Last week dalam hari Jumaat macam tu memang kelam kabut gila lah. Dengan pening-pening nak muntah nya gagah jugak la ke Mydin. Yalah, Isnin kan da puasa.

Shopping time weekend???
Nadaaa....
Penat berebut dengan orang ja. Seronok shopping time weekdays tak payah nak que panjang sangat and tak payah nk berebut-rebut sangat.

Setakat sekarang ni memang aku suka shopping grocerries aku dekat Mydin. Satu sebab lebih murah dan dua sebab tak da GST. yess cheapskate! Zaman najib kena bijak oiii.

Amcam? Banyak tak? Ada yang mana aku beli lebih tu memang aku hantar ke rumah babysitter Adriana. Ya lah, orang da jaga anak kita baik kan. Tak salah rasanya kita tak berkira dengan diorang.

Okla kan untuk 2 3 weeks punya expenses untuk makanan. Aku memang suka beli kt Mydin ni sebab ada jual ikan jenahak yang blok2 tu. Senang nak wat kari bagai. Harga stil reasonable la. Sama la udang, sotong, ayam n sayur. Semua murah.

Da beli kena la siang n simpan elok-elok kan. Sesi spa binatang-binatang bermula.

Macam ni la aku simpan segala binatang-binatang ayam sotong ikan udang bila da beli. Senang masukkan dalam plastik, untuk sekali makan. Bila nak masak tak payah defrost semua, just keluarkan plastik mana yang nak ja. Kaedah ni aku tiru kaedah mama. Senang skit aku tengok.

Korang macam mana simpan bahan-bahan mentah korang??? And kat mana korang suka grocerries shopping korang???

Cer share skit...
Semalam masa buka puasa ada buat ayam goreng berlado. Resipi ni actually senang gila kot. Aku kan memang suka makan yang podeh-podeh ni. Tapi disebabkan husben aku tak berapa tahan sangat podeh-podeh ni maka aku kurengkan sikit kepadasan masak berlado aku ni.

Jom kita check bahan-bahan dan cara-cara nak buat ayam goreng berlado ni.


Bahan-bahan:
* ayam (goreng kunyit siap-jangan terlampau garing)
* kentang ( goreng 3/4 masak...aku potong bentuk wedges)
* cabai besar (2 biji)
* cabai melaka (5 bijik... selalu guna banyak)
* bawang besar ( 2 biji)
* bawang putih (5 ulas)
* asam keping
* gula
* garam
* cukup rasa

Cara-cara:

1. Sambil-sambil goreng ayam dan kentang, boleh la blend/ tumbuk bahan-bahan selain dari ayam dan kentang. Blend kasar ya. Aku malas nak tumbuk.
2. Minyak yang guna untuk goreng ayam dan kentang, simpan separuh dan separuh lagi tumis bahan-bahan blend tadi.
3. Lepas tumis bahan-bahan yang blend tadi, masukkan asam keping dan tambah air.
4. Biar air kering, masukkan garam, gula dan cukup rasa.
5. Lastly masukkan kentang dan biar masak jap sebab biasa masa goreng tak fully cook. Lepas tu baru masukkan ayam.
6. If korang nak berkuah skit, boleh tambah air skit. Macam aku, aku nak berkuah skit tapi stil bersalut dengan lada tu kat ayam, maka aku tambah skitttt air.
7. Da siap dah.


Selamat mencuba semua
Haiiiii.
Berbuka dengan apa hari ni???
Hari ni kami sekeluarga buka puasa dengan ayam goreng berlado , air asam kaki ayam, ulam n sambal belacan ja. Simple-simple ja. Sesuai la dengan tekak sekarang ni nak yang masam-masam n pedas-pedas sekarang ni.

Ok kali ni meh nak share resipi air asam kaki ayam. Bagi penggemar kaki ayam, boleh cuba resipi ni. Bagi yang tak gemar n duk eeeiiii eeeiiii tu boleh skip baca resipi ni. Hikhik.


Bahan-bahan:

* kaki ayam
* cili padi (8 biji. Potong nipis)
* tomato (aku guna yg besar tu sebijik terus. Potong nipis-nipis)
* daun ketumbar (hiris macam biasa)
* limau kasturi( 3 biji)
* bunga kantan ( separuh ja guna)
* serai ( 1 batang)
* cuka ( 2 sudu makan)
* namfla ( 1.5 sudu makan)
* ajinomoto ( ujung sudu kecil)
* gula ( 2 sudu besar)

Cara-caranya:

1. Rebus ayam bersama 5 ulas bawang putih dan halia dan tak lupa juga garam. Aku rebus lama, memang sampai kaki tu kembang and air tu kering jugak la.
2. Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali kaki ayam dan satu kan dengan segala perencah mak nenek.
3. Bila bahan-bahan air asam da bersatu, masukkan ke dalam bekas yang berisi kaki ayam dan air rebusan kaki ayam (air rebusan tu skit ja tau, jangan lebih2.)
4. Satukan kesemua and biar mesra bahan-bahan air asam dengan kuah rebusan kaki ayam. Rasa mana yang patut, balance kan rasa. Macam bulan puasa ni pandai-pandai la korang ya.
5. Hidangkan dalam pinggan lain.
6. Siap dan boleh standby untuk dihidangkan masa berbuka nanti.

Apa pun selamat mencuba ya. Kalau try tak sedap tu, pandai-pandai la adjust bahan rencah dia tu. Macam tekak siam aku ni memang suka pedas, masam n manis2 skit. So memang ketiga-tiga rasa ni aku balance kan.

Ok lah,nak p melayan anak n laki den jap.



Hai bulan-bulan puasa ni kadang-kadang buntu gak kan nak masak apa. Kadang-kadang selera nak yang simple-simple ja kan.

Macam aku sekarang ni la,silap makan memang uwek2 la jawabnya. Pastu menyesal ja rasa. *dugaan ibu mengandung wei*
**lap air mata berkoyan-koyan**

So kali ni nak share masakan mama aku yang memang fav kitaorang adik beradik. Tak lain tak bukan Ikan Masak Jeruk.

Simple tapi menyelerakan.

Bahan-bahan:

Ikan yang da digoreng.
Biji sawi
Bawang besar ( potong kasar)
Bawang putih ( seulas belah 2 atau 3 ja)
Cili padi /cili besar ( potong kasar)
Biji sawi
Serbuk kunyit
Cuka (5 sudu besar)
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

***bahan-bahan macam bawang besar, bawang putih dan cili padi tu lagi banyak lagi sedap tau.

Cara-cara:

1.Panaskan minyak. Masukan bawang merah, putih dan biji sawi. Biar hingga kekuningan.

2. Masukkan air, cuka, air dan gula. Tunggu hingga mendidih.

3. Masukkan ikan goreng dan cili padi/ merah. Biarkan 5 minit. Masukkan garam. Balancekan rasa masin, manis & masam.

4. Dah siap.


Ikan masak jeruk ni kalau wat malam hari, makan esoknya tu best gila sebab rasa da sebati and masuk ke dalam ikan goreng tu.

Mama aku cakap ni makanan orang dulu-dulu. Orang dulu kalau ikan goreng tak abih diorang akan wat masak jeruk ni sebab masak macam ni akan tahan. Ya lah preserve dengan cuka kan. Zaman dulu mana ada peti ais nok. Makan time sahur pun cara noks.

Apapun selamat mencuba ya.

Yeayyy...
Baru-baru ni dapar watermark comel dari Cik Ash


Comel kannnn.

Terima kasih kepada Cik Ash kita. Bagi yang berminat nak dapatkan watermark comel macam ni boleh la terjah blog Cik Ash kita ya. Harga In Sha Allah dijamin puas hati.

Kepada Cik Ash, semoga murab lagi rezeki Cik Ash lepas ni.


Salam Ramadan 2016

by Alia Farhan, 2:33 AM

Walaupun da masuk hari kedua berpuasa, tetap jugak nak ucapkan selamat menyambut Ramadan 2016. Semoga kita dapat gunakan bulan yang baik ni untuk berbuat baik sesama kita.

Sama-sama jaga hati, jaga mata dan tak lupa juga jaga mulut. Berpuasa bukan setakat tahan dari tak makan ja, tapi kena tahan segala-galanya.

Salam Ramadan Al Mubarak.
Hai. Macam tak caya ja lusa da nak sambut puasa. Hampa semua da beli ka barang-barang nak sambut puasa?

Preparation awal nak sambut puasa tu penting supaya nanti tu xdakla kelam kabut kan. Aku pun baru semalam habis shopping beli barang-barang untuk memasak time puasa nanti. Diharap kesihatan memuaskan la untuk masak dan berpuasa nanti.

So meh tengok list wajib ada setiap kali Ramadhan untuk aku. List ni more kepada penyediaan sahur / soq la orang kata sebab time tu tekak bukan boleh makan hat heavy-heavy sangat. Kadang-kadang suka yang simple-simple ja. Ni kalau tengok pola pemakanan aku dan laki aku la kan. Orang lain den tak pasti la. Tapi jom aku listkan apa yang wajib kami restock setiap kali nak sambut Ramadhan

1) Sardin dalam tin


Pilihan hati da tentu la King Cup. Dari dulu mai lagi suka King Cup. Tapi sardin lani mak aihhh mahainyaaaa.

2) Ikan bilis.


Ni memang senang sangat, ada dia goreng garing buh bawang and cili padi setel!

3) Teloq


Nak buat nasik goreng ka, teloq dadar ka teloq goreng kicap ka apa ka yang simple time soq ni antara yg paling simple.

4) Ikan masin.


Layan oiii goreng pagi2 buta ikan masin ni. Terus dari takdak mood nk makan, mood memuncak2 duk mai.

5) Teloq masin


Wajib ada! And wajib kena makan setiap kali bulan posa.

6) Kentang


Goreng dia buh dalam ikan bilis pun layannnn.

7) Ikan perkasam.


Orang kedah tak makan ni time soq memang pelik kot. Oh btw, laki mak tak makan ikan perkasam. Ntah hapa-hapa ntah orang tua tu. Hilang nikmat hidup.

Bila da lengkap benda-benda ni ada dalam peti ais baru rasa seronok ja nak sambut Ramadhan. Semangat nak masak time soq n berbuka bagai.

Kepada kaum Mulimin dan Muslimat, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Jom sama2 kita kejar pahala di bulan yg mulia dan penuh barokah ni.
Akhir kata, tingkatkan ibadah, kurangkan mulut laser dan cakap bila perlu ja. Selamat beramal.

posted from Bloggeroid

Hi

in , by Alia Farhan, 2:37 AM

How are u in there baby????

Mama hope u'r in a good condition.
Love u to d bits bebehhhh......

posted from Bloggeroid

Pemenang Wedding Anniversary Giveaway

by Alia Farhan, 11:31 PM
Hai memandangkan Wedding Anniversary Giveaway da tamat maka dengan ini harus lah diumum kan segera pemenang-pemenangnya.
Cabutan dibuat secara randomly tau.


PEMENANG-PEMENANGNYA ADALAH:







NUR RAIHANAH






SHAHIDA DZULKAFLI




pemenang sila la email details anda kepada:
aliafarhansaid@gmail.com

Hai hampa semua. Sat ja hari ni dah 1st June dah, kagi 5 hari dah nak sambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Hai tiap kali nak sambut Ramadhan akan ada satu feeling heppy dan sayu. Susah nak describe perasaan tu kadang-kadang. Hai. Lagi-lagi bila nak masuk bulan posa ni eksaited gila la nak beli barang-barang masak untuk berbuka. TAPI KADANG-KADANG TU BOLEH BUNTU JUGAK LA NAK MASAK APA KAN....sapa ada masalah macam ni sila angkat tangan....kita serupaaaa

TAPIIIIIII hampa-hampa takyah nak risau sangat la sebab lani macam-macam hotel buat buffet sempena Ramadhan ni. Salah satunya Hotel Ixora yang terletak di Perai ni. Pilihan makanan pun memang sangat-sangat banyak dan berbaloi sangat dengan harga.

Untuk pengetahuan, tema Buffet Ramdahan di Ixora Hotel kali ni adalah Warna Warni Ramadhan Buffet. Memang warna-warni sangat-sangat lah. Pilihan makanan pun bermacam-macam yang pastinya disediakan oleh Chef-chef di Ixora hotel ni.

Jom kita tengok menu-menu yang disediakan oleh pihak Ixora Hotel sempena ramdhan yang bakal tiba ni.

Nasi Rampai Aidilfitri

Gulai Lemak Kualt Sisir dan Pucuk Paku.

Bayam tumis Isi Udang

Daging Rendang Maharani

Siput Lala Masak Tauchu

Ikan patin Masak Tempoyak

Penang Char Kuey Tiaw

Kambing golek pun ada uolls

Pelbagai jenis sambal.

Ulam-ulaman yang of course memang pilihan hati (dasar orang kampungdotcomdotmy)

Pelbagai jenis pencuci mulut.

Pelbagai jenis kurma turut disediakan.

Shawarma ayam.

Aneka jenis buah-buahan.

Siap ada choc fountain lagi.

Comel kan.


Kuih raya pun dah ada.

Banyak kan pilihan makanan dan hidangan yang disediakan pihak Ixora Hotel ni.

Kambing golek yang super sedap siap pilihan gravy yang best.

Makan time. Memamg masakan dia semua sedap-sedap.

Sup ekor bersama roti. (memang marvellous sangat rasanya)

Dessert pilihan hati.


Untuk pengetahuan hampa semua,




Waktu Buffet Ramadhan
13 Jun - 4 Julai 2016
7.00pm - 10.00pm


Harga
RM 72 nett Dewasa
RM 45 nett Kanak-kanak (ketinggian antara 0.9 - 1.2 m)

*Early bird voucher at RM 68 nett each, first come first serve, limited only
Special at Buy 9 GET 1 FREE (equivalence RM61.20 nett each)

Untuk Tempahan
info@ixorahotel.com
04-382 8888


LOKASI:
Ixora Hotel
Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya,
13600 Perai,
Pulau Pinang







Wedding Anniversary Giveaway

in , by Alia Farhan, 10:09 PM
wehuuuuu.......

kali ni makjem nak buat satu GA sempena Wedding Anniversary mak jem yang ke 4

kali ni kepada hampa yang bertuah,

AKAN DAPAT:







PURSE PERFUME ORIGINAL PERFUME YA



ATAU


COVO LIP MATTE YANG SUPER BEST!!!


SYARAT-SYARAT:

SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @aliafarhan
3) Like PAGE VANILLA FREAK

4) Follow Instagram @gilaperfume_gilamakeup
cari gambar ini dan tag 3 rakan anda



5) Buat 1 entry bertajuk 'Wedding Anniversary Giveaway By Alia'

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini


TARIKH AKHIR 31 MAY INI....

GOOD LUCK SEMUA
Khamis yang lepas husband balik kerja awai, kebetulan dia tengok kerja dia belah Nibong Tebal, so awal la dia balik. So considering Adriana asyik tengok ja iklan Angry Bird, papa nak tengok Angry Bird.

i have no idea macam mana la dia boleh minat dengan jartub ni since dia bukan pernah main or terjebak ka dengan GAME ANGRY BIRD ka kan...
tapi layan ja lah. Dah dia mintak kan, lagipun kesian pulak kadang-kadang tu bila dia asyik tunjuk cerita kartun apa-apa tapi kami wat BO LAYAN ja kan...

Mula-mula serius la aku boring la jugak..mcm wut d....
sebab aku ni bukan suka pun main-main game ni...
angry bird aku main 3 minit ja pastu aku tutup. HAHAHAHAH
punya la bosan main game!

tapi layan ja lah kan...
bila lama2 layan tu. ehhh macam best la pulak kan....

kelakau pun ada gak dengan tiga-tiga ekor bird ni.
Adriana pun bukan main lagi suka.

Benci betul aku dengan babi ni...hek hek ja rasaaa

lagi-lagi King of THE SWINE ni. benci and annoying!!!!

Tapi seriously comel la kartun ni, lawak pun ada gak. Comel j atengok anak-anak burung ni. Rasa mcm nak pegang-pegang n belai-belai ja.
Si Adriana pun bukan main lagi suka, siap nyanyi and nari-nari lagi. Nasib la kan. Tapi memang parents yang bawak anak-anak ni semua enjoy kot. Parents enjoy, anak-anak pun enjoy gak.

Kepada yang tak menonton lagi tu, boleh la bawak anak-anak hampa p tengok kan. Cerita pun cute-cute and lawak-lawak ja. Budak-budak umq Adriana pun paham cerita ni.

Lepas ni boleh la bawak kakak Adriana layan muvioe lagi sebelum adik dia keluaq kan. Klau baby da keluar susah la mama nak tengok wayang kat cinema lagi. Huhuhu.


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS