Resipi : Murtabak Meggi Mudah Dan sedap

Assalamualaikum

Haaa minggu lepas takda satu pun lekat kan entry sebab mood nak menulis ke laut betul. So this week sempena October ni.. Kita kembali ada mood untuk menulis kembali dekat sini. Walaupun semalam diduga Allah teruk sampai rasa down Ya Rabbi... Rasa mcm kena hiris hati ni lepas tu kena perah2 dengan air limau.... Perghhh dugaan kuat betul kelmarin. Sampai hilang semua mood.

Nasib anak2 tak jadi mangsa dek kerana dugaan semalam tu. Malas nak cerita details.. Cuma boleh kata ni la baru paham perasaan orang fitnah dan nak jatuhkan apa yang kita buat. Bila bagi bunga orang balas taik ni memang perit gila rasa dia. ALLAH.... tapi takpa.. Aku pasti yang bijak akan me nilai secara keseluruhan bukan sekadar dengan menilai dengan penilaian satu pihak ja. Aku pegang satu ALLAH ADA!

Dan Disebabkan semalam mood ke laut gila.. Maka nak masak apa semua pun xdak mood. Serius down gila. Tapi takkan la nak biaq anak2 tak makan pulak kan? So mau takmau... Pikiaq la nak masak apa bagi depa dua ni makan ehhh...Last2 duk pikiaq ada teloq ada meggi... Buat murtabak meggi ja lah.. Ni fav papa depa ni. Dulu2 masa kt MICET selalu dia merap suruh buat murtabak meggi ni.


So here we go... Dipersembahkan murtabak meggi....



Nak buat macam mana? Betul ka nak kena bagi resipi ni.. Kang ada yang cakap ni pun nak bagi resipi ka... Halah halahhhhh...

Bahan-bahan:

1 peket Meggi
4 biji Teloq
***daun bawang
***sosej
***bawang
Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat:

1. Rebus kan meggi. Tosskan air dia. Aku guna microwave ja nak rebus meggi tu. Set 2 minit dah kembang siap dah.
2. Pecah kan 4 biji teloq dan kacau teloq tu. Jangan lupa masukkan serbuk perencah meggi korang. Aku guna meggi kari.. Mat rumah ni meggi ayam ka lain2 tak Jalan. Kalau nak letak bawang boleh.. Nak letak daun bawang pun boleh.. Nak letak sosej pun boleh.. Tapi sebab takda.. Aku x letak. Daun bawang and bawang xletak sebab anak2 aku ni tak makan Menda2 tu kang annoying tengok dia kecah2 Menda2 tu. So best way takyah letak apa2.
3. Lepas tu masukkan meggi yang da ditoskan air dia tu.
4. Panas kan minyak. Letak banyak skit tau sebab nak dia macam crunchy Ness gitu Haa.
5. Tuang segalan adunan teloq dan meggi tu... Tunggu la nampak yang kat bawah tu dah masak korang terbalik kan la ya.
6. Api kena pandai kawal ya. Ala macam buat teloq dadar.. Macam ni la basically buat menda ni.
7. Da siap.. Curah sos skit.. Tunggu sejuk skit... Ngappp teruihhh


Senang ja kan... Buat pun kompem jadi.. Cuma crunchy or tak la teloq kome kat tepi2 tu jadi ka idak ja lah...

OK lah.. Chow sin chi...

6 Comments

  1. Alamakkk my feveret ni


    .
    .
    https://helenarosez.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Memang senang..part ni kakak Dania dah expert dah...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Halahh sedpanyaa. musim hujan pulak ni. yumm

    ReplyDelete
  4. Minggu lepas ada buat murtabak megi ni tapi guna megi sedap.. sudahnya buat kari sendiri. haha. Hentam sajala janji sodap :D

    ReplyDelete
  5. feveret anak-anak ni.. mama redho jela masak selalu..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment