Food Review : Koew tiaw Kerang Traffic Light Corner, Penang

Assalamualaikum

Sebab hari ni aku ke ceri beri-an ditambah pulak dengan muntah dan sakit kepala yg teruk amat sangat. Maka dengan ini keja aku melingkau di atas katil ja lah kejanya...

So sebab boring and tak torahhh dah nak buat apa.. Dengan ini aku nak cerita kan satu port baik untuk makan Koew tiaw Kerang kat Penang ni... Tapi ni belah mainland la ya. Sapa yang ada dekat mainland boleh la pi terjah makan dekat sini ok.

Kedai ni kedai/gerai biasa ja kat tepi Jalan. Aku ni pun discover kedai ni masa aku balik reja and nak cari makan. Masa tu bujang lagi la kan. So bayangkan punya la sampai lani ada anak 2 pun aku duk pi makan lagi Koew tiaw Kerang kat kak ni.  So disebabkan tak tau nak makan dekat mana.. Tak silap aku masa tu aku dengan moon ka aku sorang ntah.. Kami singgah la makan and order Koew tiaw Kerang dekat sini.

Bila sampai ja aku tengok dia punya Koew tiaw Kerang tu dah buat aku terlioq gila2 wei. Bila rasa lagi la sedap nak mampoih. Serious punya sedap.

Aku ni jarang la nak pi makan berkali-kali and repeat jadi customer tetap kan kalau tak sedap. Sebab sedap aku berani rekemen la.


Macam biasa kalau aku kena togeyyyy lebihhhh. 


Ni kalau ada teloq mata kot ataih lagi Surrrr orang Penang kata. 

Selain dari juai Koew tiaw Kerang, kat sini ada jugak juai meggi kerang, nasi goreng kerang, and terbaru ada char Koew tiaw yang versi basah and nasi goreng mama. 

Untuk yang meggi goreng, char Koew tiaw and nasi goreng mama tu aku tak pernah try lagi. Tapi husband aku selalu la order nasi goreng kerang dia. Sedap wei serious sedap gilos. Walaupun realiti nya aku bukan lah penggemar nasi goreng yang letak kicap ni... Kira mula2 aku mcm errmmm krik2 la jugak nak rasa kan. Serious bila rasa aku terus macam wowww sedapnya. Note that aku memang x gemar nasi goreng yang masak dengan kicap mahupun sos. Sebab memang aku dibesarkan mak aku masak nasi goreng x letak kicap mahupun sos.. 

So bila aku rasa ni aku terus macam wowww sedapnya nasi goreng akak ni. Rasa nasi goreng dia walaupun letak kicap ada rasa char2 yg susah nak explain. Selalu kalau aku makan kt kedai nasi goreng yang letak kicap ni mesti 1 mulut aku dah xnak. Tapi yang ni memang sedap. Sory gmbaq nasi goreng kerang xdak sebab baru2 ni aku makan Koew tiaw Kerang ja dengan anak2 aku. 

Untuk nasi goreng mama yang baru ni aku ada tengok orang lain order, nampak  macam ala2 nasi goreng kampung tu. Mesti sedap rasa dia. Next time boleh la Cuba kan.. Tpi tu la masalah aku kalau mai sini mesti nak kena makan Koew tiaw Kerang dia. Hahahhaha

So untuk hampa2 yang nak try makan Koew tiaw Kerang yang sedap boleh la try makan dekat sini. Rasa dia kompem2 hampa tak mnyesai OK. 




11 Comments

  1. Ya allah dugaan apa pagi ni,, semua share menu makanan sedap2... lambat nya nak lunch

    ReplyDelete
  2. tengok gambar tu sis dah buat saya telan air liur banyak kali. pergh suka sangat tengok texture dia. nyum nyum. nanti boleh cuba ni next time.

    ReplyDelete
  3. omg, i suka kuey teow goreng , mentang mentang dengan kerang lagi sedap. biasa saya gemar yang dekat dengan pasar malam OUG. Lain kali boleh cuba yang ni pulak. lapar pulak sekarang

    ReplyDelete
  4. Huiii, favourite ni! Kalau ke belah2 penang sana, memang wajib makan char kway teow. Dah lama dah tak ke sana. Last rasanya 2 tahun lepas kot. RIndu pulak dengan makanan penang.

    ReplyDelete
  5. Mak aiii...terlioq sis tengok, dah le sis ni peminat koew tiaw kerang, lagi byk kerang lagi sodappp. Kalau ke Penang boleh lah sis singgah sini nanti, thanks for sharing ya

    ReplyDelete
  6. penang always got the best fried kuay tiew.. this looks super delicious... can't wait to go penang and try out this dish.. yummy!

    ReplyDelete
  7. feveret aida & anak2 ni.
    dpt plak gravy koew tiaw tu byk skit. basah2 gitu koew tiaw nyer.
    wow, sedap!!! mak mertua lalu pun memang confirm x sedar :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. dah cuba dah koew tiaw kerang + telur mata kat tempat ni. Time tu gagah keluar dari hotel kat sungai petani semata nak makan koew tiaw kerang kat sana. Member la rekomen kata sedap tapi serius sedap. 2 pinggan kot aku makan siap tapau bawa ke bilik hotel.

    ReplyDelete
  9. rasa macam dah pernah try! haha, btw beberapa tahun dahulu kalau nampak makanan dgn tauge, mmg saya tak akan makan, tapi sejak dah meningkat usia, dah boleh hadam dah tauge ni. haha :)

    ReplyDelete
  10. Kalau pergi tempat sebegini kalau tak makan ini. Memang tak sah, tidur akan mimpi makaanan ini hehe

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kuewtiaw tu alia, adududududu mcm dah nak rasa kt hujung lidah je ni...kot lalu sana leh pi makan seround tq sharing alia

    ReplyDelete

Post a Comment