Resipi : Rasam, Sup Rempah India Selatan

 Maybe ada yang tak familiar lagi apa itu Rasam. Rasam ni sebenarnya sup untuk kaum India terutama mereka yang berasal dari India Selatan. Rasa dia masam-masam, pedas /hangat dan berempah.

To be honest, before ni pun aku tak pernah rasa Rasam tu apa. But since my husband ni orang Penang and bawak aku makan dejat Tajudin Hussain... And dia ajaq aku minum /hirup rassam lepas makan nasi sekat situ.. Sejak dari tu la aku suka rasam. Cuma before this tak reti la nak buat kan. But since, ada sorang akak ni yang aku kenal dekat fb ni share resipi mak mentua dia... So aku pun try la buat sendiri wei...


Kalau da ada darah cap kari yang mengalir di badan ni.. Mesti mahuuuuu nya rasam gini.. Hahhaha.. My great2 grandfather from my late dad  came from Northern India... Uttar Pradesh if not mistaken la. Hence why muka aku cantik macam Kajol kahkahhhhhh... 

Ok lah... Nak buat dia tak susah.. Senang ja.. Kalau hang rajin buat kari.. Basically benda-benda asas tu memang ada la kan... Aku kari ni menu wajib selang sehari macam tu... Biasala.. K katakan... 🤣🤣🤣

Ok la sebelum melalut2... Jom la kita cerita skit apa khasiat Rasam ni... Mengikut kawan aku yang berbangsa India.. Dia kata Rasam ni biasanya bagus to aid aour digestion system, memanaskan badan kita (musim panas-panas ni amik skit-sikit sudah la kan), kalau selsema or sakit tekak or hilang selera makan, the Indians will eat this to boost their appetite. Kawan aku yang Indian tu pun ajaib macam mana aku boleh kenal Rasam ni.. Sebab selalunya orang India ja yang suka Rasam ni... Welll malas aku nak cita.. Aku ni pun geng Kajol jugak cuma aku a lottttt of mix.. Campoq lagi dengan Sawadikaaaaa... Campoq melayu separuh+Suku India+Suku Siam... Ohoiii.. A lot of mixedd....


Jom la tengok bahan-bahan dia dulu na:

Halba campur (lebihkan biji sawi) 
Daun kari
Bawang merah/besar 
Bawang putih jangan buang kulitnya(tapi cuci bersih) 
Cabai kering dipotong 
Halia
Black pepper
Jintan kecil
Biji rempah /ketunbar
Rempah Rasam 
Tomato 
Minyak untuk menumis 
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara:

1.Tumbuk halia, bwg putih sekali kulit, bwg kecik atau besaq.. Agakje na.. Tomato, tumbuk kasaq2 ja and tumbuk daun kari sikit..

2. Blend kering lada hitam, jintan kecik tu, biji rempah..

3. Tumis biji sawi, cabai kering, daun kari, masukkan bahan yg kita tumbuk tadi.., masuk ayaq, ayaq asam jawa, buh rempah rasam 3 sudu makan or  agak2 je..

4. Nak bagi kick ke tak.. Masukkan bahan yg kita belender kering and perasakan dengan garam dan sedikit gula untuk bagi rasa balance.

5. Da siap boleh angkat untuk dihidangkan.. Tabur daun ketumbar kalau ada... Siapppp


Rasam ni kena pulak dengan kari udang+kacang buncis n kambing bakar. Perghhh terangkat beb.. Adriana suka Rasam ni sebab ada rasa masam-masam gitu.. Dia kata sedap la mama letak kuah Rasam ni dengan kuah kari mama... See...very the Kajol Mukherjie... Hampaaa apa tauuuuu 😜😜😜😜

Kat Penang ni pun aku rasa kat Tajudin Hussain and Sri Ananda ja yang aku pernah makan and ada Rasam ni.... Nasi kandaq yang lain ka tak la pernah jumpa lagi.. Or maybe aku xpernah pi tempat lain yang ada kot.. Who knows kan... 
Ni pun sebab rindu gila lama tak pi makan dekat Tajuddin Hussain ni.. Sabit tu buat gak Rasam ni... 


3 Comments

  1. my grate grandad datang from pakistan hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha tau resipi ni tapi tak pernah pulak try makan. Masak apatah lagi. Okay nanti nak buat jugak lah

    ReplyDelete
  3. aumphhh sedap ni! makan cicah roti banggali pun ok

    ReplyDelete

Post a Comment