Resipi : Roti Daging Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum

Kali ni nak share menu mudah utk makan petang or buat makan2. Ni kes buat ni sebab nak bukak puasa tapi xdak kuih.. So apa lagi marilah kita buat Guna apa ada saja kan.


Untuk roti daging ni.. Korang boleh la Guna daging cincang2 atau daging burger.. Ikut suka korang lah.. Aku guna yang isi daging yang selalu orang Guna buat kebab yang diorang goreng2 atas plate tu. Sebab tu ja yang ada.

Jom tengok bahan-bahan:

Untuk inti daging:

Daging cincang/daging burger
Bawang potong dadu
Capsicum potong dadu
Minyak untuk menumis
1 sudu Paste cili kering
1 sudu sos teriyaki/sos tiram
Coarse Black pepper
Garam
Serbuk perasa

Untuk gorengan roti:

Roti
Telur
Minyak
Majerin/butter

Cara-cara:

1. Mula2 sedia kan inti, macam biasa tumis bawang and masukkan daging cincang, paste cili kering, sos teriyaki/sos tiram. Then masukkan capsicum dan perasaan dengan garam n serbuk perasa. Oh jangan lupa letak Black pepper. Aku guna yang kasar.. Yang kisar dari botol tu.
2. Dah siap inti boleh angkat letak dalam mangkuk. Sebab aku nak guna pan uang sama.. So of course la kena cuci dulu kan.
3. Isikan inti pada sebelah bahagian roti dan lipat.
4. Dalam mangkuk lain, pecah kan dua biji telur dan perasaan dengan Aji-Shio. Jangan lupa kacau telur tadi ya.
5. Roti yang dilipat tadi celup kan dalam telur tu. Celup pada dua2 bahagian ya.
6. Panas kan minyak dan masukkan marjerin/butter dan masukkan roti. Bila agak dah masak.. Kalih ke belah yang tak masak lagi. Lepas tu repeat la sampai habis inti yang hampa buat tadi.



Dah siap sah satu menu nak berbuka semalam. Ni kalau letak cheese pun best jugak ni.. Next time boleh try letak cheese plak.. Ni tak letak sebabnya xda stock cheese kt umah. Tapi rasa macam risolles pun hado ni haa



1 Comments

  1. Lapar perut akak tengok entry ni time2 hujan kat opis ni ha...aduhaii...sedapnyaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment