Resipi : Kari Kepala Salmon

Assalamualaikum 

Kali ni nak cerita skit pasal last week ada beli barang dekat Tesco Online. Ada la aku brli salmon blocks  dengan kepala salmon. Yang salmon blocks tu aku beli 2 ketul dalam Rm15+. OK la bagi aku. Kalau salmon block ni biasa aku potong bagi kecik2 supaya senang kalau nak buat kari kan. Untuk kepala salmon pulak memang besaq wei dah la banyak isi la kan.. Lepas tu satu kepala like RM6.01 kot. Gila murahhhh. Pastu untuk kepala salmon ni aku belah dua la sebab memang plan nak buat kari kan. Nasib la kepala dia jenis tak keras sangat. So aku pun gigih la asah pisau dulu nak bagi tajam. Sekali alaa... Senang ja nak belah dia. Siap semua buang ingsang bagai kan. 


Nin dia.. Lepas belah dua


So sebab aku Teringin sangat nak makan kari kepala salmon. So aku guna la sebelah daripada kepala yang aku beli tu untuk buat makan malam ni. Lepas tu campoq la dengan isi2 salmon yang aku dah potong sebelum ni. 


Tu cara aku potong salmon block tu. Supaya senang nak makan. Sjenis perangai turun makjah sebab tak suka buat isi besar nanti bila orang amik ceduk skit2 rasa macam bersepah2 ja isi2 dalam kuah tu. Nampak messy sangat. 

OK lah jom tengok dulu bahan2 and cara aku buat kari kepala salmon ni. 


Bahan-bahan:


 


Sebelah kepala salmon
Isi salmon
3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap) 
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji


Nin dia.. Da siap.. Jom tengok cara2 dia. 



Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan kepala salmon . 
6. Kepala salmon ni kena masak lama skit ya sebab isi dia tebal kan. Isi salmon tu masuk lambat skit pun xpa. Sat ja da masak yang tu. 
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.



Nalarke. 


Makan dengan nasi panas2 lepas tu ada ulam2 dengan sambai belacan.. Haroiiii




2 Comments

  1. mengaum gambar kari ikan alia tu.
    dah nak lunch time ni :)
    hi hi hi hi...
    aida pernah skali beli salmon - panggang.
    hmmmm anak2 reject lah.
    diorang x nak. itu yg kalau beli, beli utk diri sendiri jer salmon ni.

    ReplyDelete
  2. Xpernah lagi mkn ikan salmon ni. .
    Resepi terbaru ni. .Nnt bole try

    ReplyDelete

Post a Comment