijik... selalu guna banyak)
* bawang besar ( 2 biji)
* bawang putih (5 ulas)
* asam keping
* gula
* garam
* cukup rasa

Cara-cara:

1. Sambil-sambil goreng ayam dan kentang, boleh la blend/ tumbuk bahan-bahan selain dari ayam dan kentang. Blend kasar ya. Aku malas nak tumbuk.
2. Minyak yang guna untuk goreng ayam dan kentang, simpan separuh dan separuh lagi tumis bahan-bahan blend tadi.
3. Lepas tumis bahan-bahan yang blend tadi, masukkan asam keping dan tambah air.
4. Biar air kering, masukkan garam, gula dan cukup rasa.
5. Lastly masukkan kentang dan biar masak jap sebab biasa masa goreng tak fully cook. Lepas tu baru masukkan ayam.
6. If korang nak berkuah skit, boleh tambah air skit. Macam aku, aku nak berkuah skit tapi stil bersalut dengan lada tu kat ayam, maka aku tambah skitttt air.
7. Da siap dah.


Selamat mencuba semua
Haiiiii.
Berbuka dengan apa hari ni???
Hari ni kami sekeluarga buka puasa dengan ayam goreng berlado , air asam kaki ayam, ulam n sambal belacan ja. Simple-simple ja. Sesuai la dengan tekak sekarang ni nak yang masam-masam n pedas-pedas sekarang ni.

Ok kali ni meh nak share resipi air asam kaki ayam. Bagi penggemar kaki ayam, boleh cuba resipi ni. Bagi yang tak gemar n duk eeeiiii eeeiiii tu boleh skip baca resipi ni. Hikhik.


Bahan-bahan:

* kaki ayam
* cili padi (8 biji. Potong nipis)
* tomato (aku guna yg besar tu sebijik terus. Potong nipis-nipis)
* daun ketumbar (hiris macam biasa)
* limau kasturi( 3 biji)
* bunga kantan ( separuh ja guna)
* serai ( 1 batang)
* cuka ( 2 sudu makan)
* namfla ( 1.5 sudu makan)
* ajinomoto ( ujung sudu kecil)
* gula ( 2 sudu besar)

Cara-caranya:

1. Rebus ayam bersama 5 ulas bawang putih dan halia dan tak lupa juga garam. Aku rebus lama, memang sampai kaki tu kembang and air tu kering jugak la.
2. Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kaki ayam dan satu kan dengan segala perencah mak nenek.
3. Bila bahan-bahan air asam da bersatu, masukkan ke dalam bekas yang berisi kaki ayam dan air rebusan kaki ayam (air rebusan tu skit ja tau, jangan lebih2.)
4. Satukan kesemua and biar mesra bahan-bahan air asam dengan kuah rebusan kaki ayam. Rasa mana yang patut, balance kan rasa. Macam bulan puasa ni pandai-pandai la korang ya.
5. Hidangkan dalam pinggan lain.
6. Siap dan boleh standby untuk dihidangkan masa berbuka nanti.

Apa pun selamat mencuba ya. Kalau try tak sedap tu, pandai-pandai la adjust bahan rencah dia tu. Macam tekak siam aku ni memang suka pedas, masam n manis2 skit. So memang ketiga-tiga rasa ni aku balance kan.

Ok lah,nak p melayan anak n laki den jap.



Hai bulan-bulan puasa ni kadang-kadang buntu gak kan nak masak apa. Kadang-kadang selera nak yang simple-simple ja kan.

Macam aku sekarang ni la,silap makan memang uwek2 la jawabnya. Pastu menyesal ja rasa. *dugaan ibu mengandung wei*
**lap air mata berkoyan-koyan**

So kali ni nak share masakan mama aku yang memang fav kitaorang adik beradik. Tak lain tak bukan Ikan Masak Jeruk.

Simple tapi menyelerakan.

Bahan-bahan:

Ikan yang da digoreng.
Biji sawi
Bawang besar ( potong kasar)
Bawang putih ( seulas belah 2 atau 3 ja)
Cili padi /cili besar ( potong kasar)
Biji sawi
Serbuk kunyit
Cuka (5 sudu besar)
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

***bahan-bahan macam bawang besar, bawang putih dan cili padi tu lagi banyak lagi sedap tau.

Cara-cara:

1.Panaskan minyak. Masukan bawang merah, putih dan biji sawi. Biar hingga kekuningan.

2. Masukkan air, cuka, air dan gula. Tunggu hingga mendidih.

3. Masukkan ikan goreng dan cili padi/ merah. Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Balancekan rasa masin, manis & masam.

4. Dah siap.


Ikan masak jeruk ni kalau wat malam hari, makan esoknya tu best gila sebab rasa da sebati and masuk ke dalam ikan goreng tu.

Mama aku cakap ni makanan orang dulu-dulu. Orang dulu kalau ikan goreng tak abih diorang akan wat masak jeruk ni sebab masak macam ni akan tahan. Ya lah preserve dengan cuka kan. Zaman dulu mana ada peti ais nok. Makan time sahur pun cara noks.

Apapun selamat mencuba ya.

Yeayyy...
Baru-baru ni dapar watermark comel dari Cik Ash


Comel kannnn.

Terima kasih kepada Cik Ash kita. Bagi yang berminat nak dapatkan watermark comel macam ni boleh la terjah blog Cik Ash kita ya. Harga In Sha Allah dijamin puas hati.

Kepada Cik Ash, semoga murab lagi rezeki Cik Ash lepas ni.


Salam Ramadan 2016

by Alia Farhan, 2:33 AM

Walaupun da masuk hari kedua berpuasa, tetap jugak nak ucapkan selamat menyambut Ramadan 2016. Semoga kita dapat gunakan bulan yang baik ni untuk berbuat baik sesama kita.

Sama-sama jaga hati, jaga mata dan tak lupa juga jaga mulut. Berpuasa bukan setakat tahan dari tak makan ja, tapi kena tahan segala-galanya.

Salam Ramadan Al Mubarak.
Hai. Macam tak caya ja lusa da nak sambut puasa. Hampa semua da beli ka barang-barang nak sambut puasa?

Preparation awal nak sambut puasa tu penting supaya nanti tu xdakla kelam kabut kan. Aku pun baru semalam habis shopping beli barang-barang untuk memasak time puasa nanti. Diharap kesihatan memuaskan la untuk masak dan berpuasa nanti.

So meh tengok list wajib ada setiap kali Ramadhan untuk aku. List ni more kepada penyediaan sahur / soq la orang kata sebab time tu tekak bukan boleh makan hat heavy-heavy sangat. Kadang-kadang suka yang simple-simple ja. Ni kalau tengok pola pemakanan aku dan laki aku la kan. Orang lain den tak pasti la. Tapi jom aku listkan apa yang wajib kami restock setiap kali nak sambut Ramadhan

1) Sardin dalam tin


Pilihan hati da tentu la King Cup. Dari dulu mai lagi suka King Cup. Tapi sardin lani mak aihhh mahainyaaaa.

2) Ikan bilis.


Ni memang senang sangat, ada dia goreng garing buh bawang and cili padi setel!

3) Teloq


Nak buat nasik goreng ka, teloq dadar ka teloq goreng kicap ka apa ka yang simple time soq ni antara yg paling simple.

4) Ikan masin.


Layan oiii goreng pagi2 buta ikan masin ni. Terus dari takdak mood nk makan, mood memuncak2 duk mai.

5) Teloq masin


Wajib ada! And wajib kena makan setiap kali bulan posa.

6) Kentang


Goreng dia buh dalam ikan bilis pun layannnn.

7) Ikan perkasam.


Orang kedah tak makan ni time soq memang pelik kot. Oh btw, laki mak tak makan ikan perkasam. Ntah hapa-hapa ntah orang tua tu. Hilang nikmat hidup.

Bila da lengkap benda-benda ni ada dalam peti ais baru rasa seronok ja nak sambut Ramadhan. Semangat nak masak time soq n berbuka bagai.

Kepada kaum Mulimin dan Muslimat, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Jom sama2 kita kejar pahala di bulan yg mulia dan penuh barokah ni.
Akhir kata, tingkatkan ibadah, kurangkan mulut laser dan cakap bila perlu ja. Selamat beramal.

posted from Bloggeroid

Hi

in , by Alia Farhan, 2:37 AM

How are u in there baby????

Mama hope u'r in a good condition.
Love u to d bits bebehhhh......

posted from Bloggeroid

Pemenang Wedding Anniversary Giveaway

by Alia Farhan, 11:31 PM
Hai memandangkan Wedding Anniversary Giveaway da tamat maka dengan ini harus lah diumum kan segera pemenang-pemenangnya.
Cabutan dibuat secara randomly tau.


PEMENANG-PEMENANGNYA ADALAH:







NUR RAIHANAH






SHAHIDA DZULKAFLI




pemenang sila la email details anda kepada:
aliafarhansaid@gmail.com

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS