JJCM: Yong Tau Foo Balai Bomba Taiping

Alang2 dah update blog meh la kita sekali harung buat pecutan update cepat2 kan. So dari KL sebelum balik ke Penang lepas ja dari Subang kami terus pelan2 drive nak balik ke Penang.

Plan asal nak pit stop dekat Ipoh tapi tak jadi sebab anak2 dua2 tengah lena time tu. So aku cakap la kat laki aku why not kita pit stop kat Tepeng. Dah lama tak pi Tepeng.. Lagi pun Teringin la nak makan Yong tau foo. Kan ada bila ntah aku update kat fb kata lapaq Yong tau foo depa pakat duk sruh aku pi tepeng makan. Ada ka patut kui 9 mlm sruh aku dari Penang ni pi tepeng nak makan... Siap tayang2 lagi tau gambaqqq... Amboiii.. Hahahha

Disebabkan itu maka dengan itu haruslah kami menuju ka medan selera bertemakan Yong tau foo di Bandar tepeng itu. Alaaa fames kot meden selera /astaka/food court dekat Balai Bomba Tepeng ni dengan Yong tau foo.. Kalau ada 20 kedai.. 20 20 kedai nanti juai Yong tau foo.. Hat mana satu sedap... Aku tak tau.. Janji Dapat bedai Yong tau foo.

Dan disebabkan aku laki bini bukan lah jenis semata2 nak tawaf 1 astaka nak tengok yang mana sedap. Tengok bukan boleh tau pun hat mana sedap kan. So kami stop dekat kedai2 yang awai kami sampai la. Tak koser la makjem nak Jalan merata woiii. Pungkoq aku dah la kebaih duk Lama2 dalam reta uiii.

So mari lah kita bantai saja yg mana2 pun.. Asai Yong tau foo sudehh...





Aku makan dekat kedai kakak ni. 


Sementara tunggu Yong tau foo sampai. Sempat la jejai otak2 ni. Kalau kt Melaka dulu sennag cari. Tak sangka kat tepeng berjodoh nak makan otak2 ni


Yeayyy dah sampai.. 


Banyak ni RM17. tak sure la murah ka mahai ka. OK kot sekali sekala. 


Licin aku bagi. Anak2 aku tak makan ni. Maybe agak pedas for both of them. Tapi untuk kami laki bini OK sedap ja.... Untuk depa dua kami order nasi putih n sup ayam. Oh ya dekat sini bukan juai Yong tau foo ja.. Macam makanan lain pun ada OK. So don't worry na. 

Sapa2 yang mai Tepeng tapi tak tau nak makan apa.. Boleh la try makan kat sini:

Pusat Penjaja Taiping

1930,Jalan Tupai, 
34000 Taiping, 
Perak



2 Comments

  1. Sedapnya. Kami tiap kali balik Tepeng memang pekena yong tau foo ni. Kami makan yang gerai mula-mula sekali tu. Harganya tu standard la banyak tu huhu

    ReplyDelete
  2. sedapnyeeee yong tau fu,..
    biasa beli kat pasar mlm je kalo teringin sgt nk mkn..
    mmg mahal skrg ni.. sebulan skali nk mkn ok la kot.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment