JJCM : Patin Tempoyak Temerloh & Adam Pedas Mokde ( Dapur Mokde Subang)

Assalamualaikum semua

Fuhhh bila anak2 tidur baru la mama depa ni Dan nak update blog OK.  Kali ni nak cerita pasal episod JJCM di Subang, kebetulan last week ada knduri sedara husband aku dekat Shah Alam kan.. So hari Ahad lepas check out tu memang plan la nak jumpa dengan Usu Budak2 ni dekat Subang. Asyik si Usu ni tayang patin tempoyak yang dia duk pekena dengan mak aku ja kan.. Mana boleh jadi ni.

Untuk ke sini tak susah pun actually hampa set ja waze untuk ke Dapur Mokde Subang.. Maka dengan itu waze akan bawak hampa ke sini. Cuma masa kami pi hari tu waze stop kami kt depan skit. Kat depan tu ada kedai masak lemak salai2 ni.. Aduhhh tu pun fav oiii. So kalau waze berenti kat situ.. Hampa straight skit. Nanti aku jumpa la kedai Dapur Mokde ni... Oh jangan lupa dekat waze nanti pilih yang dekat Subang kalau hampa berdekatan dengan Subang. Adik aku cakap ada 2 kedai Dapur Mokde ni.. Satu kat Shah Alam. Satu lagi kat Subang tu Haa.

Dekat sini speciality dia adalah masak patin tempoyak dengan pais patin. So macam laki aku yang tak makan patin ni... Derrrr... Kita order la masak asam pedas tenggiri dekat dia kan. Ada la lauk2 lain lagi. So basically kat sini, hampa nak makan lauk apa.. Nanti hampa order la so depa akan masak la kat hampa. Macam asam pedas.. Ngn masak tempoyak tu depa dah masak kuah banyak2 dah.. Cuma kalau orang request nak ikan apa.. Depa akan lepas masak dalam kuah for certain portion la kan. Macam pais patin tu, upon order baru dia bakaq... Sedap gilos noks...

So mari lah kita tengok apa yang kami order hari tu okkk.


Sayur kailan. Ini baru betul2 kailan ya. Selalu orang Guna yang anak kobis tapi cakap kailan.. Apooo


Sambal udang petai. 


Muka menahan laparrr


Asai ada Usu ja macam ni. Dua2 nak sendeng Usu. Berebut2 la nak ngan Usu. 


Ni pulak asam pedas tenggiri. For me, OK la not bad. Tapi asam pedas aku sedap lagi. Kahkah


Patin tempoyak noks. Ni aku punya.. Adik aku pun amik ekoq jugak... So sorang satu ok


Pais patin dia sedap gilos OK!!! 


Amma Nalarke.. Sedap gilos patin tempoyak and pais patin tu. Patin tu tak hanyir langsung. Adik aku kata patin from Temerloh. Sedap weiiii. 

Untuk aku.. Patin tempoyak and pais patin dia aku bagi 5 bintangggg.... 

Hampa2 yang Teringin nak makan patin tempoyak Mokde yang power gila ni boleh la terjahhh ke sini ya


Patin Tempoyak Temerloh & Adam Pedas Mokde

Jalan Lapangan Terbang Lama Subang, 
40150 Kampong Baru Subang, 
Selangor. 



Facebook:



To Usu, Tenkiu sebab belanja kami anak beranak makan dekat sini. Nanti belanja lagi OK! 

0 Comments