Berbalik kepada kisah  Kashmir Winter/ Spring Trip kami pada bulan 3 yang lepas. Kali ni sambungan berkenaan house boat di Dal Lake, Srinagar. 

I was actually not keen to write this part as i found that some of my past memories in Kashmir at this houseboat was not somethinh i fond of but let me just tell u guys quickly as reminder ya so that none of you had to deal this again


As we all know, Kashmir ni bery famous with the house boat. And all the house boat located in Dal Lake.



To go to our house boat of course we need to take boat to our house boat

Ni kawasan our boathouse ya. Lucky us boathouse kitaorang ni ada kawasan mcm darat n cantik gila. Siap ada garden compound lagi ya korang. So let’s check it out ya ;


Time ni kan dah nak hujung2 winter. So means nak masuk spring la kan. Ada some pokok2 bunga da start nak blooming. Cantik!


Amazing macam mana diorg boleh buat houseboat n yaman dekat tengah2 tasik Dal ni


Boleh la nak chill out kat sini


Tengok houseboat lain tu houseboat semata ja sebelah mnyebelah dengan houseboat lain tapi yng kitaorang ni mcm ada dekat atas darat tapi stil ada house boat ya


Siap ada playground bagai



Dekat kawasan ni ja ada 3 houseboats utk guests. Family kami saja dua houseboats. 

Ok jom kita tengok dalam houseboat pulak


Masuk dalam houseboa ada macam living hall gitu. Best nak lepak2 buat family activities. Malam last day kami buat game main dengan anak2 ramai2
Cantik kan ukiran dalam houseboat ni


Ni dalam bilik kat houseboat. Dalam setiap bilik ada toilet masing2


Katil king ka apa ntah besau kemainnnnn


Ni toilet dia


Ni bilik family aku


Ni pemandangan depan/luar houseboat. Nampak la malam2 lampu dari houseboats yang lain.

Pengalaman duk houseboat ni ada suka dan duka. Hahhaha. Berapa kali ntah power trip. Air pulak, air yang terlampau panas disediakan. Direct diorg masak dalam boiler and masukkan ke rumah. Kalau berak takdan nak sejukkan air masak la bontot korang🤣
Cakap berdasarkan pengalaman sendiri

Lagi satu, power trip dekat sini adalah biasa ya. Belum lagi internet on off. Yang paling tak boleh blah bila rumah yg korang duk tu kt hall tu selamba ja peniaga2 masuk bentangkan hasil jualan. Hari 1st ok lagi kita boleh terima. Masuk hari kedua ketiga orang yang sama nak suruh kita beli benda yang sama memang kena sembur jugak la. Bayangkan kami duk di situ 3 malam, tiga2 malam dia nak masuk bentang suruh kita beli. Last2 kitaorang kunci habterus tak bagi masuk n buat aktiviti family masa malam last tu. Serious terasa sangat annoying ya. 

Muka- mula rasa kesian la kan beli sebab diorg ni mmg totally harap ke pelancongan ja. Tambah pulak time tu baru ja start ok lepas covid kan. Dah tu kita beli, dia suruh pulak aku pujuk adik aku, kakak aku beli. Ehhh banyak cantik muka kau. Dari elok2 mood aku pagi2 dah kena hambur dengan aku. Kalau jual murah tu takpa, ni bukan murah tara mana pun. Tapi tu la diorg ni pun suka ambil kesempatan dengan kebaikkan kita. Nanti mula la cerita2 sedih pembohong dia tu. So take note ya; kalau ko taknak beli awal2 ko tutup n kunci ja houseboat tu. 

Satu lagi diorg ni suka amik kesemepatan dekat pelancong Malaysia esp yang Islam ni. Suka main sentimen agama gak la. Konon2 kesian apa bagai. Ya mmg la kesian. Ko bayang kadang2 bagi tips kalau convert duit Malaysia ni RM5, mencebik ya. Cakap sikit. Eh banyak cantik muka kau, kita bagi tips dekat rider grab ka fp pun rm3 ja tau😩 . Serius memang diorang suka bagi kita rasa bersalah. Kalau dekat pelancong yang dari India dari negara dia , dia tau kedekut. Memang xkan dapat punya kan. So akan buat la cerita2 sedih dekat kita ni. So kalau korang pi ke sini, nak bagi tips bagi ja sikit. Kang melampau2 dia nak paw kita

Masa duk kat houseboat ni pun banyak gak yg kurang, janji nak bagi heater/bukhara dekat hall tu, pasang bahan api untuk bagi panas eh dia tak pasang pun. Padahal bayar harga sekali dengan bahan api semua tu. Last2 pandai dia bawak keluar bukhara tu and kata xda. Membongak ja cakap mmg xda padahal benda tu memang ada kt hall tu masa kitaorang sampai. So basically kena banyak2 bersabar jugak la. Bayangkan aku duk kat houseboat ni dua hari aku tak mandi sebab tak sanggup nak mandi air panas gila tu. Memang la tengah sejuk tapi kalau ko mandi air panas gila nanti teruk kulit meradang. Gila wei stress time tu. 

Tapi tu la part of the experience kan. Tu belum cerita kat airport Srinagar, airporr Mumbai lagi. Macam harey semuanya🤣 
Ingat2 balik sapa nak ajak aku pi India kan, hampa pi la sendiri😅 aku xmau pi dah🥵

Serius Kashmir memang cantik. Tapi keadaan poverty tu kadang2 buat orang2 dekat situ jadi mehhh. Bukan nak pandang buruk. Tapi aku memang bad moods la few days before balik tu. 

Rasa bersyukur sangat-sangat lahir dekat Malaysia and jadi orang Malaysia wei. Serious talk💪🏽






SHARE 1 comment

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS