Food Review : Makanan Siam/Tomyam sedap di Penang | Tomyam Udang Jelutong

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita skit pasal makanan Siam /Tomyam yang bagi aku antara yang sedap la dekat Penang belah Island ni. Kalau sebut Tomyam Udang ni.. Mesti Penangites yang familiar kan. Dia ada banyak cawangan. Ni antara salah satu yang aku suka duk pi makan la. Ada dekat Prangin Mall, Pastu kat Bayan Baru pun ada gak tak silap aku. Yang ni pulak dekat Jelutong tepi Jalan ja.

Paling aku suka sebab dia buka dari tengah hari sampai ke malam.  masa aku pi ni tengah hari sebab kebetulan Ahad hari tu nak check in dekat belah Tanjung Bungah sebab Adriana cuti kan esoknya. So apa lagi. Alang2 kan... Lagi pun dah lama tak makan ikan siakap 3 rasa. Nak buat dekat rumah macam tak berbaloi ja Lagi2 papa Budak2 ni busy siap kan project sampai tengah2 malam. Sebab tu la jadi malas nak masak satu hal.. Sebab ni la... Nak masak beria2 pun nanti tak habis sebab nya tukang makannya xdak. Budak2 banyak mana la sangat dia makan kan.

So tak payah nak beria2 masak... Kita Guna kesempatan yang ada untuk makan bersama dekat luaq sudehhhh.

Untuk kali ni aku order set... Set untuk 4
orang makan. Jom la tengok ada apa kan.


Ada siakap 3 rasa, kailan ikan masin, sotong pedas, ayam padprik tpi aku minta tukar ke daging merah, tomyam campur, Nasi Dan 1 jug air buah. Aku pilih air apple. 


Siakap 3 rasa dia simple ja. Tapi sedap la bagi tekak aku. Aku mmg suka yang jenis simple mcm ni ja. Tak suka yang jenis letak nenas ka.. Letak Menda2 banyak n keterlaluan tu. 


Daging merah dia sedap! 


Sotong pedas pun sedap. The next day masa check out tu aku mai makan sini lagi tau. Aku order sotong petai dia pun sedap gilos hokeyyyy! Petai dah la banyak.. Fresh pulak tu.. Sedappp. 


Susah nak jumpa kailan ikan masin yang betul2 kailan kan. Ni Haa baru betui kailannnn


Tomyam campur dia aku x kan sangat sebab sibuk duk jejai 3 rasa tu. OK la not bad Adriana suka tomyam tu. Aku biasher2 ja. Maybe sebab tomyam aku buat lagi sedap kot😜

Oh lupa nak habaq satu set ni RM69 ja.. And for me murah la kalau hampa amik Ala Carte lagi mahai kalau kira 1 1 ni balik tau.. 

And oh ya kalau hampa makan dekat sini, jangan lupa minta sambal belacan sekali ok. Sambai belacan dia memang padu gilos. Aku siap tapau nasi goreng kampung 2 bungkus sebab tau nanti lepas check in mandi kat pool nanti semua jadi macam piranha. Da boleh baca kan. 2 bungkus nasi goreng kampung tu setel kena serbu dengan 4 piranha. Patut order 3 takdak la dua orang budak tu jerit lapaq lagi.. Lapaq lagi.. Halahhhhh Halahhhhh. 

OK la... 

Kalau hampa nak try makan dekat sini... 
Ni dia alamat kedai ni... 

36, Lebuhraya Gelugor, 
Taman Jelutong, 
11600 Jelutong, 
Penang


Ni dia kedai dia Haa. 

Pic credit to Google. 

OK lah.. Chowww.... 








3 Comments

  1. Uishh telan ayaq lioq aih nmpk tomyam tu. even ikan 3 rasa lagi menyerlah hehhe

    ReplyDelete
  2. Akak masih berpantang seafood,tengok entry ni nampak sedap plak..bagai memanggil2 seafood tu ha...aduyaiiiiiii

    ReplyDelete
  3. terliurrrrr tapi jauh pulak nak pergi



    .
    .
    .
    jom visit blog.
    https://helenarosez.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment