Resipi : Nasi Goreng Orang2 Dulu



Bila aku upload Gambaq nasi goreng stail arwah tok aku.. Ramai pulak yang cakap waaa sedapnya.. Ni buktinya simplicity at its best gitohhhh.

Ni la nasi goreng yang arwah tok aku selalu masak kat kami adik beradik dulu2. Yes kami me besaq arwah tok yang bela sebab mama n abah reja kan. So anything yang tok masak adalah yang tersedap.. Sama la jugak kalau mama masak. Cuma ayaq tangan Masing2 tetap tak sama kan.

Aku ni serius paling benci kalau nasi goreng yang aku order kt kedai jenis2 yang letak sos.. Lepas tu pakej dengan kicap pulak.. Tak pun hitam berkicap ja.. Memang aku pangkah.. Tpi ada satu nasi goreng kicap yang kt dunia ni aku suka.. Kat Kedai Kak Lia.. Nasi goreng dia walaupun kicap sedap gilaaa.

Aku grown up dengan nasi goreng arwah tok aku yang simple macam ni or kalau semalam tu ada lebih2 isi ikan.. Ada la isi ikan dalam tu. But this one is d best. Sama macam mak aku.. Nasi goreng mak aku pun spesis tak pakai kicap and sos.. Sebab tu aku agak anti nasi goreng kicap and sos ni kecuali nasi goreng kerang Kak Lia.. Hahahha.. Kak Lia senyummm skittt😜

And kalau aku pi kedai2 tomyam pun kalau lapaq nak makan nasi goreng.. Mesti order nsi goreng kampung or nasi goreng ikan masin ja.. Kalau Teringin nak makan daging merah.. Memang xkan order nasi goreng daging merah.. Mesti akan order nasi goreng kampung.. Daging merah 1..haaaa giteww.

Long intro pulak kannnn..
Sebab ada yang Tanya resipi kan...
Gambaq pun tak proper.. Tapi takpa lah kan..
Sebagai kenangan gak di sebalik cerita nasi goreng orang Dulu2 ni. Jom tengok bahan-bahan and cara-cara dia.

Bahan-bahan :

Ikan bilis.. Lagi banyak lagi sedap
2 biji Bawang besar dipotong nipis
5 ulas bawang putih dipotong nipis
5 biji Cabai kering.. Potong serong
Nasi sejuk
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai nampak agak ranggup. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cabai kering. Goreng/ saute sampai Masing2 nampak layu/masak/kekuningan.
2. Then masukkan nasi sejuk dan perasakan dengan garam and serbuk perasa. Goreng la basi tu sampai nasi dia agak ranggup. Sebab aku suka nasi tu rasa ranggup skit.

Dah siapp... Memang simple2 gini ja nasi goreng tok aku. Tapi boleh menambah2 oii.

5 Comments

  1. Akak pun suka nasi goreng macam ni...sedap...

    ReplyDelete
  2. yes... i love this kind of nasi goreng. takyah nak fancy2 sgt.

    ReplyDelete
  3. setuju! nasi goreng oldskool yg sangat best. kecik2 dulu mak suapkan, lagi nikmat. hehehehehe

    ReplyDelete
  4. nasi goreng macam ni la sedap...makan bertambah

    ReplyDelete
  5. betul2.. yang dulu2 sedap. lagi pun kan..
    nasi goreng bawang pun da sedap =D

    ReplyDelete

Post a Comment