Sebut Penang ja da sinonim la dengan kari kan... Actually dekat belah utara ni kami memang geng2 kari... Atau orang utara panggil gulai. Kalau dekat utara ni gulai dia kari la. And tak silap aku setiap negeri gulai dia lain2 kan... 

Tapi kalau dekat utara ni pun ada dua jenis gulai.. Gulai with santan n gulai without santan... Biasanya yang without santan tu kari mamak la kan. Macam aku mrmang prefer makan kari mamak ni... And aku pun jenis suka masak kari mamak. 

Ok enuf with all those introduction.. Disebabkan blog ni pun dah bersawang... So mari lah kita update kat mana port kari sembilang BEST IN D WORLD! 

TARAAAAA.... 

DEKAT SINI YAAA 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️



Terletak di Kuala Juru ya. 


Kedai ni dekat dalam ceruk-ceruk kampung ya. Memang kalau orang tak tau akan tak tau la ada kedai yang sedap dekat ceruk kampung macam ni. 

Aku paling suka kari semilang dia... Goreng kapis dia.. Ayam kicap dia. Tapi kali ni aku tak order la banyak2 sebab aku 3 beranak ja yang makan kan. So kita order pun yang menu penting la kan. 



Tara kari sembilang. Aku request kat Kak Laila nak bahagian ekoq dengan isi kat badan tu. 



Ayam goreng tu sebab Adriana nak. Sedap ayam goreng nya pun. 



Pakej nasi kari dia mai dengan hat ni sekali... haroiiii...kena plak tuang toyu manis skit.. Perghhhh nalerkeee... 


Untuk makanan dekat sini memang tekak aku approved la.. Kamon la tekak aku ni dia punya cerewets ni kalah Gordon Ramsay tauuuu. Kalau setakat biasa2 bukan level tekak aku approved memang aku tak rekemen la kan. 

Dekat sini... Goreng2 dia pun sedap.. Contoh macam nasi goreng ayam dia sedap.. Nasi goreng daging dia sedap.. Kueytiaw goreng pun sedap.. Bihun.. Mee goreng pun sedap. Sennag cita banyakkk la yang sedap nya haa. 

Sekali lagiiiii.... 

Aku nak tayang.. MUST EAT DEKAT SINI tak lain tak bukannnnn.... 


Aduiiii terlioq pulak tengok malam2 macam ni... Aduuuuuuuuuiiiiii

Hampa yang nak tau location kat mana.. Hampa kol la number kat dalam gmbaq kt atas tu.. Tanya minta pedoman kedai tang mana... Aku malas nak explain panjiang lebiaqqq... Cuma nak habaq hari AHAD depa KATUP.... 

Oh ya lupa nak habaq..lauk2 ni dimasak dengan penuh kasih sayang... Hampa request baru Kak Laila masak ok.. Cuma hari Jumaat ja depa sedia masak lauk2 ready made sebab hari tu biasanya ada geng2 kilang pi semayang jumaat berdekatan dengan kedai dia.. So untuk mengelakkan jemm dia bahagian order.. Kak lela telah biat lauk ready made.. But don't wory stil sedap jugakkk haaa... 

Ok la tu ja nak cerita... Sapa tekak premium macam aku boleh la pi try makan tang sini...

Babai







Hari Ahad lepas kami satu family berkesempatan la spend time together keluar dalam fasa new normal fasa PKPP ni...

Ya la... Sebelum ni papa diorang ni asyik terperap ja dekat rumah dengan kami 3 beranak. Seminggu sebelum raya tu dapat arahan dah nak kena start jalan kerja lepas raya. So start ja a week after raya memang everyday la laki aku keja ja... Sabtu Ahad pun kerja... 

So xleh jadi ni... Kena mogok la 3 beranak kami ni. Hahhahahha. Last2 Ahad hari tu..laki aku bagi order from home ja lah. Ater dari muka da putih macam dulu2 dah macam mat terap dah kalernya.  Ke sana ke sini tengok kerja-kerja yang jalan serentak kan.

So kami plan nak ke Gurney Plaza.. So kakak awal-awal habaq nak makan nasi dengan kari.. Nampak nau dah lama mama xbuat kari ehhhπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

So dah alang-alang nak ke Gurney Plaza.. Mesti la makan dekat Nasi Kandaq Raffee kesukaan kami kan. Sekali tudiennn ramai jugak duk beratoq. Ok cancel. Tak jadi. So aku ajak la laki aku makan dekat nasi daun pisang dekat Sri Ananda Bahwan tu. Kebetulan otw tadi lalu situ gak.

To be honest this is my first time makan dekat situ. So meluncur la kami kona pi balik dekat area nak ke Jalan Kebun Bunga tu untuk ke Sri Ananda Bahwan ni. 

First impression aku terhadap kedai ni.. Bersih.. Persekitaran dia cun n cosy. Si kakak kata apa papa ni.. Bukan bawak mai kefai makan... Ni bawak mai makan kenduri.. Kahhhhhkahhhh... 

Dia ada banyak cawangan tau... Tapi yang dekat sini dia macam cosy sebab banyak pokok2.. Tau2 la jalan nak pi ke Kebun Bunga tu kan redup ja.... 

So laki aku la order kan nak makan apa kan. Of course la nak makan nasi daun pisang kan. 


So here we are... 


Sebelum nasi sampai.. Kami order vadai dulu makan.. Pembuka selera.. Kahkah .. Sedap bila cicah dengan kuah hijau tum ada rasa pedas2 macam cabai melaka skit. Tapi tak sure yang lain2 tu rasa apa. Tapi sedap la. 




The rice banyak la kan for those yang tengah diet suku2 separuh ni kan😬😬😬


Berselera semua orang kan. Maklum lah Indian food ni dekat di hati kami. It's in d blood orang kata πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

My husband ordered ayam masala.. Ayam goreng.. Kambing masala.. Fried cauliflower.. Sayur kubis.. 
So bila order nasi daun pisang..dia akan mai set macam atas daun pisang tu dengan kuah yang 3 serangkai tu. Agak frust sebab peria goreng dah habis ya😒



Cantik pulak belas ni.. Suka aku.... 


Ni cabai kering India ni sedap. Dia ada rasa masin2 skit. Aku memang suka. Dari first time makan dekat Tajuddin Hussain lagi dah jatuh cinta. 


Budak ni kemain lagi kan. Makan sendiri ok. Kalau tak asyik pekena suruh mama suap ja. 


Kakak makan licin.. Adik pun sama. Both of them memang suka. Tanya sedap tak.. Both of them cakap sedap. 


Last but not least manisan /laddu... 
Yang hijau tu sedap.. Pistachio tak silap. Kalau biasa aku suka makan yang warna putih rasa susu2 sedap gila dekat Lil India. Dekat dengan Tajuddin Hussain tu.. Tapi yang warna putih tu aku tak berapa suka sangat kalau dekat sini. Maybe sebab ada add kn kacang ka apa ka aku xsure. But the green one is good. 


Bagi yang takut2 nak pi makan tang ni sebab status dia... Dont worry.. Kami nak habaq depa CERTIFIED HALAL BY JAKIM  naaa... 


So hampa yang nak rasa makanan pure India boleh la cuba makan tang ni. Another kedai yang pure Indian n kena dengan selera aku adalah Tajuddin Hussain. Dia punya kari tu perghhh nalerke... Belum lagi lepas makan nasi.. Minum pulak rassammmm... Aduhhhhh sedapnya. 

Lupa pulak aku nak minum Rassam dekat sini. 

For those yang nak cuba makan Nasi Daun Pisang ni boleh la ke :

Sri Ananda Bahwan Garden Cafe, 

225, Jalan Macalister, 
10450 George Town, Pulau Pinang







Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga efek makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim.

Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang semua mitos yang berkisar tentang raja buah ini bukan? Ada macam-macam pantang larang kalau berkenaan makan durian.

Tapi, yang lebih penting lagi ada ke kebaikan makan durian? Sejauh manakah kebenaran semua mitos ini? Boleh percaya ke?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jom, ikuti artikel kami di bawah.

Mitos 1: Jangan makan durian dengan alkohol. Boleh bawa maut!




Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga efek makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim.

Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang Mitos ini sudah lama berlegar-legar dalam kalangan pemakan durian yang tegar. Tapi, betul ke makan durian dengan arak boleh menyebabkan kematian?

Durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat diuraikan oleh badan.

Walaupun fiber bagus untuk kesihatan, terlampau banyak serat juga akan membuatkan anda rasa kembung perut. Ini merupakan salah satu keburukan makan durian secara berlebihan!

Samalah seperti minuman beralkohol seperti arak. Minum arak dan makan durian boleh menyebabkan perut anda rasa tak selesa.

Anda mungkin akan alami kembung perut, tapi tak adalah sampai membawa maut!

Mitos 2: Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis

Dalam perubatan moden, tidak ada istilah mengenai buah sejuk ataupun panas. Malah, kenyataan ini langsung tidak disokong oleh kajian saintifik.

Manggis dan durian selalunya berbuah dalam musim yang sama. Mungkin mitos ini timbul untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.

Yelah, kalau semua orang nak makan durian, siapa nak makan manggis?

Mitos 3: Durian mempunyai kolesterol yang tinggi

Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!

Ddurian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung.

Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.

Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya! Efek makan durian kepada anda mungkin buruk.

Mitos 4: Tingkatkan libido seks antara manfaat makan durian

Jangan tertipu ya! Tidak ada sebarang kajian yang boleh membuktikan bahawa durian boleh tingkatkan libido seks seseorang.

Tetapi, ada juga kebaikan makan durian tau!

Ada kajian yang membuktikan bahawa durian boleh mengurangkan stres dan membantu anda untuk tidur.

Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan.

Dua hormon ini dapat membantu anda untuk kurangkan stres dan juga tidur dengan lebih lena!

Mitos 5: Tak boleh ambil durian dan juga kopi pada masa yang sama!

Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.

Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.

Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.

Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan.

Mitos 6: Makan durian banyak-banyak boleh akibatkan demam dan batuk

Ini merupakan satu lagi mitos yang awal-awal lagi perlu disangkal.

Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!

Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!

Mitos 7: Makan durian dengan susu pun tak boleh?

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.

Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!

Ada banyak kebaikan makan durian sebenarnya!


Durian merupakan buah yang sangat berkhasiat. Banyak manfaat makan durian, setanding dengan gelarannya sebagai raja buah.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan anda boleh makan durian dengan banyak ya! Ada banyak juga efek makan durian.

Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana. Amalkan panduan pemakanan sukusukuseparuh yang disarankan kerajaan.

Jika anda rasa tidak selesa selepas makan terlalu banyak durian, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan ya!

Artikel kredit : Hello Doktor

 

Actually dah lama juga aku pakai cast iron pot ni. Rasa macam dah dekat 3 tahun dah. Kira sebelum fames makcik2 kiah bising periuk mahal bagai ni. 

Baru-baru ni masa MCO, meletop dengan Le Creuset ni kan. Le Creuset ni salah satu top and fames brand la untuk cast iron cookware. Selain dari Le Creuset.. Staub pun fames jugak. Aku pakai yang mana? Aku pakai yang biasa-biasa ja. Bukan Le Creuset nor Staub. 

Aku pakai brand tak fames pun. Ada yang oem brand.. Ada yang Utopia brand.. Ada M cooker cookware n etc la cita dia. Nak beli LC belum betul2 kaya lagi. Tapi kalau husband nak hadiahkan apa salahnya kan. Hahhahahah

Basically utk cast iron cookware ni ada 2 jenis.. Satu yang dekat surface nak masak dia warna hitam (non enamel coated) abd satu lagi warna putih(yang ni enamel coated). Macam aku... Aku prefer yang warna hitam tu sebab senang skit nak jaga. Bukan nak kata yang putih tak tahan ka apa ka. Tahan ja.. Kena pandai jaga and do some study first before beli apa2 untuk tau keadah penjagaan n etc. 

The reason aku suka pakai yang warna hitam tu sebab dia macam senang.. Hitam2 gitu ja.. Kalau kotoq pun xnampak.. Ehhhh... 



Haaa ni contoh yang jenis2 aku cakap tadi. Shape tak yah cakap la ada macam-macam bentuk haa. 


So masing-masing ada pro n contra masing-masing. 


Ok la nak kata hard to clean tu tak la sangat. Cumanya.. Lepas basuh tu kena keringkan terus. Sebabnya dia iron /besi kan... So kalau tak kering nanti boleh karat. Kalau karat pun boleh ja pakai as long as koranh seasoned la balik cast iron korang tu betul-betul balik dengan minyak.. Eady peasy. 
Yang pasal marginally non stick tu aku rasa dia mmg la xdak la non stick gila2 macam Tefal yang aku pakai.. But it works la as non stick medium jugak. Untuk cast iron pot/pan ni kalau makin lama korang pakai.. Makin non stick jadinya sebabnya bila kita masak and guna minyak...cast iron kita makin seasoned. 


Ni collection aku awal-awal dulu. Sekaranf dah bertambah lagi tiga. Semua ni pakai ya bukan buat pameran tau. Aku memang suka gila masak guna cast iron ni sebab senang ok. Paling bagus bab retain heat dia tu. Dah tutup sejam pun masih hot lagi makanan2 kita. 


Lagi satu keistimewaan guna cast iron pot/pan ni... Kita akan dapat khasiat zat besi /iron/Fe dalam makanan kita. Anak aku Ecah ni ada satu deficiency iaitu Iron /Fe masa dia kena warded dulu2. Dua kali masuk ward 2 kali gak Dr cakap test darah dia.. Iron tak cukup... So dis is the way la kan kami amik untuk provide Iron /Fe dalam makanan untuk dia. Nak suruh telan bayam memang nanti duk ewww disgusting dia tu... Eiii gerammmm okkk. 


Buat laksa siam hari tu pakai cast iron pot warna merah. Yang cast iron pot pink tu acah2 ja hidang bihun rebus utk makan as laksa siam. 


Ni masa raya hari tu. Guna cast iron pot untuk buat mee bandung. And hidang mee. 


Ni masa puasa hari tu. Buat sup siam dalam cast iron pot biru and masak nasi dalam cast iron pot pink. 


Ni pulak masak nasi goreng guna  cast iron pink. 


Ni collection bukan latest.. Sebab tak termasuk yang pink love tu kan. Semua ni memang berguna sangat-sangat sebab semua guna. 


Aku rasa kekurangan dia yang paling obvious adalah sebab berat la kan. Kalau sapa yang ada carpal tunnel syndromes macam aku kena dulu waktu preggy Adriana memang menangis la nak angkat dia ni kan.

Lagi satu sifat cast iron pot ni dia sangat lah tahan lasak wei. Sebab tu orang cakap boleh simpan dekat anak-anak cucu-cucu cicit-cicit. Ehhh. Janji kena pandai jaga and seasons dia la kan. Kalau malas takyah sembang jauh2 la cita dia😁😁😁


Ni sedikit guide lines la untuk hampa yang nak beli cast iron pot.. Kang duk tertanya2 berapa Litre bagaikan. 





Geram pulak tengok yang sekali dengan steamer ni. Aduhaiii.... 
Alahhhh kasimmmm... 


Warna kuning ni pun mengancam jiwa raga ni... 
Lawa sangat ni haaa


Hampa kalau nak beli cast iron pot lawa-lawa boleh pi dekat SINI. Kat sini juai cast iron pot lawa-lawa weiii... Gerammmm betul lahh



Ok lah berangan sat mana tauuuu.. Lepas ni dapat yang warna kuning tu ka.. Warna purple tu ka.. EhhhhπŸ˜‰

Next time aku akan ajar pulak cara-cara nak season cast iron pot ni. Stay tune naa









© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS