Resipi : Sup Ayam Cendawan Ala Siam

Assalamualaikum

Holaaa... Kali ni nak cerita sikit pasal resipi sup ayam cendawan ala siam yang mudah gila ni...


Sebab tajuk dia cendawan.. Cendawan kena meriah noks


Untuk sup ni.. Korang akan nampak dia macam tomyam.. A light tomyam la kan... Adriana pun ingat tomyam tadi masa balik dari sekolah.

Serius senang gila buat menda alah ni.. So jom la meh aku share bahan2 and cara buatnya.

Bahan-bahan :

1. Bawang besar and bawang putih untuk menumis.
2. Kiub ayam
3. Garam
4. Ayam (aku guna bahagian dada.. Potong la ikut suka mcm mana pun)
5. Fish ball
6. Filament ketam.
7. Cendawan enoki
8. Cendawan straw
9. Chilies flakes.
10. Setengah biji limau nipis.



Ni yang brand aku beli tu. Nak pakai chilies flakes biasa pun tarak hal. 

Cara-caranya:

1. Panas kan minyak Dan tumis bawang besar Dan bawang putih.
2. Masukkn air, ayam dan Kiub ayam.
3. Bila dah mendidih dan nampak ayam dah masak, masukkn cendawan tadi. Actually candawan tu ikut la hampa nak pakai cendawan apa pun. Sebab ada cendawan tu so aku pakai la cendawan tu kan. Oh jangan lupa Masukkan fish ball and filament ketam tu.. M
4. Masukkan garam, perah limau nipis Dan Masukkan chilies flakes tu. Chilies flakes tu aku beli yg brand dari siam tu. Dalam dia ada udang kering skit. So memang sedap gilos la menda alah tu. Chilies flakes ni la yang aku pakai untuk kueytiaw celop aku makan semalam tu.


Jemput makannnnn... Padan pulak dengan sambal tumis daging petaiii.. Fuhhh sedap gilos k... 

OK tu ja lah nak cerita.. Sennag ja kan. Biasanya Masakan siam ni main dua rasa ni la masam and pedas especially dia punya sup2 ni. So pandai2 la korang adjust k. 





0 Comments