Resipi : Asam Pedas Ayam Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum... 

Lama pulak tak cerita pasal menu-menu yang aku selalu la jugak masak selain kari kari kari dan kari ulang sampai lebam. Hahhaha 

Aku paling suka makan asam pedas Melaka ni sebab dia ada rasa yang aku suka.. Pedas, masak dan manis.. Lepas tu dengan aroma dari daun kesum dengan bunga jantan tu... Fuhhh marvelous gila... Wallahhh gitohhhh...



Kalau orang belah2 utara ni asam pedas kami tu jenis yang rebus2 tu.. Aku kurengg skit.. Biasa yang utara tu kami akan buat jenis ikan or keladi la yang paling femes. Aku suka jenis tumis yang Melaka style ni lagi. Hahahha. Derhaka sangat uiii orang Kedah ni.. Tapi apa pun nak buat asam pedas melaka ni tak lah susah mana bagi aku. Ni cara aku la... Maybe lain orang lain cara dia... 

Ni cara aku la ya.. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara2 nak buat ya.. 


Bahan-bahan:

Ayam ketul.. Aku suka bahagia 2 tulang tak suka isi
3 suduibu sambal
Sekeping asam keping / air asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam
Gula
Serbuk perasa



Cara-cara:

1. Panaskan minyak, dan masukkan 3 sudu ibu sambal dan masukkan asam keping/ air asam jawa.
2. Kemudian tambah air patut padan and masukkan daun kesum.
3. Then masukkan ayam and last sekali masukkan bunga kantan.
4. Perasakan ikut taste bud korang sebab aku guna ibu sambal, rasa da ada sikit2 so aku tambah garam gula semua tu sikit2 ja nak bagi balance rasa pedas masam manis tu.

Dah siap. Senang ja kannnn... 


8 Comments

  1. ammi kalau balik melaka selalu je request SIL masakkan asam pedas berempah...sedapnya. hirup gitu pon boleh

    ReplyDelete
  2. Wah nampak sedap sangat Alia masak ni! Yaya minta izin nak try resepi Alia boleh? Semoga Alia murah rezeki sudi share resepi dengan kami :)

    ReplyDelete
  3. Antra makanan kegemaran nad dan suami..dalam smnggu msti masak mnu nie..nak bg sedap lagi nd tambah lada hitam skit..perghh..mmg Paduu abih..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah fav kita ni kak.. Kat rumah selalu sgt buat asam pedas ayam... Kalau boleh dalam seminggu tu sampai 3-4 kali buat. Hahaha . Tapi kdg2 letak daun kesum, kdg2 letak bunga kantan..

    ReplyDelete
  5. sedapnya tu, fav saya jugak ni. susah nak cari asam pedas yang betil2 kena dengan selera saya.

    ReplyDelete
  6. Asam pedaslah saya tak berapa nak makan sgt hihi.. maybe sebab bau.

    ReplyDelete
  7. alamak sedapnya.....ayu selalu masak asam pedas ikan jer..nanti nak try buat yang ayam lah pulak...nampak tempting betul hheheh..rajin dia masak

    ReplyDelete

Post a Comment