Resipi : Ikan Masak Tauchu Mudah Dan Sedap



Kali ni nak cerita pasal menu yang dah lama aku tak makan iaitu masak tauchu ni. Ni antara lauk yang mak aku selalu masak Dulu2. Sekarang ni dah jarang. Haihhh. Buat orang rindu ja dengan tauchu mak aku.

Untuk masak tauchu ni biasa ikan kita goreng dulu la kan. Basic. Lain2 tu main campak2 jugak ja. Tapi mungkin cara masak tauchu lain orang lain skit bahan2 diam but still main thing is tauchu la kan.

So jom tengok bahan-bahan dia :

Bahan-bahan:

Ikan yang da digoreng
Bawang besar/potong bulat2
Bawng putih /potong halus2
1 biji Cabai besar/potong serong
6 biji Cili melaka /letak sebiji2 sebab taknak nanti pedas untuk anak2 kalau dah potong.
3 sudu tauchu
Air asam jawa
Gula
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Lepas goreng ikan tu simpan sedikit minyak yang dah digunakan.
2. Panaskan minyak and tumis skit bawang besar and Bawang putih.
3. Lepas tu masukkan tauchu, air asam jawa skit.
4. Then masukkan kesemua bawang besar, bawang putih, cabai besaq dan cabai melaka tadi.
5. Perasa kan dengan serbuk Perasa dan gula. Sini dah tak pakai garam ya sebab tauchu tu dah masin ya anak2.
6. Masukkan ikan goreng ke dalam kuah tauchu tadi tu ank biar dia meresap sat.
7. Lepas tu dah boleh tutup api untuk dihidangkan.

Dah siappp. Senang kan. Aku suka lauk ni di kala aku bosan nak hadap kari ka. Apa ka yang complicated tu. So far penerimaan anak2 aku bagus untuk masak tauchu ni. Bapak dia ja tak reti makan. Dasar Perut kari Penang sangat kan.



Ni lauk2 yang masak hari Selasa hari tu. Gu dengan masak tauchu. Fuhhh masak tauchu tu licin dulu tau. 

Lepas ni boleh la buat stock tauchu ni kan. Anak2 pun elok ja makan ni ha... 


0 Comments