Showing posts with label travelog alia perth
Yes..finally.
Update pasal Perth. Yes da lapuk. Setahun dah pun. But who cares kan.

Kena jugak coretkan di sini untuk ingatan di masa depan. Kot-kot nak repeat Perth balik ka...huuu rinduuu.

Oklah berbalik dari cerita berjalan-jalan di Hay St &  Murray St, destinasi kami seterusnya adalah ke Wesfield Whitford yang terletak 22 minit dari Perth CBD( Hay St).

Sepanjang perjalanan tu lalu juga la dekat kawasan perumahan mat2 salleh kan. Tenang and peaceful ja nampak kejiranan depa tu. Haihhh. 1000x rasa nak migrate duk sana!


Peaceful and jatuh cinta teruk wei. Sampai lani takleh move on.


Antara rumah yang aku sempat capture. Ahhh rindunya.


Disebabkan kami pi hari Sabtu, so masa mall Westfield ni ditutup adalah pada pukul 5 pm ya. Diulang 5PM ya. Bukak pukul 9am-5pm. So koraang kalau nak pi ke mall or apa-apa yang perlukan entrance fee ka make sure check siap-siap operation hours depa especially on weekend sebab biasanya kalau Ahad depa bukak lewat dalam pukul 11 or 10 pagi and then tutup at 5pm.


Pic credit to Mr Google.
Dinasihatkan sebelum nak jejak kaki ke mana-mana mall please check dulu operation hours depa tau. Takmau la nanti hampa kata apa ni..apa ni tak sempat nak shopping woi


Kita kat Malaysia ka, pukul 5pm baru terhegeh-hegeh nak masuk mall time weekend. Depa kami kalut-kalut pukul 3pm tu mall pun macam dah lenggang wei. Heran sungguh. Mall pun tak berapa ramai orang sangat. I wonder the Ozie prefee outdoor activities compared to indoor kot.

Sebab masa kami lalu kat Scarborough boleh nampak rmai mat2 salleh ni lepak-lepak tepi pantai and beriadah dengan family masing-masing walaupun tengah winter season time tu . Please note that Ozie winter season kat Perth xda snow ya tapi boleh tahan sejuk Ya Rabbi. Aku yang tembum ni pun gigil-gigil wei.

Kat Westfield ni macam-macam kedai ada. K Mart yang femes di kalangan geng-geng scandi tu pun ada. Selain Kmart ada Target, Woolworth , Coles (ni memang favourite spot aku kalau nak beli bahan basah untuk memasak) , Big W, Chemist Warehouse dan macam-macam lagi.


Aku shopping apa?

Of course aku shopping Corelle south beach 1 set. Kat Malaysia tak dapat wei harga ni. Memang kalau kat Malaysia pun aku tak kan beli la wei sebab mahai melampau. Oh yang ni aku beli kat Big W.


Pic credit to Mr Google.
Aud59 ja hampa wei. Gila tak grab. Harus grab ok! Kalau kat Langkawi pun dah RM400+ tak kuasa aku nak usha kat mall tu.


And perfumes dekat Chemist Warehouse! Gila murah wei. Borong kami laki bini beli kat diri sendiri sorang dua tiga perfumes...gila tamak kan.


Pic credit to Mr Google.
Duduk kat dalam Chemist Watehouse ni pun berhantu gak
 Stress duit habis banyak dekat sini saja. Hahahha. Stress la sangat kan. Kejutan budaya tengok harga perfume after convert pun!


Ni aku punya sorang ja tau. Tu pun ada tambahan lagi pi beli last minit. Belum masuk yang laki aku borong buat stok dia sendiri. Berat lugage balik dengan perfume ja wei.


So selesai ja shopping-shopping bagai ni. Terus kami balik ke hotel. Sebab kat area Hay St tu ada restaurant makanan Malaysia. D'Ankasa Restaurant nama dia. Price not bad la. Makanan big potion. Sedap la jugak. Bayangkan seharian cuma makan kebab ja dari pagi. Memang sedap la kan bedal. Itupun nasi goreng tak habis kena tapau bawak balik.



Nasi goreng seafood for me. 
Harga Aud15+


Nasi lemak rendang ayam for husband
Harga Aud15+


Lepas makan, kami balik berehat di hotel. Ikutkan hati memang da penat gila and nak lepak kat hotel ja takmau pi mana dah. Tapi malam tu, en suami ajak makan piza kat Ciao Italia. Heyyy, malas mula-mula nak pi. Tapi suami pujuk jugak pi temankan dia.


Pic credit to Mr Google. 
Yes memang kat Ciao Italia ni crowd dia memang macam ni. Masa kitaorang pi tu kena que jugak la untuk makan. But good thing is orang yang da habis makan akan terus blah. Takda maknanya diorang nak lepak lama-lama dalam tu.


Nasib baik sedap wei. Pekerja dia pun bagus. Greeting bukan main. Tau kan pelancong yang mai makan. Seronok sebab Ozie ni memang tak sombong. Sentiasa ringan mulut untuk greet kita.

Harga makanan sumpah dah tak ingat. Tapi okla, masa road trip turun ke South WA kami da save a lot da kat makanan sebab banyak masak sendiri due to limited halal food masa on the road kan. So kat Perth hari-hari terakhir ni memang tak masak dah ler.


Bukan main dua beranak ni kan.


Thank you husband sebab paksa bini dia ni pi jugak makan tang sini. Sumpah sedap pizza dia๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Seafood pasta dia.
Sedap betul-betul taste Italian wei.
Kalau aku buat ada rasa fushion dengan tekak Melayu aku dah! 
Kahkah



Ni yang PALING WIN!
omaigod this pizza ka memang the winner wei.
Sumpah sedap nak mati pizza ni. Dengan topping smoked salmon and avocado nya.
Ya Allah sedapnya!
Nikmat dunia mana yang aku dustakan๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Selesai ja makan and tapau pasta yang banyak gila and tak habis tu. Maka kami pun bergerak balik ke hotel. Esok nya adalah hari last kami di Perth dan banyak lagi tempat nak kena terjah before balik ke Malaysia.

Nanti next entry kita cerita pulak ye.






Huwaaaa....
Mak jem taaa kuadddd
Taa boleyyy move on!!!



Duk rindu kat Perth....
Soryyyy mak jem taaa kuadddd...


Nanti makjem share one by one ya tempat2 best yang makjem p sana....
Because sharing is caring gitewww



Stay tune for my post about my Perth trip!

Always a traveler

in , , by Alia Farhan, 7:25 AM

currently I'm here with my lil family.
will blog about my Perth travelog soon once i get back from my trip soon.


From,
Alia
Always the traveler at heart
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS