Resipi : Ayam Penyet dan Sambal Ayam Penyet Power




Menu simple tapi merecik hawauuuu

Untuk menu ni simple ja. Aku buat cara aku la kan.. Bukan la ikut recipe betul2 ayam Penyet ka apa ka. 
Ni pun ayam tu Guna air fryer ja. Senang keja aku. 

Recipe untuk ayam pun senang ja. 

Bahan-bahan:

Ayam... Aku suka Guna whole leg atau thigh atau drumstick
Kunyit hidup
Garam

Cara-cara:

1. Tumbuk kunyit hidup dan lumurkan dekat ayam. Jangan lupa lumurkan sekali dengan garam. 
2. Biar kan selama 30 minit. 
3.  Masukkan ke dalam air fryer. Dan spray sedikit minyak kat atas ayam tu. 

4.  Set kan suhu kepada 180 deg C dan set kan kepada 15 Minit. 


5.  Lepas 15 Minit, kalih ke bahagian lagi satu. 


6. Dah siap part ayam. Jom kita tengok part sambal ayam Penyet power rangers plak. 

Sambal Ayam Penyet power


Bahan-bahan:

Cili besar
Cili padi
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Belacan
Cuka
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. 3/4 bahan-bahan di atas di blend Guna blender kasar. 
2. 1/4 bahan-bahan di atas ditumbuk kasar Guna lesung batu. 
3. Then dah siap satu kan sekali and letak cuka untuk perasa. Jangan lupa garam, gula dan serbuk perasa. 
4. Lepas tu, panas kan minyak dan masak sambal belacan tu. Masukkan air sedikit kalau terlampau pekat. 
5. Masak sampai pecah minyak. Dah siap. Boleh simpan untuk makan. Aku suka buat banyak2 sebab laki aku suka makan sambal belacan goreng ni... 

OK da siap. Dah lama x buat sambal belacan goreng ni. Nak kena buat stock la nanti..... 





6 Comments

  1. sambal tu sedap..thanks sudi share resepi sambal tu.. :-)

    ReplyDelete
  2. hang baca kat blog aku........cari resepi SAMBAL COWEKK...........LAGI SURRRRRRR

    ReplyDelete
  3. fuhhhhhhh.. tengok entri ni jam 1.56 pagi dan perut sis minta diisi.. nasib rumah kamu jauh nun di sana.. hahahahaha~

    ReplyDelete
  4. alahai that looks so good !!!

    ReplyDelete

Post a Comment