Resipi : Tenggiri Berlado Mudah Dan Sedap

Aku ni kan memang idak lah rajin mana pun nak masak hari2. Sebab kdang2 hari2 buntu nak masak apa. Balik2 macam masak yang sama jek. Kdang2 kari tu macam selang sehari kot. Anak2 suka makan kari. Kalau hari aku malas.. Memang aku tapau ja kari kat kedai. Aku masak lauk lain.

Macam hari ni penat otak aku pikiaq nak masak apa la tenggiri yang ada tu. Kebetulan sabtu hari tu pi kat LS Mart dekat rumah aku ni tengok2 kat stok frozen tu ada ikan tenggiri. Amik la 2 kotak.. Total ada la 4 ketul dalam rm16 macam tu. Murah kot. Yelah frozen dah la. Selalunya kalau yg frozen ni yang diorang tak habis dekat luaq tu cepat2 diorang bawak masuk frozen and dia punya ni xdak la tak fresh ka apa. Stil OK. Kat LS Mart ni aku rasa diorang ni pandai la uruskan stock ikan yang potong2 kat display tu and utk frozen kan. Kalau tengok dekat Aeon Big.. Serrr ikan dia. Management ke laut.

Tadi masa keluar untuk defrost tenggiri pun xda la tenggiri tu hanyir ka apa ka. Stil elok ya. Bila goreng pun elok ja tak dak pecah or isi hancur. Beza tau ikan yang dah tak fresh di frozen kan dengan ikan yang fresh2 di frozen kan. Macam kita la. Beli2 dekat market pun bukan teruih masak semua kan. Mesti la ada masa peti sejuk untuk bekukan betui dak...

Alhamdulillah bila tengok ikan elok macam tu. Lepas ni boleh la beli lagi. Hari tu ada beli sotong kecik2 yang gemok2 tu... Satu plastic ada la rm4.99 kot. Tapi frozen punya lah. Buat sambal Sekoq2.. Fuhh sedappp. Tak macam sotong lama pun. Aku tengok dekat kedai aceh pun sama gak.. Diorang beli dekat pemborong sotong yang dalam ice tu.. Lepas tu defrost.. Jual pun bukan murah ya.



OK la sebab aku dah boring buat kari. Kari kari.. Kari.. Nak buek masak lomak malas.. So macam nak try la buat masak berlado ni. Macam biasa la ikan kena goreng dulu la kan. Jom lah tengok bahan-bahan and cara buat.

Bahan-bahan :

Potongan tenggiri-goreng kunyit
3 biji Cabai besaq
10 biji cabai melaka
4 ulas garlic
1 biji bawang besaq
2 keping asam keping
1 biji Tomato
Gula gerek (aku guna yang beli kt siam.. Gula gerek dia ketui kecik2 ja)
Garam
Serbuk perasa
Gula (aku guna gula perang.. Tengah switch to gula perang yang low glisemic index dia)
Minyak goreng ikan

Cara-cara:

1. Goreng la tenggiri hampa tu kan..
2. Blend segala cabai besaq, cabai melaka, garlic dan bawang besaq.. Blend kasaq OK. Jangan halus sangat. Aku guna blender kering ja.
3. Lepas dah goreng tenggiri tu boleh la tumis bahan-bahan blend tadi Guna minyak ikan. Kalau banyak sangat minyak.. Simpan la separuh.
4. Lepas tu masukkan asam keping dengan gula gerek. Jangan lupa masukkan tomato yang dah dipotong2.
5. Tambah air dan masak hingga air agak kering. Bila dah nampak agak kering boleh la perasaan dengan garam, serbuk perkasa or gula. Yang gula gerek tu optional lah... Takdak tak payah pun xpa. Pandai2 la korang balance kan bagi semua rasa kan.
6. Bila rasa semua dah cukup. Masukkan ikan tenggiri yang hampa goreng tadi tu.
7. Dah siappp.. Boleh ngap dahhhh...

Sedap tak pedas sangat. Sebab anak2 pun nak makan kan. 


Suap anak2. Depa kata sedap mama. Lepas ni boleh la buat lauk2 macam ni pulak. Tak lalu haih hari2 tengok kari😅




4 Comments

  1. Nampak sangat menyelerakan..nanti nak cubalah ...

    ReplyDelete
  2. nampak sedap...terima kasih sudi kongsi resepi

    ReplyDelete
  3. fulamak .. lauk ni memang bertambah2 makan dengan nasi putih panas..terbaik

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tu..akak kalau ikan tenggiri suka buat berlada guna cili api...alaaa...lapar laaaa

    ReplyDelete

Post a Comment