Tips : Cara Hilangkan Lendir dan Hanyir Ikan Keli Paling Mudah Dan Berkesan



Hai semua...

Ada peminat ikan keli dak dekat sini? Kalau ada.. Meh sini high five sikit. Sedap kan.. Buat la goreng garing ka.. Bakar ka.. Masak berlado ka.. Masak lemak ka.. Gulai ka.. Fuhhhh semua sedappp Ya Allah


Credit to Google


Part makan memang suka.. Tapi part nak bersiang, nak hilangkan Lendir and hanyir dia tu aduhhh leceh betul kan... Haihhhhh

Sebenaqnya ada banyak gila tips nak buang lendiaq n hanyiaq ikan keli ni. Tapi bagi aku ni la yang paling berkenan gila2. Berkesan dan senang gila.

Tapi cara ni hampa kena plan la skit meal hampa. Contoh bila hampa beli ikan keli ni, bukan terus nak masak la2 tu jugak. Sebab cara aku ni berkesan kalau hampa guna untuk masak keesokkan hari nya.

Cara dia mudah ja. Lepas ja hampa beli tak payah Cuci2.. Terus bawak masuk dalam peti ice kat bahagia beku tu.


Ni seketul bawak keluaq dia dari freeser. Biar dia defrost sendiri. 


Ni lepas bawak keluaq dari plstik. Tak nampak lendiaq dia tu pun. Serius lepas aku beli ni aku tak cuci apa langsung tau.  Memang penuh dengan darah n lendiaq2 dia tu. 


Dah lepas cuci Perut semua tu. Elok ja kan. 

Serious method ni paling senang. Aku tak suka Guna asam ka apa ka.. Nanti bila terover rendam guna asam tu nanti kulit dia yang hitam tu macam luntur2 jadi warna putih. Lepas tu isi dia jadi macam lenyiaq2 or jadi macam pelik semalam. Sebab tu suka buat macam ni ja. 

Ada tak hampa yang guna kedah ni jugak? 





12 Comments

  1. Akak biasanya abah yang settlekan..apa yang akak tengok abah akak perah limau kasturi banyak2 gosok kat ikan keli ni then basuh..settle...akak part masak ok part siang x reti daku...

    ReplyDelete
  2. Rawlins memang tak pegang keli sebab geli hahaha so memang tak ambil tahu langsung pasal nie. Semua benda mum atau adik beradik handle. Tapi good tips, maybe ikan lain pun boleh praktik tips yang sama kan.

    ReplyDelete
  3. Alamak kita tak makan ikan keli. Tak tahu lah kenapa sbb arwah ibu pun tak makan n tak pernah masak ikan keli. Kita tak suka sbb nampak mcm ular je bentuknya huhhu

    ReplyDelete
  4. Biasanya husband kita yang pi Pasar, siang bersihkan segala. Kita masakkan jer... Pernah nampak dia cuci ikan keli dengan air tepung. Lendirnya senang terasing dari Ikan. Kita goreng pun tak meletop. Ok laaaa

    ReplyDelete
  5. thanks tips ni! sangat membantu, memang susah nak bersihkan ikan jenis camni. saya tak pernah handle sendiri, biasanya org kedai dah siap2 basuh

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. Chinese seldom makan ikan keli. I went to Malay's party & makan ikan keli~ and it was yummy . They BBQ it and mix with kunyit.

    ReplyDelete
  7. Ooo camtu trick dia. Masuk freezer je. Haha. Saya tak biasa ikan keli ni. Hanya sebab ada kolam kat kampung. Mancing je dapat ikan keli. Masak fresh2 memang sedap. Goreng kunyit biasa je. Cicah ngan asam berlada. Tapi ikan keli tak elok la makan selalu2.

    ReplyDelete
  8. Ikan ni tahu makan kat kedai je haha. Memang idok la nak siang sebab geli. Lagipon tak semua family minat makan. Jadi kita ni nak makan kena order je. Selamattt.

    ReplyDelete
  9. menarik juga tips ni tau. tak pernah tau pula selama ni dan rasanya boleh cuba kot. haha. thanks untuk tips yang diberi,

    ReplyDelete
  10. Terima kasih share tentang tips ni. Walaupun saya tau yang saya tak akan gunakan tips ni, sebab saya memang tak makan ikan keli. :)

    ReplyDelete
  11. ayu memang geli kalau nak siang dan masak ikan ni..hahah makan suka tapi nak masak bercinta sebab pegang teringat ular hahahah...tapi tq for the tips ya

    ReplyDelete
  12. oo.. macma ni pun boleh ye.. TB selalu guna lemon cuci ni.. TB tak tahan bau hanyir tu dengan lendiri tu.. so untuk TYB lemon je TB rasa serasi.. hahaha.. tapi lendiri tu still ada sikit.. TB gaul dengan tepung masa goreng.. takut meletop2.. hahaha.. Tp TB tak makan pun keli.. masak utnuk hubby je

    ReplyDelete

Post a Comment