Wall decoration

by Alia Farhan, 9:09 PM
Haa sapa yang selalau follow ig aku.. Mesti tau.. Aku ni sejenis yang obsessed dengan house decoration. Suka sangat. Sejenis suka nak deco2. 
Susahkan nak cakap dekat orang yang tak minat sama dengan kita ni. Kang macam2dia cakap.. Membazir la. Anak2 tak kacau boleh la.. Hellooo.. Kalau dah nama pun budak.. Xdak maknanya dia xkacau. So nak taknak dari dia celik2 mata tu ajar dia tak boleh sentuh nad kacau barang-barang deco mama ni.
Kalau dah dari kecik dia nampak menda-menda ni xda la dia culture shocked pi rumah org yg deco tangan gatai2nak kacai kan. Yang penting kena biasakan dia. So xdak la nanti raya2 keluar cerita pergi beraya rumah orang anak2 pecahkan itu la ini la kan. Kita yang tua ni kena ajaq depa dari kecik2.
So kali ni nak cerita pasal wall decoration pulak. Aku memang jenis tak boleh tengok wall tu kosong. Sejenis nanti ahhh kosong nyaaaaaa... Xsukaaaaa. Hahahha. Kalau orang lain rasa serabut.. Takpa lah.. Umah aku kannn.. Bukan rumah ko.. Aku tak kacau pun rumah hangggg.. Hahhahaha
So meh la kita tengok dulu wall decor aku.

Ni dekat dalam bilik aku. 







Ni dah letak macam2 dah.. Foundation la.. Semua ada🤪





Ni dekat area table aku. Saja nak nampak gegirl sikit kan. 




Ok yang ni pulak dekat living room aku. 





Memang cat kaler grey ni as featured wall. Then dekat area sini pun tak tau la apa konsepnya. 





View from the other side. 






Ni pun dekat living hall. And yess. I love indoor plants too. Suka sebab dapat provide fresh air to me n my family. 

Banyak barang-barang beli from kaison, Kmart Aus and dari Instagram : scandi_scandu

Sekarang ni tengah merangka-rangka pulak wall decor utk guesthouse /homestay aku dekat Batu Kawan tu. Haihhh. Pening nak cari idea ni. 🤪🤪🤪
It's 18th March btw. I just realise I only managed to blog 3 posts up to this date. Yeah ...been a through a lot lately.

First I was super duper busy with my new house, the one in Bandar Cassia,  Batu Kawan. Near to Ikea Penang. We work on out plan to make a homestay / guesthouse as we don't plan to rent it monthly basis to others. Well at least we can stil managed to monitor what is happening with our property. I've been through this whole cleaning process (sikit ja pun.. The major one upah Indo ladies to clean up for me).. All part of installation stuff like Ikea racks and all that which required me to assembled it by myself.


As much as I enjoyed doing the installation n assembling the stuff I also forgot that I have a lower back pain that comes and goes like heart lah. Fewww.







Ada satu hari masa tengah nak loading barang dekat trolley to bring to our new house. Tetiba prakkk....my pinggang bunyi. It was painful like hell. Terus tangkap ke kaki. Imagine I have to fetch kakak from her school and then feed my kids for lunch.   Sebab nak pergi rumah baru.  So I dont cook that day, having to handle two kids outside in a hot sunny day dengan memasing kadang-kadang menduga gila.


But as I managed to get to the new house at Batu Kawan.. And sit n baring for a while dekat sofa... Suddenly aku tak boleh bangun. Nak bangun berdiri pun rasa macam nak putus pinggang. Oh my it was terribly hurt me. Kena menggagau and berpaut dekat kerusi putih but suddenly nak fell down sebab kerusi tu tak balance. Nasib baik cepat berpaut dekat grill tingkap. I don't know if jatuh... Surely tak boleh bangun terus😭

Nasib si kakak dah paham bahasa and bila aku sakit ka apa.  Dia yang banyak tolong mak dia ni. Tapi kadang-kadang kesian bila mama dia sakit.. Dia selalu jadi mangsa kena marah. Sory kakak😭😭😭

I'd been suffering from this lower back pain start dari accident jatuh moto masa 2007. Then 2x epidurals masa cser both of my kids sikit sebanyak lead to another terrible lower back pain. Yoko-yoko and Mustajab krim panas tu memang my best friend la kan. Kadang-kadang sampai dah takda rasa panas tu sebab dah selalu apply kat pinggang tu.

Bila baca simptom-simptom slip disc. Ada banyak hint menjurus ke arah slip disc. For this time being memang aku tak pernah refer orthopaedic untuk my lower back pain ni. Kalau aku pi check.. Kompem2 Adriana kena ponteng sekolah. Tengok lah cuti ni ka aku pi check dekat Ortho.

But for this time being aku nak try jugak Chiropractic Treatment. Anyone yang pernah try Chiropractic treatment? Can u share with me how it was done?  Does it hurt? Does is make u feel well after doing it?

Well that what was happens to me recently.  I was quite busy and suddenly I had this lower back pain attacks on me. This year, this is the second one. Surely bila kena tak boleh bangun punya and I will surely cry sebab terlalu sakit.

I 'm actually too scared to see the orthopaedic. Takut kalau diagnosed with slip disc. Tapi at the same time...tak boleh tahan anymore. A mother like me nak bedrest lama-lama pun kenot. I have no maid. So I was depending on my husband ti help me with the kids and the house chores. But yes.. Pitty him also lah kan. Kerja lagi..  Haihhh...

My husband ada ajak aku pi Chiropractic treatment ni. Sebab dia sendiri pun sejak-sejak accident jatuh motor last year pun sakit jugak pinggang. He also risau somemore tengok bini dia sampai tak leh bangun kadang-kadang tu. Solat? Aku solat duduk wei. Memang tak boleh bangun berdiri immediately cepat2 tau. Nak rukuk n bend down my body pun cannot sometimes. Sebab tu solat duduk ja.


Second day lepas pinggang prakkk.  Terlantar berbaring dekat rumah sampai rasa nak muntah tengok kipas berpusing. Telan ponstan and Orphenadol then keluar naik kereta jalan-jalan tepi pantai amik angin gitu. 


Haihhhhh. 
Bukan mengeluh..  Cuma nak mencurah rasa di hati dekat blog ni. Aku baru Allah uji dengan sakit sikit macam ni ja. Tapi rasa seksa tu Allah ja lah yang tau. Aku harap dengan kesakitan-kesakitan yang Allah bagi aku ni asbab untuk Allah hapuskan semua dosa-dosa aku.


Quick update. Sebab bila aku update resipi ni dekat ig ada yang tanya macam mana buat kan. So meh sini kita nak update cepat2 ya.





Bahan-bahan:

Bahan untuk tumbuk/blend *:
Cabai besaq
Cabai melaka
Belacan
Bawang besar
Bawang putih 1 ulas

Bahan untuk letak dalam air asam:
Air asam jawa
Bawang besar yang dihiris nipis
Tomato yang da dihiris halus
Cabai melaka 4 biji dipotong
Santan
Seekor Ikan rebus (aku rebus dengan asam keping and bawang skit) 
Terung bakar (aku bakar atas pan ja) 
Gula 
Garam
Serbuk perasa *

Cara-cara:
1. Tumbuk/ blend semua bahan-bahan di *. 
2. Setelah selesai step 1st tadi, campurkan air asam jawa, tomato, bawang, cabai melaka, ikan rebus yang telah diasingkan isi dari tulang dan jugak isi terung bakar yang telah dicarik nipis (ala korang siat-siat ja la terung tu dari kulit dia.. Aku suka kulit dia so i'm not gonna waste any part of it)
3. Dah masuk ikan rebus and terung bakar tu, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa kalau nak. 
4. Last korang letak la santan. Aku pakai santan botol yang beli dekat Telennn tu aja. Korang pakai santan kotak pun boleh kalau memang spesis takdak maknanya nak perah2 santan macam aku ni kan. Serbuk santan? Aku tak reti guna yang serbuk.. So no komen ok. 
5. Pastu korang rasa la.. Yang mana tak cukup tu tambah la. Pandai-pandai la ejas rasa dia sampai ikut standard tekak korang kan. 
Dah siapppp. Senang ja. Ni kalau nk bodek mak mentua melambung-lambung boleh la try buat ni. Aku sebab dah xda mak mentua.. Kalau ada kompem2 mak mentua sayang. Kahkah. Haktuihhh. Aku ni spesis hantu kerabu... Buat ratah ja habis sepinggan. Tak makan dengan nasi pun xpa dah. Mak aku pun da paham pe'el anak dia ni. Kalau buat kerabu kalau aku balik mesti buat lebih-lebih.. Sebab nanti habis aku meratah ja. 
Korang nanti try la buat. Mana tau kena ngan tekak korang ka kan... Kerabu ikan rebus bersama terung bakaq



Pffftttt... Cepatnya dah bulan 3 kan. Walaweh. But for this year my husband and I are not yet decided where we are heading to.

Kalau last year trip kami ke Perth pada bulan 5, hujung bulan 8 ke Koh Lanta, hujung tahun ke Koh Lipe and Singapore. This year, untuk yearly trip yang kena beli tiket flight not yet decided.

This year pulak Adriana da start pre school dekat government school so it means we have to travel during school break la kan which means will break our leg as we need to dig in more money for flight tickets. Sighhh... So korang anak-anak yang belum start sekolah tu silakan la berjalan sampai lebam ya. Anak da sekolah nanti susah kena berjalan time cuti sekolah ja. Eh tali aku selalu ja nampak ada orang yang bawak anak-anak travel time tak cuti? Boleh ehhhhh?


This year antara yang mungkin dalam list untuk travel adalah:


1. Tawau, Semporna and Mabul Island.

Since my sister kena posting dekat sana. So why not right? Jeles tengok gambaq adik aku dekat Semporna and Mabul hari tu😑😑😑


From my brother photo. 



2. Legoland JB.

hey walapun dekat JB ja tapi bercinta lah nak drive dari Penang ni. Jauh nauuuu. Naik flight je boleh kan? Ni sebab ada budak berzikir nak pi Legoland California. Apa dia ingat bapak dia tokey balak ka sampai ke California ko nak pi Legoland. JB sudehhhhh ya.



3. Shanghai.

Out of no where Shanghai is in the list sebab terpengaruh tengok ig kak Shilashower. Nak-nak pulak ada yang berzikir-zikir nak pi Disneyland. Tak payah nak Disneyland Paris ka California ka. Shanghai sudehhhhh. Yes I was sceptical at first ya lah konon orang cakap China ni macam euww skit kan. Tapi bila kak Shilashower cakap bersih ja Disneyland Shanghai aku rasa macam ok la kot. Why not kan? Lagipun Disneyland Shanghai adalah Disneyland termurah and second terbesar and mempunyai latest games mcm Thrones rides tu. Lagipun Shanghai tu sendiri pada aku macam menarik ja. Lagi-lagi bangunan The Bund semua tu. Ahh very futuristic and so futurama. Kahkah!


Cantik! So futuristic  ! 



4. South Korea, Jeju Island perhaps?

Kalau South Korea ni aku rasa kalau Seoul tu belum lagi la aku nak tertarik nak pi. Tapi kalau sebut Jeju Island sumpah aku nak pi sangat. Sebab masa tengok cita-cita korea macam Lovely Samsoon (hyun bin aku berlakon.. Kahkah) dengan My Girl (junki aku berlakon.. Kah!!!) tu memang aku rasaaaaa woiii lawanya Jeju ni. Nak piiiii......😍😍😍


Lawa nya lah hai Jeju Island ni


5. Melbourne

Obviously not this year la kan. Aku teringin nak rasa 4 seasons in one day bak kata org Aussie kat Melbourne. U boleh rasa winter, autumn and bloody hot summer in one day. Menarik kan. And obviously la sebab aku suka sangat Aussie ni.. Ok serious talk jatuh cinta first step landing dekat Perth in 2016 tu. The Great Ocean Road is a MUST when u travel to Melbourne kot kan.


Cantiknya. Husband please bring me here🤣🤣🤣


6. New Zealand.

Yeah ni pun salah satu wishlist but obviously not this year jugak la kan. Bagi pencinta nature macam aku... This is the MOST WANTED country I want to visit. Tapi laki aku cakap tunggu anak-anak besar skit. Dah anak besar skit, nak beranak baru pulak. Dah bilanya nak pi kannnnn.... Arghhhh stresss...


The beautiful Lake Tekapo in NZ. 

Tapi tu lahhh. Tak tau nak survey kat mana tiket, hotel, pakej and tempat-tempat yang menarik selalu orang pi kan. Walaupun orang cakap dekat Matta Fair selalunya murah gila.

Percaya atau tak aku sebenarnya tak pernah pun pi ke Matta Fair. Selalu la juga kakak aku dapat deals yang bagus-bagus dekat Matta Fair promo tu kan. Tapi tu la bein me, nak pi ke fair macam ni nak kena bersesak-sesak dengan anak-anak ni memang BIG NO la kan.

Tak sanggup aku nak hadap anak-anak aku buat kuat lentang ka dalam. Jenuh kot. Sorang-sorang nanti buat berebut stroller la. Adoi. Stress mak nak. Baik duduk kat rumah diam-diam tak pun pi mall lepak-lepak kat cafe sudah.

TAPIIIIII KANNNNN...
Bila aku dengar Traveloka ada buat Saleabration dia sendiri aku jadi jakun la sat kan. Ehhhh senang la dah ada online menda-menda macam ni kan. Tak gaduh la aku nak pi bersesak-sesak dekat Spice Arena Penang tu. Tak koserrr la makjem kan.


  • Dah ada semua kat hujung jari lagi senang la lepas ni nak buat pilihan kan. Dah la tawaran-tawaran dekat Traveloka Saleabration ni pun boleh tahan hebat. Selain murah, Traveloka bukan saja tawarkan penginapan hotel pada harga yang murah tapi ada juga provide kan kita dengan cheap flight. Ehhh gila tak suka macam ni kan. Harus lah terlajak suka mac ni kan.




Senang bila guna Traveloka ni kau dah tak payah susah-susah nak bersesak-sesak dekat Matta Fair tu. Dengan nak bersesak-sesak dengan nak pikir cari parking lagi. Ehhh so serabut. Dengan Traveloka Saleabration ni hassle free gitu.


Woww.. Tiket ke Shanghai boleh tahan mur-mur ni.. .. 

Nak cari hotel, nak cari flight ticket murah, nak cari attractiin dekat kawasan yang hang nak pi melancong pun semua boleh cari dekat Traveloka ni. Dah save masa da dekat situ. Mak-mak macam aku yang on the go ni macam ni lah ya. Tak kuasa dah nak hadap menda-menda leceh ni. Semua nak senang ja kejanya.


Semua ada in 1 apps. So silalah rajin-rajinkan diri hampa download Traveloka ok. 


Nampak tak Legoland ticket promo kat situ. Ahaks. 

Ok lah korang. Aku geram pulak lama-lama tengok Traveloka Saleabration ni. Nak survey untuk next trip ni. Nak kena buat survey 2 3 tempat and bentangkan bajet dekat papa budak2 ni. Mana tau usul menteri kewangan rumah ni diluluskan ke kan. Hampa pun jangan lupa cepat-cepat survey awai-awai dekat Traveloka Saleabration ni tau. Tak gaduh dah nak pi bersesak-sesak dekat Matta Fair 2019 hampaaa oiii. 






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS