Yes..finally.
Update pasal Perth. Yes da lapuk. Setahun dah pun. But who cares kan.

Kena jugak coretkan di sini untuk ingatan di masa depan. Kot-kot nak repeat Perth balik ka...huuu rinduuu.

Oklah berbalik dari cerita berjalan-jalan di Hay St &  Murray St, destinasi kami seterusnya adalah ke Wesfield Whitford yang terletak 22 minit dari Perth CBD( Hay St).

Sepanjang perjalanan tu lalu juga la dekat kawasan perumahan mat2 salleh kan. Tenang and peaceful ja nampak kejiranan depa tu. Haihhh. 1000x rasa nak migrate duk sana!


Peaceful and jatuh cinta teruk wei. Sampai lani takleh move on.


Antara rumah yang aku sempat capture. Ahhh rindunya.


Disebabkan kami pi hari Sabtu, so masa mall Westfield ni ditutup adalah pada pukul 5 pm ya. Diulang 5PM ya. Bukak pukul 9am-5pm. So koraang kalau nak pi ke mall or apa-apa yang perlukan entrance fee ka make sure check siap-siap operation hours depa especially on weekend sebab biasanya kalau Ahad depa bukak lewat dalam pukul 11 or 10 pagi and then tutup at 5pm.


Pic credit to Mr Google.
Dinasihatkan sebelum nak jejak kaki ke mana-mana mall please check dulu operation hours depa tau. Takmau la nanti hampa kata apa ni..apa ni tak sempat nak shopping woi


Kita kat Malaysia ka, pukul 5pm baru terhegeh-hegeh nak masuk mall time weekend. Depa kami kalut-kalut pukul 3pm tu mall pun macam dah lenggang wei. Heran sungguh. Mall pun tak berapa ramai orang sangat. I wonder the Ozie prefee outdoor activities compared to indoor kot.

Sebab masa kami lalu kat Scarborough boleh nampak rmai mat2 salleh ni lepak-lepak tepi pantai and beriadah dengan family masing-masing walaupun tengah winter season time tu . Please note that Ozie winter season kat Perth xda snow ya tapi boleh tahan sejuk Ya Rabbi. Aku yang tembum ni pun gigil-gigil wei.

Kat Westfield ni macam-macam kedai ada. K Mart yang femes di kalangan geng-geng scandi tu pun ada. Selain Kmart ada Target, Woolworth , Coles (ni memang favourite spot aku kalau nak beli bahan basah untuk memasak) , Big W, Chemist Warehouse dan macam-macam lagi.


Aku shopping apa?

Of course aku shopping Corelle south beach 1 set. Kat Malaysia tak dapat wei harga ni. Memang kalau kat Malaysia pun aku tak kan beli la wei sebab mahai melampau. Oh yang ni aku beli kat Big W.


Pic credit to Mr Google.
Aud59 ja hampa wei. Gila tak grab. Harus grab ok! Kalau kat Langkawi pun dah RM400+ tak kuasa aku nak usha kat mall tu.


And perfumes dekat Chemist Warehouse! Gila murah wei. Borong kami laki bini beli kat diri sendiri sorang dua tiga perfumes...gila tamak kan.


Pic credit to Mr Google.
Duduk kat dalam Chemist Watehouse ni pun berhantu gak
 Stress duit habis banyak dekat sini saja. Hahahha. Stress la sangat kan. Kejutan budaya tengok harga perfume after convert pun!


Ni aku punya sorang ja tau. Tu pun ada tambahan lagi pi beli last minit. Belum masuk yang laki aku borong buat stok dia sendiri. Berat lugage balik dengan perfume ja wei.


So selesai ja shopping-shopping bagai ni. Terus kami balik ke hotel. Sebab kat area Hay St tu ada restaurant makanan Malaysia. D'Ankasa Restaurant nama dia. Price not bad la. Makanan big potion. Sedap la jugak. Bayangkan seharian cuma makan kebab ja dari pagi. Memang sedap la kan bedal. Itupun nasi goreng tak habis kena tapau bawak balik.



Nasi goreng seafood for me. 
Harga Aud15+


Nasi lemak rendang ayam for husband
Harga Aud15+


Lepas makan, kami balik berehat di hotel. Ikutkan hati memang da penat gila and nak lepak kat hotel ja takmau pi mana dah. Tapi malam tu, en suami ajak makan piza kat Ciao Italia. Heyyy, malas mula-mula nak pi. Tapi suami pujuk jugak pi temankan dia.


Pic credit to Mr Google. 
Yes memang kat Ciao Italia ni crowd dia memang macam ni. Masa kitaorang pi tu kena que jugak la untuk makan. But good thing is orang yang da habis makan akan terus blah. Takda maknanya diorang nak lepak lama-lama dalam tu.


Nasib baik sedap wei. Pekerja dia pun bagus. Greeting bukan main. Tau kan pelancong yang mai makan. Seronok sebab Ozie ni memang tak sombong. Sentiasa ringan mulut untuk greet kita.

Harga makanan sumpah dah tak ingat. Tapi okla, masa road trip turun ke South WA kami da save a lot da kat makanan sebab banyak masak sendiri due to limited halal food masa on the road kan. So kat Perth hari-hari terakhir ni memang tak masak dah ler.


Bukan main dua beranak ni kan.


Thank you husband sebab paksa bini dia ni pi jugak makan tang sini. Sumpah sedap pizza dia๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Seafood pasta dia.
Sedap betul-betul taste Italian wei.
Kalau aku buat ada rasa fushion dengan tekak Melayu aku dah! 
Kahkah



Ni yang PALING WIN!
omaigod this pizza ka memang the winner wei.
Sumpah sedap nak mati pizza ni. Dengan topping smoked salmon and avocado nya.
Ya Allah sedapnya!
Nikmat dunia mana yang aku dustakan๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Selesai ja makan and tapau pasta yang banyak gila and tak habis tu. Maka kami pun bergerak balik ke hotel. Esok nya adalah hari last kami di Perth dan banyak lagi tempat nak kena terjah before balik ke Malaysia.

Nanti next entry kita cerita pulak ye.










ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.




ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias





ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dariRM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR.





As usual la bila raya mesti nak melawa kan. Persoalannya lawa keeee????
Ahhh tak kisah la lawa ke tak...janji di mata laki den sedap mata memandang.


Of course my forever signature look is sweet make up look walaupun tak sweet tara mana.


Hebat tak kuasa shading?
Muka gemuk pun boleh tirus wei.


Using my fav primer by Benefit Cosmetic. Yeah, the best ever primer so far.


Tatoo tint, it's a lip n cheeck tint. Using this as my blusher and it give me that fresh rosy cheeck. And also apply it in the middle of my lips to create that ombre tone. But it doesnt obviously looks kan...oh yeah, the lip matte is from Fame Cosmetic in candy code. 


Using this Tarte mini eye pellet Tarteist Pro To Go. Also using this pellet to contour n slim down my chubby face.

Other product that I used:

* honey bee serum by Nafura
*  honey bee venom by Nafura
* Rosetyara foundation in Snowdrop
* Rhomlon eye brow pencil
* Fame Cosmetic lip matte in Candy code.
* Mixiu mascara
* Sun beam highlighter from Benefit Cosmetic.
* Alysa Cotton Angel powder by Shazreeyana Shukri.


U can get yours at :


Or

Whatsapp

0133363775

Kat situ korang boleh jumpa macam-macam produk yang tengah letop-letop sekarang ni.

Jom gegurl semua kita melawa-lawa untuk suami kita supaya makcik-makcik bawang tidak lagi bermulut durjana.



Hai...

I guess it wasn't too late to wish every one Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 60 and Eidul Adha!



Yahuuuu. So how was your Merdeka Day and your Eid? Yeah, heard that everyone is so freakin happy sebab Abg Jib bagi korang cuti satu hari lagi kan...sayang lew tewww ngan Abg Jib korang tuuuu.

And yes tahniah to Malaysia contigent dapat bolot emas banyak-banyak. Tahniah-tahniah. Abah KJ memang de best la. Ehhhh.

And Eidul Adha will be meaningless if you dont eat daging kurban rite? Aku macam biasa, as usual mesti kena raya both side. Pagi raya kat Penang dulu, and then lepas solat Jumaat tadi gerak balik kampung aku kat Asun.


Aku yang drive sebab boss mngantuk. Haaa jaga la anak kat belakang tu sekali ya


Baby boss first Eidul Adha. Comel tak dia pakai baju kurung kakak dia?


My cousin pulak bagi tulang gearbox. Apa lagi semalam jugak terus masuk dalam PPC. Sat ja dah lembut uolls.


Nahhhh. Selamat da dalam perut ku.


Daging masak campak-campak. Favourite laki aku ni. 

So how was your Eidul Adha? Da makan ka daging kurban? 

1 minggu ni kita makan daging ja lah ya. Habiskan stok daging-daging kurban yang dapat dulu.

Apa pun, selamat bercuti and berehat di samping keluarga tersayang.

Hari ni korang masak apa daging kurban korang dapat tu?




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS