Makan Nasi Daun Pisang Di Sri Ananda Bahwan Garden Cafe

Hari Ahad lepas kami satu family berkesempatan la spend time together keluar dalam fasa new normal fasa PKPP ni...

Ya la... Sebelum ni papa diorang ni asyik terperap ja dekat rumah dengan kami 3 beranak. Seminggu sebelum raya tu dapat arahan dah nak kena start jalan kerja lepas raya. So start ja a week after raya memang everyday la laki aku keja ja... Sabtu Ahad pun kerja... 

So xleh jadi ni... Kena mogok la 3 beranak kami ni. Hahhahahha. Last2 Ahad hari tu..laki aku bagi order from home ja lah. Ater dari muka da putih macam dulu2 dah macam mat terap dah kalernya.  Ke sana ke sini tengok kerja-kerja yang jalan serentak kan.

So kami plan nak ke Gurney Plaza.. So kakak awal-awal habaq nak makan nasi dengan kari.. Nampak nau dah lama mama xbuat kari ehhhπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

So dah alang-alang nak ke Gurney Plaza.. Mesti la makan dekat Nasi Kandaq Raffee kesukaan kami kan. Sekali tudiennn ramai jugak duk beratoq. Ok cancel. Tak jadi. So aku ajak la laki aku makan dekat nasi daun pisang dekat Sri Ananda Bahwan tu. Kebetulan otw tadi lalu situ gak.

To be honest this is my first time makan dekat situ. So meluncur la kami kona pi balik dekat area nak ke Jalan Kebun Bunga tu untuk ke Sri Ananda Bahwan ni. 

First impression aku terhadap kedai ni.. Bersih.. Persekitaran dia cun n cosy. Si kakak kata apa papa ni.. Bukan bawak mai kefai makan... Ni bawak mai makan kenduri.. Kahhhhhkahhhh... 

Dia ada banyak cawangan tau... Tapi yang dekat sini dia macam cosy sebab banyak pokok2.. Tau2 la jalan nak pi ke Kebun Bunga tu kan redup ja.... 

So laki aku la order kan nak makan apa kan. Of course la nak makan nasi daun pisang kan. 


So here we are... 


Sebelum nasi sampai.. Kami order vadai dulu makan.. Pembuka selera.. Kahkah .. Sedap bila cicah dengan kuah hijau tum ada rasa pedas2 macam cabai melaka skit. Tapi tak sure yang lain2 tu rasa apa. Tapi sedap la. 




The rice banyak la kan for those yang tengah diet suku2 separuh ni kan😬😬😬


Berselera semua orang kan. Maklum lah Indian food ni dekat di hati kami. It's in d blood orang kata πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

My husband ordered ayam masala.. Ayam goreng.. Kambing masala.. Fried cauliflower.. Sayur kubis.. 
So bila order nasi daun pisang..dia akan mai set macam atas daun pisang tu dengan kuah yang 3 serangkai tu. Agak frust sebab peria goreng dah habis ya😒



Cantik pulak belas ni.. Suka aku.... 


Ni cabai kering India ni sedap. Dia ada rasa masin2 skit. Aku memang suka. Dari first time makan dekat Tajuddin Hussain lagi dah jatuh cinta. 


Budak ni kemain lagi kan. Makan sendiri ok. Kalau tak asyik pekena suruh mama suap ja. 


Kakak makan licin.. Adik pun sama. Both of them memang suka. Tanya sedap tak.. Both of them cakap sedap. 


Last but not least manisan /laddu... 
Yang hijau tu sedap.. Pistachio tak silap. Kalau biasa aku suka makan yang warna putih rasa susu2 sedap gila dekat Lil India. Dekat dengan Tajuddin Hussain tu.. Tapi yang warna putih tu aku tak berapa suka sangat kalau dekat sini. Maybe sebab ada add kn kacang ka apa ka aku xsure. But the green one is good. 


Bagi yang takut2 nak pi makan tang ni sebab status dia... Dont worry.. Kami nak habaq depa CERTIFIED HALAL BY JAKIM  naaa... 


So hampa yang nak rasa makanan pure India boleh la cuba makan tang ni. Another kedai yang pure Indian n kena dengan selera aku adalah Tajuddin Hussain. Dia punya kari tu perghhh nalerke... Belum lagi lepas makan nasi.. Minum pulak rassammmm... Aduhhhhh sedapnya. 

Lupa pulak aku nak minum Rassam dekat sini. 

For those yang nak cuba makan Nasi Daun Pisang ni boleh la ke :

Sri Ananda Bahwan Garden Cafe, 

225, Jalan Macalister, 
10450 George Town, Pulau Pinang







2 Comments

  1. Syok oiii dapat makan nasi daun pisang. Penang memang glemer nasi daun pisang nasi kandar bagai. Lamanya tak jejak Penang, last pergi 2008 kot time study trip. zaman tu hari2 ilang sebab p makan nasi kandar. saja meraikan kawan2 yang nak makan

    ReplyDelete

Post a Comment