Movie Review : Toys Story 4

Assalamualaikum...


Kali ni nak cerita muvie baru Toys Story 4 yang baru ja ditayangkan baru2 ni. Kalau sapa yang tengok Toys Story dari first and duk follow semua cerita dia sampai Toys Story 3 mesti dia akan follow cerita ni. 

Dari Toys Story kalau tengok boleh nampak gila la improvement dia punya cartoon. Makin lama makin cantik. Banyak gila improvement dia.

Ya lah.. Takkan masih di takuk lama kan. Sebagai orang yang membesar dengan cerita Toys Story ni sudah tentu aku akan hangkut anak2 aku sekali pi tengok kan. Weiii kalau dah nama pun ada anak2 kecik.. Takkan nak bawak tengok End Game.. Mesti la bawak tengok kartun kannn....

So untuk Toys Story 4 ni hampa tau kan dari Toy Story 3,Andy dah pi masuk college and dia dah sedekahkan toys dia semua dekat sorg budak perempuan ni nama dia Bonnie.

Cerita ni bermula dengan Bonnie ni kena masuk kindergarten and rasa takut. And dalam masa yang sama Woody ni macam jadi toy yang tak dipedulikan la oleh Bonnie ni. But being Woody, hampa tau kan perangai dia, dia ni mana boleh tengok kid dia rasa sedih ka apa ka. So dia follow la Bonnie ni pi kindly duk dalam beg Bonnie tu.

So Bonnie ni pulak masa kt kindly utk overcome dia punya ketakutan dia buat la satu patung ni dari barang yg ada dekat kindly tu dengan Guna garpu plstik tu and buat si Forky ni.


And cerita bermula bila si Bonnie and family pi road trip and Bonnie ni angkut semua toys dia Inc the new toy si Forky ni. And si Forky ni pun ala2 banggang juga sebab reja nak lari masuk dalam bin sebab dia duk ingat dia ni sampah. Tapi si Bonnie ni Sayang gila kat si Forky ngok ngek ni. So bermula la episode bila Si Forky ni when missing and Woody Cuba selamat kan si Forky untuk bawak balik dekat Woody.



Dalam usaha nak selamat kan si Forky ni macam2 la happen.. Antara ya Woody jumpa balik Bo Peep. Hat ni hampa kena tengok Toys Story and Toys Story 2 untuk tau pasal Bo Peep ni. Bo Peep ni da jadi abandoned toy which is not bad at all la kan.






So macam la happen during mission nak bawak Forky ni balik dekat Bonnie ni. So ada la watak2 tambahan dalam cerita ni macam Ducky, Duke dll. Untuk Toys Story 4 ni watak2 utk Rex, Bullseye, Jessie, Mr&Mrs Potato head kurang menyerlah.



Ending dia for me agak sedih la jugak. Tertanya2 will there be any Toy Story 5 and ada lagi tak Woody lepas ni? Or maybe dah takdak cerita pasal Buzz dan lain2? Kalau nak tau apa yang aku cerita kan secara details.. Hampa jangan lupa tengok Toys Story 4 tau.


Bye2 Woody. Being abandoned toys sometimes is not bad at all. New adventures await. 



1 Comments

Post a Comment