Kitchen Cabinet Organization

Dah berapa bulan duduk rumah baru.. Baru la sempat nak organize kitchen cabinet betul-betul kan. Sebelum ni ada time rajin susun la elok2... Ada time malas.. Ke laut gila ja... Main sumbat2 ja kalau nak cepat.

So semalam nekad dah nak organize balik elok2. Bagi systematic and tersusun.. Supaya senang nak amik apa-apa kan. Ada benda yang kita kena susun untuk percepatkan and permudahkan kerja kita.


Ni overall dapur aku. Cukup la untuk aku berperang hari-hari dekat sini sediakan makanan dekat family aku. Ada yang tanya aku.. Memang minat warna kayu2 ni ehh.. Those who knows me.. Will know me well. Aku ni jenis xsuka sama dengan orang sangat. Hahhaha. Macam biasa aku suka menentang arus. Di kala orang suka kan white  kitchen cabinet bla bla bla.. Aku go the other sides. Lagipun bagi aku... Warna coklat/kayu ni versatile and valid sepanjang zaman. Haaa gitohhh. Aku dah pernah ada fasa go thru and suka benda2 putih ni.. Trust me... How hard u jaga.. Lama2 dia mnguning.. Benci aku! 🤣 🤣 🤣 

Ok lah.. Jom cerita part kitchen cabinet Organization ni... Aku ni xla terer sangat. Xdak la mngamalkan semangat marie kondo ka apa ka. Penting bagi kau after month or in 2 months untuk declutter and buang barang-barang yang kita da tak pakai. Simple kan.



Aku memang suka guna bakul ni. Sebab size dia tak besar tak kecik. Just fit nicely to my kitchen cabinet. Paling penting fit most things and memudahkan kita nak sorting accordingly. 




Ni aku guna bakul tu untuk masukkan dekat dalam pull out drawer aku. Ni dekat drawer paling bawah sekali. Aku letak bulky items yang berat-berat macam gula semua tu dalam bakul tu. Bila nak ambil ka senang. Nak check stock pun senang jugak. Selalu benda-benda yang expired and kita tak sedaq benda-benda dalam tin kan. Sebab tu aku decide untuk letak dekat sini so senang la nak check apa yang ada apa yang dah nak expire. Sebelum ni letak dekat atas-atas sangatlah tak practical ya nak check stock bagai ni.




Ni pulak second drawer dari bawah. Letak stock noodles semua tu. Dekat sini xla berapa berat sangat. Sesuai la letak dekat 2nd one kan. 


Yang ni pulak another pull out drawer dekat sebelah. Dekat drawer ni tak muat nak letak basket putih tu so aku guna ja lah apa yang ada kan. Bahagian ni untuk letak kitchen towels, wet tissues dengan tote bag untuk beli barang2. Well Penang no plastic bag everyday ok! 




Ni pulak bahagian ovaltine, brown sugar, cereals, teas bla bla.. Kata atas dia bahagian pastas. 


Ni overall untuk cabinet bahagian atas ya. 


Pasta section. Tapi spaghetti tak muat letak sini sebab bekas spaghetti dengan spaghetti kan panjang. Ruang dekat sini rendah ja. Guna jar dari Ikea and jar bekas sauce pasta ja. 


Dalam bakul ni la susun segala tipuware.. Tupperware.. Susun blender yang guna untuk blend bawang.. Blender utk juice n etc. 


Ni bakul simpan kuih-kuih raya. Susun elok2 dalam ni. Nak keluar masuk pun senang. 



Ni pulak bahagian spices n herbs. Ada jugak la dressing utk salad dekat sini. 


Ni pull out tray untum letak pinggan-pinggan yang guna harian and kat bawah tu tempat letak sos bagai. 


Ni kat bawah sinki. Dekat sini la ada barang-barang bertukang laki aku. Spray cat la. Tudung periuk and pan semua pun letak dekat sini. Aku beli tempat letak tudung periuk tu dekat Daiso. Boleh gak guna untuk susun chopping board. 


Ni pun pull out drawer dekat satu size lagi. Dekat bawah sekali jugak. Dekat sini aku letak benda-benda berat macam beras 5kg..minyak..dalam ni ada 3 peket beras 5kg.. Minyak peket,stock spaghetti n etc. 


Ni pulak beras yang berjenis-jenis tu. Guna jar ikea ja. Yang kanan sekali tu guna untuk isi tepung gandum. Suka tengok sebab bila buh dalam jar ni.. Cun ja. 


Ni aku guna sticker label Motex. Suka sebab nampak classic gituhhhh. 


Comel gituhhh guna label ni


Terbekenan pulak guna jenis jar-jar ni. Lawa n esthetic sangat. 


Ni pulak section ubat-ubat. Dah bau macam dekat pharmacy dah bahagian ni. 


Ni pulak kat bahagian bawah. Aku letak pinggan-pinggan kaca semua dekat sini sebab ya lah benda-benda tu kan berat. Tak sesuai la nak letak dekat bahagian atas. Takut la lama2 nanti mana nak tau risau reban /runtuh ka cabinet atas kalau berat-berat sangat. 



Yes counter top aku penuh dengan gadget sebab aku jenis tiap-tiap hari guna gadget memasak kan. Tu pun rice cooker da simpan sebab guna Philip Pressure Cooker ja untuk masak memasak semua. 

Ada jugak benda yang kita kena susun ikut kesesuaian dia. Contoh gadget2 rumah. Ada orang prefer simpan dalam cabinet dia. Ada orang more to practicality... Aku la tu. Sebab aku memang sejenis pakai gadget2 kan. Of course la kena memudahkan kerja aku. 

So apa pun ikut kesesuaian kita sendiri. Kalau suka table top clear boleh ja simpan dalam cabinet. Yang penting kita selesa and suka yang mana. And there is no right or wrong when it comes to this. 

N now my kitchen quite in a mess sebab baru-baru ni balik dig in some stuff dekat rumah lama. Ahhh sudahhhhh.... 

Ok la.. Bella chiao 😘



1 Comments

  1. Cantek la dapur alia. pesyen2 design kayu memang sesetengah orang tak suka, tapi yang design kayu ni memang unik. kami ni dah 5 tahun tinggal rumah sendiri masih tak buat cabinet dapur. pakai yang orang lama buat kitchen top sedia ada je.

    ReplyDelete

Post a Comment