Picnic lagi dekat Miami Beach

Masa kecik2 dulu kan... Memang mama n abah aku selalu bawak kami adik beradik pi picnic.. Sama ada dekat air terjun atau pantai. Tapi kalau pantai biasanya akan duk dekat Rumah Rehat Jaksa dekat Tanjung Bungah tu. Dia punya excited gila kalau tau cuti sem tu mama n abah nak bawak pi bercuti dekat Penang. Aku kan orang Kedah. Masa tu masih duk kat Alor Setar.

Dulu-dulu mama n abah punya berjimat sebab nak jugak kami rasa enjoy brjalan, dari Guna duit untuk tol sanggup Guna Jalan dalam untuk ke Penang dari Alor Setar. Kalau dengan hiway boleh sampai dalam satu jam setengah.. Kalau Guna Jalan biasa maybe sampai dekat Jetti Butterworth tu dalam dua jam lebih. Tu belum kira kdang2 berjam-jam kena que dekat Jetty untuk naik ferry. Tapi selalu kami akan gerak ke Penang lepas makan malam. So bila malam ni takda la panas sangat kan. Tapi bila dah sampai tengah malam tu.. Ferry pun paham2 la tak la banyak and kena tunggu lama jugak ya.

So bila sampai malam tu biasanya akan pi stay rumah makcik aku dulu dekat kuaters dekat Masjid Negeri tu. Esok tengah hari baru kami ramai2 akan pi check in dekat Rumah Rehat Jaksa tu. Seronok sebab mama aku n makcik aku jenis suka masak macam-macam. Kami semua bila dah sampai tu... Terus la terjun mandi laut wei. Geng bapak sebuk nak bersiap nak pi mancing.

So kalau check in duk 4 hari 3 malam ka 3 hari 2 malam ka memang dari pagi sampai tengah hari mandi laut ja keja. Lepas tu lapaq balik ke rumah rehat tu.. Mandi Elok2.. Makan semua... Satgi pukui 3 turun pulak mandi sampai la dekat senja baru naik. Muka burn takyah cakap la... Kalau balik sekolaj tu mesti orang tau aku ni pi bercuti kt Penang la tu.

Punya kuat mandi laut masa kecik2 dulu. Bila balik ke kedah pun rasa macam terngiang2 bunyi ombak kat telinga.. Lepas tu rasa masa tdoq tu.. Macam tengah apungkan badan dalam air laut and terapung2 n kena pukul ombak.. Susah gila nak describe.. Tpi masa aku kecik2 dulu aku mcm pernah cakap kat kakak aku tak silap... Masa balik ke rumah.. Wei aku dengaq macam bunyi ombak.. Lepas tu tdoq badan rasa macam duk dalam ayaq laut.. Macam ada wave2 gitu.. Hahhahahha.

Best gila time2 tu. Something priceless that money can't buy. Memories and Experience tu sangat mahal. And sebab experience tu jugak aku boleh berenang. Sebab tu Penang ni leave footprint dekat hati aku. Dari kecik2 lagi aku duk mai bercuti kat sini. Dari Jalan nak pi ke Tanjung Bungah tu halus tettt sampai la reclaimed tanah macam gila bebi tu semua jadi saksi la depan mata aku.... Mungkin petanda jodoh orang pulau ni kot. Kahkahkha....

That is why aku pulak nak create  memories, something priceless with my kids. Sebab tu aku travel bawak depa. Pi mana2 bawak depa dua. Sebab aku nak depa ingat...walaupun kdang2 time papa n mama depa takdak duit pun masih gak Cuba nak mnggembirakan anak2 depa dua ni...anak2 ni biasa akan ingat segala jenis kenangan yang parents depa create untuk depa. Macam yang cerita aku Dulu2 tu.

But aku tak judge la orang yang travel tak bawak anak2. Ada orang.. Dia selalu travel... Means setahun tu 5 6 kali overseas trip. Lepas tu ada sekali dia decide nak pi dengan laki dia. Kira OK la tu kan. Lagi pun dia bukan tinggalkan anak2 dia terbiar. Biasa yang macam ni ada pakej bibik dekat rumah. So let them be. Macam aku ni.. Bibik xdak.. Mak pun jauh... Ehh kalau mak aku dekat pun xpernah lagi la tinggai budak berdua ni pi bercuti ka apa kan... Baru naik moto sat berdua tinggai depa sat pun dah cemas takut anak2 cari. Hahahhaha. Ingat boleh nk merendek dua2 jauh2 berhari2 tanpa pikiaq ke anak... Nehi2... Ni aku dengan laki aku laπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Hee panjang betul mukadimah aku nak cerita psai nak pi picnic ja pun kannnn.... Hahahaha. So minngu lepas, lepas ja dari Impromptu Picnic dekat Bagan Ajam dengan anak2 aku. Masa duk feeling2 tepi pantai tu kan. Aku video kol la laki aku tunjuk ada kt mana. Dia pun terkejut la ehhh picnic pulak depa ni dia xdak pi reja. Kahkah. Itu yang ajak dia pi picnic esk nya tu.

Plan nak pi pagi. Tapi sebab aku terbangun lambat. So lambat la skit siap masak. Time tu kui 9.30 pagi da start panaih lit2 dah. Ehhh xkoser aku. Setelah ditimbang Tara dengan laki kau.. So kami decide la nak pi lepas kui 3.30 ptg mcm tu. Mula2 ingat nak pi Bagan Ajam jugak tpi aku cakap kat laki aku why not pi kat Miami Beach ka. Dalam hati ada akai nak ajak pi lepak mana2 lepas tu. Hahhahha.


Siap masak bekal.. Dah panas lit2 pulak kat luaqqq. 


So sampai la kami dekat pukul 4 ptg plus mcam tu. Cuaca pun just nice tak panas... Risau gak sebab forecast cakap hujan. Tapi Alhamdulillah time mandi tu tak. Legaaa.


Dia ni tak habis orang kol pasai reja


Dua ni macam bukan orang Penang ja.. Duk wat macam tak pernah jumpa pasiaq ja



Depa pi sua2 kaki kat ayaq sat. 


Biaq la papa melayan sat. 


Tengok apa tuu.. 




Mandi sat dengan anak2. Bila mandi laut tu rasa recharge sangat2. 


Her smile brightened up my day. 


Love to see they enjoy it


Mama kecik2 dulu kalau mandi laut taknak keluaq2 dah kecuali time lapaq ja. Hahhah


Makan dulu sattt



Jemput makan dulu naaa.. Lepas tu terjun mandi lagi sekali.. Dah naik.. Makan lagi sekali. 


Bila dah nampak makin koi gelap.. Maka dengan ini.. Kena la siap2 untuk balik. 




Yang Bestnya dekat area Miami Beach ni ada toilet tempat untuk mandi, surau etc. So kiranya tak perlu risau la lepas mandi laut nak mandi kt mana kan. 

Aku pernah buat gila mandi dekat sini malam2 dengan kwan2 aku. Biasa lah time muda2 orang kata young wild and free... Kahkah.. Tapi tak wild Tara mana pun.. Kahkahhhhh... 


Masa nak balik dari picnic ni ada la borak2 dengan Adriana

Me : macam mana kakak.. Best tak picnic hari ni.. 
Adriana : thanks mama.. Best day ever. We should do this often kan Ma... 
Me :  In Sha Allah nanti kita mai lagi na.. 
Adriana : OK Ma.. Thank you mama.. Thank you papa. 

Her words brightened up my days. Walaupun kdang2 rasa malas nak buat Menda2 macam ni.. Tapi sekali sekala kena put an effort jugak for family so that they will remember the value of "family bonding". We might not have much money to travel the world all year... But we still can create memories dat soon will leave foot prints in our hearts. 

Love, 

Take only memories, 
Leave only foot prints

12 Comments

  1. dulu masa zaman diploma ada 2-3 member Penang. Ammi ni mati2 ingat dorang gi US sana..dah kata Miami kan.
    Rupanya kat Penang hahaha

    ReplyDelete
  2. Memang best lar boleh piknik dengan keluarga dan anak-anak kecil. :) Mereka tentu akan terkenang kan.

    ReplyDelete
  3. Lama pulak tak mandi laut. Tengok laut tu ada lah. Best tu sesekali berpicnic macam tu. Lepas mandi memang terasa lapar.

    ReplyDelete
  4. Dulu rajin la jugak piknik tepi pantai now dah kerja busy la pulak. Bila baca ni rasa mcm nak plan piknik ngn family.

    ReplyDelete
  5. Akak kalau mandi laut memang suka pi awal pagi..masa tu matahari x kluaq lagi..so budak2 ni tak hitam..hahahaha....makanan pun buat yang simple2 je...alahai lama plak x berkelah..last beberapa bulan lepas kot..

    ReplyDelete
  6. Sweet story. Picnic kat tepi pantai memang best. Meriah sangat. Tqvm for sharing. Have a good day dear.

    ReplyDelete
  7. Baca cerita Alia ni mengembalikan juga waktu ketika arwah ibu bapa sis juga suka bawa kami g picnic setiap hujung minggu. Kadang ke maut kadang kr sungai. Ya memories are for keeps... miss those days!

    ReplyDelete
  8. Nama pantai Bagan Ajam ni serius pestaim dengar. Selalu orang kata Pantai Timur punya pantai lawa-lawa lagi kan.

    Tapi ni pun lawa jugakkkk. Meski nampak tak besar tapi bersih & accommodation pun lengkap. Cantik!

    ReplyDelete
  9. Seronok kan family bonding. Tak sama macam shopping mall. Anak lagi ingat memori main air or playground macamtu. Mcm anak ena tak habis2 nak p zoo je. So kite tahu minat die apa senang je nak bawak.

    ReplyDelete
  10. Seronoknya berpicnic di tepi pantai yg indah. Dah lama saya dn keluarga tak berkelah atau berpicnic. Sebab masing2 sibuk kut.

    ReplyDelete
  11. bestnya, rasanya lama dah juga kami sekeluarga tak berpiknik. insyaAllah blh cuba cuti nanti

    ReplyDelete

Post a Comment