Dah tua2 ni... Nak makan apa pun kena jaga la kan. Sedaq diri sebab dah makin tua. Aku memang biasa suka makan pedas. Pendek kata memang jenis kaki balun makanan pedas la. Dulu2 kalau makan megi mesti letak cabai melaka tu koman2 5 biji. Nak lagi best kalau dapat cabai burung tu.. Ya Allah... Pedas berdesing telinga pun tak kesah.. Janji puassss. Sambil buat esaimen ka lab report ka sambai bedai meggi letak teloq.. Letak cabai banyak2.. Perghhh nikmat di tengah malam hari....

Dah ter Flash back pulakkkk.... Sekarang ni banyak factor kena put into consideration. Masih makan pedas tapi dah kurang kan atas faktor2 makan share dengan anak2... Kena suap depa sekali.. So kadang2 dengan aku la tak leh nak makan pedas sangat2 πŸ™„πŸ™„πŸ™„ how motherhood had changed meπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Paling best kalau Teringin nak makan ayam pedas Korea tu... Aduhhh nak beli mahal nya lahai... Apa heiiii nya nak mahai Sgt oiii... Tpi nak murah buat sendiri la kannnnnnn...


Credit to Adabi Malaysia 

Ni haaa Adabi ada bawak keluaq satu sos baru Korean Sauce... Kudoss to those who invented this. Pernah bersembang dengan seorang lecturer kat tempat lama aku dulu..dia orang lama dalam Food Industry.. Dia kata Adabi is one of the established company in Malaysia. Sapa tak kenal Adabi kan... Among yang bayar gaji yang agak lumayan la... Those yang nak kerja n requested nak gaji yang tinggi... Adabi will asked them to invent new products for Adabi.... So I guess this is it... Good job!

Aku pun tak ketinggalan la untuk Cuba sendiri. Pedas ke Idok?


Ni Haa yang aku buat. 

Tapi untuk ayam aku beli yang siap dah. Nama pun pemalas kan... Aku cuma sedia kan prepare sos tu ja.. Itu pun dah habis senang Guna yang SOS Korea Adabi ni ja. 

Rasa dia agak PEDAS. Yang mana tak tahan pedas maybe boleh alter skit ikut taste bud korang. Macam aku ni.. Aku dah tambah gojujang but still pedas ya.. And aku letak madu dalam ni.. Untuk bagi rasa manis2 pedas gitu... Tapiiii berdesinggggg jugak la telinga akuuuu 



Close up skit merah makngahhhhh oiii. Berdesinggggg jugak la telinga aku.. Satu lagi tips.. Aku rasa kena pndai2 la balance kan taste dia.. Takut nanti jadi pedas tak sedap sebab bila terlampau rasa pedas.. Rasa2 lain akan tenggelam... Paham ke idak apa yang aku cakap niiii???? 

OK lah.. Chowww



Pejam celik nahhh minggu depan dah 2020. Dah2 la buat lawak kereta terbang tu... Tak dak kereta terbang pun 2020...tapi teknologi yang Malaysia capai ni dah beyond words pun. Sapa sangka tahun 7 tahun kebelakangan ni kita boleh video call mak kita kat kampung. Kalau pikiaq balik logik 20 tahun lepas mesti cakap tak logik kan....

But dats how the world's work now. Everything dekat hujung jari kita. But still ada negara yang masih ketinggalan. So be thankful we are living in peaceful Malaysia ni OK?

Dah membebel pulak... Nak cerita pasal ni resipi dah melalut2 plak sampai masuk ke cerita kereta terbang bagai kan. But yeah.. Here I am.. Ranting like nobody business at my own "territory" here. Haha...

Nak me masak tu senang. But sometimes.. Bila dah blank tu.. Rasa tak tau nak masak apa. Plus orang dekat dalam rumah ni jenis prefer ikan than daging/ayam. Well.. Ikan is not cheap at all. But hey yeah... Lucky they eat fish dari refuse tak makan ikan like some kids refuse to.. Rite? Kalau tak lagi xboleh blah mak nak handle lauk ayam hari2.. Boleh muntah hijo!



Bought this jenahak 6 blocks/pieces for RM16. SUPER CHEAP KANNN! I know rite... Lucky me... I got cheap supply for my fav fish.. Ikan Jenahak. Wei.. Mahai kot ikan ni selalunya. Kat kedai Aceh only RM26/kg yang da siap potong.

Nak buat kari dah bosan.. So here I am. Buat masak lemak cili padi la. Semua orang suka jugak kan.

So jom lah.. Nak share cara aku buat masak lemak cili padi ya.


Bahan-bahan:

Cili padi
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Bawang besar holland
Bawang putih
Serai yang dititik
Daun kunyit
Ikan jenahak
Asam keeping sekeping
Santan setengah botol
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup, bawang Holland dan bawang putih.
2. Dalam periuk panas kan air dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masukkan asam keping dan serai. Biar mendidih.
4. Perlahankan api dan masukkan santan. Ikut korang la nak pekat dan lebih berlemak boleh masukkan lebih. Aku nak biasa-biasa ja so aku tak letak santan banyak sangat.
5. Timbuk kuah tadi jangan sampai pecah minyak ya... Bila nampak agak pekat masukkan ikan dan perasaan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kalau nak pekat.. Boleh la biar dekat atas api.. Guna api yang slow.. Dan jangan lupa Timbuk kuah supaya tak pecah minyak ya.
7. Lastly jangan lupa masukkan daun kunyit. Taknak masuk pun xpa.. Aku dah ada.. Masukkan ja Alang2.


Makan dengan nasi panas.. Ulam.. Sambal belacan... Walahhhhh






Assalamualaikum...

Haaa tu diaaa.. Nak perabih travelog ke Perth ni makan tahun wei... Elok sebelum berlabuhnya tirai 2019 ni aku siap kan terus ja semua...
Tak nak la berhutang post lagi...

Untuk day 7 yang lepas kami main dekat Perth City.. Shopping semua kan. Sama gak dengan Day 8 ni.. Kami still main2 dekat Perth ja... Pagi lepas bfast di hotel.. Kami gerak ke Fremantle sebab nak ke Rainbow Containers tu... Ala ni salah satu landmark jugak la kalau dekat Perth tu kan...


L-O-V-E


The Bikui Sister


Heartbeat


Family stick together

Lepas ja sesi bergambaq dekat Rainbow Containers ni kami terus ke area Fremantke City dekat area Fremantle Market tu untuk beli souvenir last before balik kan. 


Dekat luaq Fremantle Market. Masa weekend happening la depa 2 ni depa buat show la apa la. Memang best and layan. 


Dekat dalam Fremantle Market. 


Leather made. 


Macam2 ada. 




Lepas ja gerak dari Fremantke... Kami ke Westfield Carousel plak.. Kalau sehari sebelum tu kami ke Westfield Innaloo kan.. Kali ni ke Carousel plak.. Dekat Carousel ni.. Dia punya Westfield tu much bigger. Kalau kat Malaysia tu.. Westfield ni macam shopping complex ala2 Aeon Mall la.. Ada macam2 dalam tu.

Masa dekat Carousel ni second trip aku shopping Pandora beads.. Sempena dengan Mothers Day dekat sana.. Beli berapa ntah free Rose gold bracelet tu.. Gila nak lepas kan peluang mcm tu ja kan.. Memang tak lah kannn...

Selain dari tu... Aku ada gak shopping dekat Big W.. Dengan Kmart(again) Hahhahaha... And masa dekat sini gak kami beli perfume utk family kami... Sebab masa dekat Chemist Warehouse Innaloo tu kami nak beli perfume.. Ada banyak gak yang depa takdak stock.. So depa suggest kami pi beli kat situ...kedai tu nama dia My Beauty Spot, kedai ni kira Chemist Warehouse brainchild company la...


Kalau tak jumpa Chemist Warehouse.. Boleh shopping dekat sini jugak OK. 



Harga dua2 sama2 murah... Sbb dua2 sama bawah satu ni... Tapi dekat My Beauty Spot ni xdak la jual supplements semua mcm kat Chemist Warehouse tu tau.


Aku beli yg 30ml ni time offer $9.90 kot. Murah gilos.. Bau dia aku suka sebab sweet.. Aku Sejenis manusia tak suka pakai perfume floral Mcm Gucci Floral tu sebab bau dia macam Mak2 Datin dengan anak2 ikan🀣🀣🀣
Aku suka yang sweet macam aku😝😝😝


Kita orang chalo dari sini kul 5pm Elok2 dia nak tutup dah. Ya kat sini mall dia tutup awal ya esp kalau weekn. Dia orang xda budaya mall macam kita. Depa lagi prefer outdoor activities kot. Tak kata orang.. Aku pun cari mall weekn nak beriadah tawaf mall. Kahkah

Balik dari tu aku dah tak ingat dah kami makan semua dekat mana.. Maklum lah setahun berlalu.. Kahkahhhhh. Ada kawan2 kami malam tu dah kena pergi Airport sebab tak extend and tukar tarikh dari yang AA bagi. Sebab masa beli tiket tu Asal ya AA fly twice to Perth. But masa kami nak pi tu.. Tukaq jadi sekali Shari ja. Aku satu family mintak tukaq tarikh and extend another day la kan.. Just in case.

So keesokan hari ya.. Lepas kawan2 kami dah balik... Aku duk tengah check la tiket flight semua sekali Ya Allah.. Boleh plak tersilap tarikh bday mak aku.. Dekat tahun tu.. Ko paham2 la AA kan.. Buat ya dia denied mak aku boarding esok ya tu tak ke naya. Tweet la Tanya AA haram tak jawab. Email Tanya tak jawab. Last2 sekali kami ke Airport and nak cari counter Air Asia. Nasib la ada orang kan. Biasa bukannya ada orang kecuali kalau dia open ada flight masuk or nk depart ja kan...

Check2 dia kata.. Should be no problem.. Terus rasa nk lompat dekat situ jugak.. Yahuuu.. Ko giler ke kalau denied boarding sebab salah kt situ... Lesson learnt.. Lepas ni kena tengok betul2 la kan.

Before kami ke Perth Airport tu kan.. Kami ke Westfield Innaloo.. Sebab laki aku nak beli perfume untuk kawan2 dia... Gila memborong perfume ja kejanya kalau pi ke sana...

Lepas dah beli perfume semua tu kami terus ke Perth CBD untuk lunch dekat Ihsan Cafe yang terletak dekat Murray St. Kali ni dah cerdik skit.. So husband pi parking dekat tempat parking terbuka dekat luar skit. Takdak la tempat parking bertingkat yang mahal nak mampus sampai kena berapa puluh hingget tu. Cuma kena Jalan skit la. Tapi sama jek.. Kat tempat parking bertingkat tu pun kena berjalan2 gak. Baik pergi yang kat tempat murah tu ja.



Masa dekat Ihsan Cafe ni aku makan nasi.. Set nasi dengan sayur dia OK la not bad..dalam $10 mcm tu.. Mak aku makan bihun goreng.. Pun sedap.. Ko jangan la convert kalau nak makan kat sni.. Kalau dak memang tercekik jang... Tak rasa rindu Masakan Malaysia pun sebab kat sini boleh makan nasi kari KAMBING Malaysians taste siap dengan sambal belacan apa semua tu.

Serious hampa kalau Perut Melayu macam aku ni.. Kena mai makan tang ni la kan.. Sebab memang sedap lauk2 dia.. Tak tipu OK.

Hari last di Perth. 


Suka tengok building dia. Lawo2. Ya kereta memang xbyk ya. Macam ni la dekat tengah2 pekan dia tu.. Aman tenterammm ja rasa


Ahh rindu pulakkkk. Tapi Time ni memnucak dah rindu dekat Malaysia oiiii. 


Lepas ja makan tu kami terus gerak pi ke Perth Airport untuk setel kan yang isu tiket nak aku.. Seriau wei.. Sekali dia kata takpa.. Terus tenter am hidup aku. Terus ajak laki lepak Scarborough Beach nak tengok sunset before balik ke Malaysia.



Sejuk oii time ni. Dengan sejuk ya.. Dengan angin lautnya.. Mengigil aku.. Diorang dua ni releks ja. 



Untunglah budak belakang tu.. Dah 2x pi Perth.. Mama kecik2 dlu balik Kodiang ja 🀣🀣🀣
Last sunset dekat Perth. Tak tau la bila lagi nak jejak kaki ke Perth. 

Lepas dah menikmati sunset apa bagai... Maka kami gerak la balik ke bilik. Perabih ka stock makanan kak saripah la.. Pak Brahim la bagai.. Nasib kat Hotel tu memang disedikan microwave...
Tiket kami ke KL kul 6.30am..so kami extend kami punya stay dekat hotel sehari.. And kami check our dari hotel dalam pukul 2am mcm tu.


So Sekian tamat lah cerita DI Perth (Western Australia) ni... Sodaqallahulazimmmm...





Dividen ASB 2018

in , by Alia Farhan, 3:34 AM
Kecoh hari ni pasal pengumuman ASB.....kan da kabor ekonomi makin teruk...
Kome pun jangan la letak pelaburan dekat 1 sumber ja....

 The worst n lowest dividen in the history. 😝😝😝


Remember... Never put all ur eggs in one basket... Mendalam kata2 orang putih ni... Maksud dia... Kita kena pelbagaikan la sumber pelaburan kita...


So other than ASB, Tabung Haji.. Public Mutual.. What else yang bagus untuk buat pelaburan? Mari lah kita berbincang 🀣🀣🀣

Apa pun azam tahun baru aku adalah... Untuk kurang shopping... Kurang mkn merapu... So dapat la save duit skit kannnn.... 



Assalamualaikum

Macam aku pernah bagi tau sebelum2 ni aku pernah admit dekat hospital sebab influenza B dengan Aishah yang kena influenza A kan. Husband aku dalam masa yang sama pun demam gak.. Sekali check oh mak aihhh... BP dia tinggi...

Mula2 doc ingat sebab dia demam kan. And yes kebetulan time tu dia demam. So depa tahan dia kat casualty/emergency untuk bagi dia rest dulu and check balik BP dia. Yes turun but still tinggi.

Sampai la aku boleh discharge and the symptoms go on and off dekat dia. Tapi dia tak bgtau aku. Cuma ada satu pagi tu dia bangun nak pi kerja dia rasa jantung dia berdebar semacam n pening2 terus dia pergi check dekat hospital and kena tahan.

Check ctg.. Jantung semua OK....siap buat MRI lagi and kena warded. Biasa lah bila pi swasta kannn... Yes bila kena warded baru bgtau aku. Katanya xnak kacau aku yang baru lepas discharged.

Bayangkan Celah2 dia warded tu kami sepatutnya fly ke sabah on Monday.. Dia kena tahan on Saturday... Memang nampak mcm Babai la time tu kan. But it doesn't matter for me. As long as dia sihat OK.. Doc bg kebenaran then we will go.

So cut the story short... Aku lani dengan dia ada misi untuk change lifestyles kita orang especially eating habits.. And exercises... In Sha Allah.. Yang ni pindah rumah baru kami janji nak pi gym together kat bawah rumah.


Today's lunch and snacks for hubsie.. 


And bila da start changing our eating style... Of course la we need to know which food is good to reduce the BP.. Cholesterol n etc...and paling penting if ur husband is a smoker... Ask him to stop! Lucky my husband was social smoker... N he managed to throw away his vaping habit without any hesitation. Alhamdulillah....

Now I'm planning all the meals at home. Xboleh dah nak malas2 masak. Home cook is the best if u want to change ur lifestyle. U can control ur sodium n sugar in take by managing how u cook them.

Doakan la semoga aku istiqomah to do all this. I'm pretty sure Allah test my husband with all this BP things as reminder for us to take a look n start changing our lifestyle. No more late supper at nasi kandaq... No more fast food... No more makanan merepek2.

Alhamdulillah.. I'm seeing positive side of my husband. Lepas ja Dapat tau.. Sangat2 menjaga makan minum dia. Kalau dulu main belasah ja. Lani he will look first what he can.. What he can't. Masa kat Sabah tu pun he refuse to eat a lot of seafood due to his condition. Kalau tak.. Dia nak biaq ka segala lobster ketam semua tu...


Us at Bohey Dulang. 

Till then... I will share our lifestyle changes here from time to time.... Bye... 



Assalamualaikum 

Nak Tanya skit ada tak peminat peria atau yang lebih extreme skit peria katak macam aku ni? Yesss aku memang peminat peria... Tak kira la peria biasa ka peria katak ka dua2 aku suka. Selalunya makan dekat kedai la sebab kat rumah ni takda orang makan pun kan.. Aku sorang ja yang nak makan.. Tak berbaloi nak beli peria besaq2 tu makan sorang kan...kalau nampak dekat kedai makan kompem2 aku akan amik punya lah... 


Credit to Berita Harian

Lani tak perlu risau lagi dah sebab laki aku pun kena makan peria untuk jaga kesihatan dia kan. So mau takmau dia kena la makan jugak peria yang dia rasa tak best sangat ni. Siap tadi suruh beli peria katak lagi... Extreme pulak dia ni. Dia tak tau peria katak lagi pahit dari peria biasa tu... 

So being a good wife mesti la aku masak kan apa dia nak.. Masa kat Sabah hari tu ada la 2 kaki jugak dia makan peria goreng kunyit pecah teloq tu. Satu makan kat kedai.. Satu lagi aku masak. So tadi dia request nak macam hari tu. So apa lagi.. Cargass la buatkan. 

Tapi sebelum tu... Hampa tau dak... Peria ni banyak khasiat dia... Tak kira la peria biasa ka peria katak ka both of them are beneficial to our body. 

Khasiat peria untuk badan. 

1. Membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.
2. Melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.
3. Mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.
4. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.
5. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser.

Jom kami nak kongsikan macam mana kami buat sayur peria katak kami ni... 


Bahan-bahan:

1biji peria katak size seder hana untuk sekali makan. 
Bawang kecil 
bawang putih 
Udang 3 Ekor size sederhana(potong kecil)
Sebiji telor 
Kunyit
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis kan bawang kecil dan putih hingga naik bau. 
  2. Pecahkan telur dan kacau hingga telor masak dan masukkan udang yang da dipotong. 
  3. Kemudian, masukkan sedikit air dan masukkan peria bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
  4. Masak sehingga nampak peria dah lembut dan masak. 
Dah siap untuk dihidangkan. 

Tips:

Kalau nak kurang kan pahit peria katak ni.. Boleh la Cuba rendam kan peria katak yang da dipotong dengan air garam selama 15 Minit. Macam aku tadi nak cepat sempat buat 5 mjnit ja. Memang pahit jugak la cerita dia. Tapi jangan tak tau aku boleh buat peria katak ni as ulam mentah cicah dengan sambal belacan tau. Janji peria tu mesti baru lepas petik ya. Baru krup krap gitoh Haa... 

OK la.. Chow sin chi... 

Aku lani duk buat eat clean dengan laki aku ni... Doakan kami dua istiqomah naa


Seperti yang dijanjikan sebelum ni.. Review for Frozen II. kami pi tengok sempena Birthday Aishah yang lepas dekat First Avenue, Penang.

Biasa lah bila ada anak perempuan ni mesti dia punya excited nak tengok Frozen II ni lebih kan. Mama depa ni pun tak kurang gak tak sabaq2 nak tengok dari hari tu lagi.


Cerita Frozen II ni bagi aku best la jugak... Walaupun agak berat untuk seorang budak nak hadam cerita Frozen II ni psaipa.



Cerita dia berkisarkan macam mana Elsa boleh ada power. Apa disebalik "hikmah" Elsa ada power tu.. Wahhh gila hikmah gituuuu....



Masuk habis la pasal perjanjian masa2 silam.. Which for me... Agak berat la untuk Budak2 nak paham. But it's OK... This story is a legend... Bila tengok nanti keluaq dekat Disney ka boleh record dalam decoder and bagi depa tengok sampai lebam bagi depa paham.

Pastu dalam cerita ni... Elsa and Anna pun makin lawa. Part Kristov tu macam boringggggggggggg...... Hahahhaha. Part lagu aiyooo payah nya nak nyanyi oiii....
Aku cuma boleh humming part hat mystery voice panggil Elsa tu ja.

Aku pulak pi tengok dekat TGV beanie bag tu kan... Sedap la nak baring dengan Ecah si birthday girl time tu.



Overall.. Bagi aku best la jugak... Ada jugak part boring mcm Kristov tuuu.. Ada part yang sedih... Ada part mcm creepy masa yang voice panggil Elsa tu.. Ada part yang terlampau berat untuk Budak2 paham... Cuma tak puas hati awat lagi dia susah sangat nak nyanyi kali ni... Olaf macam biasa la penyeri dalam cerita ni. Takdak dia rasa tak gelak la tengok cita Frozen II ni....


Currently tengah mai bercuti dekat Sabah.. And now ada kt Sandakan...


Nanti kita story about this ya


Tapi dia punya risau la menenangkan pokok2 kat rumah yang kena tinggai nuu haa


Pokok bayam Brazil yang tembun macam tuan dia



My fav ulam.. Selasih /Thai basil's. Makan mentah sedap. Letak dalam Masakan pun sedap. Buat pad kra pow pun best


My fiddle fig, daun bawang, and Cuban oregano 


Tengok pokok kunyit tu daun dia... Yang mint tu pun tembun2
Risau nya nak tinggal anak2 hijau ni dekat rumahhhhh.... 

Sebab pernah baca tips nak buat self watering sendiri dekat rumah.. Boleh buat mcm ni... 


Letak air dalam bekas... N then amik tali jut potong la ikut panjang mana dari bekas air ke pasu... And then rendam n basah kan dulu tali jut sebelum letak ke dalam bekas air ke pasu masing-masing


Harap2 menjadi la. Risau dekat Penang panas gila lani. 


Tengok sebaldi letak ayaq. Harap2 ada jugak hujan kt Penang. Tadi Wasap Tanya jiran.. Dia cakap ada hujan.. Tapi tak lebat sangat. Harap-harap OK dan sihat walafiat la hendaknya. 


Sebut ja pasai makanan favourite Malaysians.. Mesti macam2 terlintas dalam hati kita kan. Ada yang akan sebut nasi lemak la, nasi kerabu la, char kueytiawa, nasi kandaq la dan bermacam-macam lagi.

Bila sebut pasal makanan-makanan tertentu, mulalah akan terbayang Negeri-Negeri tertentu. Contohnya nasi kandar yang sinonim di Penang dan nasi kerabu di Kelantan.

Jom kita tengok senarai makanan favourite Malaysian yang kita semua suka secara amnya.

1. Nasi Lemak




Credit to Google 


Sebut ja nasi lemak... Mesti terbayang rasa lemak santan yang umphhh pada nasi lemak tu kan.... Dia punya lemak tu.. Bercampur pulak dengan sambal tumis yang padu, ikan bilis goreng dan teloq rebuihhhhhh... Perghhhhh sedapnya.... Lagi pulak kalau ada rendang ayam. Perghhh bestnyaaa aaa. And kadang-kadang setiap Negeri.. Ada stail nasi lemak masing-masing.. Contohnya nasi lemak kedah Kuning sinonim dengan Nasi Lemak Kedah. And paling best.. U can enjoy nasi lemak tak kira la untuk breakfast ka lunch ka dinner or even supper. Hahahah.. Well.. Malaysians guys😎

2. Nasi Kandar



Sebut nasi kandar ja... Mesti sinonim dengan Penang kan. Dapat pulak kuah banjir dan campoq yang best-best.... Perghhhhh... Kena pulak dengan kurma kambing ka... Ayam masak Rose ka... Daging masak hitam ka. Adoiii menjejes ayaq lioq niiii.... Apa taknya.. Kalau dekat Penang ni... Boleh pilih nak makan nasi kandaq dekat mana.. Bersepah2 n macam-macam pilihan ada.

3. Char Kueytiaw


The Chinese version
Credit to Google


The Malay version
Credit to Google 




Sebut saja char kueytiaw... This is another dish that sounds familiar with Penang. Yada yadaaa... I know Penang is the food heaven or food galore... Believe me... Having char kueytiaw in Penang is the best. Tak kesah la char kueytiaw chinese yang kering tu ka... Or jenis yang berkuah "Malay" style tu ka.. Both have their own fans... Arghhhh sedapnya char kueytiaw... Definitely one of my favourite especially the chinese style one....


4. Laksa


Credit to D'laksa


Laksaaaaaaaaa... Sebut ja laksa.. Satu Malaysia mesti cakap.. Wahhh laksa is d bestttttt... My favourites are definitely Laksa Penang, Laksa Kedah and Laksa Sarawak. Aduhhhhhh I'm salivating right now. Laksa Penang or asam laksa is known for thoer savoury taste... Masam Masam gituhhhh but yet delicious. While being Kedahan... I'm grown-up to this laksa.. So surely cannot be derhaka one. But Laksa Sarawak kkkk is my love at my first bite/taste. Oh no... Now I miss Laksa Sarawak so much.

5. Satay


Credit to Google 


Ada ka yang tak suka satay? Kalau tak suka tu macam pelik ja kan... My all time favourite kunyah2 food. Satay kambing and satay Perut is my all time favourite. Sedapnya.. Dapat pulak kuah kacang yang padu and sedap... Memang terangkatlah kan.. Lepas tu jangan lupa makan dengan timun dan bawang... Fuhhhh merecik!

6.  Ikan bakar


Credit to Google 


Ikan Bakar ni salah satu makanan yang sesuai dimakan oleh orang yang nak diet macam aku ni. Kahkah... Diet sangattttt kannnnn... Lepas tu Dapat pulak dengan air asam power.... Pi ke laut apaaa diet diaaaa.... Dapat ulam skit... Fuhhhhhhh hilangggg diet.

7. Ayam percik




Sejenis ayam bakar kesukaran aku secara total. Sebab aku suka ada rasa lemak2 santan yang dimasak bersama ayam tu sebelum ayam tu dipanggang dengan kuah percik dia tu. Sedap sangat. Lagi2 kalau bulan Ramadan.. Wajib buat kalau bulan puasa OK.

8. Asam pedas



Sebutla asam pedas ayam ka asam pedas ikan ka asam pedas daging tetel ka.. Semua favourite sangat uiiii. 6 tahun duk dekat Melaka.. Mesti la asam pedas adalah salah satu hidangan utama dekat Negeri Hang Tuah kan. Aduhhh tiba-tiba teringat dekat asam pedas ikan jenahak. Sedapnya kalau dapat dengan telur masin kannnnn... Sapa suka asam pedas angkat tangan oiii😘. Rasa madam madam pedas dan manis tu memang mengundang air liur melelehkan bila teringat keenakkan dia.

9. Sambal udang.


Credit to ordersaja.com


Sambal itself is my favourite... And combo with the prawn... Definitely da bombbbb. Memang favourite sangat-sangat la kan. Tambah-tambah kalau ada petai...lagi la padu rasa dia kannnn... Makan nasi mau me a bah tiga pinggan tak sedaq mak mentua lalu dekat belakang oi.

10. Murtabak



Pic credit to Google. 

Wajib beli kalau ke pasar malam or bazaar Ramadan. Sapa sama macam aku? Sedap kalau dapat yang jenis letak ayam/daging banyak tu. Sanggup bayar lebih kalau dia letak daging tu lebih. Paling sedap kalau makan dengan jeruk bawang yang warna merah tu. Sedap nya... Yess orang utara memang suka murtabak dengan bawang tu... Jarang la layan dengan kuah kari tu...


Best kan semua makanan kat Malaysia ni.. Tapi kadang2 jadi tak berapa best sebab banyak faktor yang tak best.. Contohnya kekangan masa dan macam-macam faktor lagi. Lagi best kalau ada orang tolong deliver makanan-makanan yang Sedap macam ni kat kita kan. Sebab tu aku suka order makanan-makanan best dekat  food delivery, Food Panda . Dengan adanya Food Panda aku dapat menikmati makanan-makanan sedap di rumah tanpa perlu keluaq rumah rendah jem.. Kena isi minyak.. Bersesak2 di kedai, pasar malam... Cari parking lagi.. Dengan nak hadap kerenah anak-anak lagi kan...

Order saja dengan Food Panda... Setel masalah semua.... Tak payah nk pening-pening. Install saja apps dekat fon.. Lepas tu order saja. Tengok-tengok dah sampai depan rumah. Allahu... Nikmat mana yang aku dustakan ye dak?

Jap nak usha Food Panda dekat Sandakan ni. Rasa malas pulak nak keluar dari hotel ni pi beli makanan... Chowww







© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS