Product Review : Kiehl's Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash

Lately ni asyik cerita pasal muvies la pasal makan la. Asyik yang tu ja kan.. Untuk kali ni meh la kita update pasal produk pulak. Produk yang aku maksudkan adalah Kiehl's Actually this is my first Kiehl's.

Yang jadi Tertarik nak try sebab masa bulan posa hari tu Muka aku breakout teruk gila. Seminggu lagi nak raya jerawat keluar macam apa ja kat bahagian pipi belah kiri ni. Stress gila aku.


Time tu memang perasan la Muka aku berminyak gila. Ahhh menyampah gila. Bila masuk ja Kiehl's dekat Queensbay tu Tanya la dia untuk Muka yang berminyak and naik jerawat. So orang tu pun suggest la kat aku yang Calendula ni. Since aku memang tak pernah pakai Kiehl's so aku memang tak tau la produk range dia macam mana kan. So OK la orang tu suggest itu ini kat aku.


So aku pun give a try la untuk yang ni. Hence why I took the small size one. To give a try whether the product suit my skin or not kan. Plus the full size one is not cheap at all. Hahahhaha. Dasar cheap skate kan. So for this small size (75ml), the price also bukan lah murah ya. It cost me like RM49.50. Lima kupang lagi nak cukup RM50. Kalau cukup RM50 rasa macam mahal gila kan. Kalau sipi2 kira OK lagi la. This is marketing strategy u olls. Tapi kalau beli on9 lagi la. Everything bawah RM50 rasa macam murah. Gila ka apa ka. Lagi local product kalau harga kalah Yahudi lagi caya lahhhh. Hahhahah.


Aku suka packaging dia yang clean and tak merepek2 tu. 


Untuk product ni, dia kiranya bertindak untuk deep cleansing so kiranya bila hang pakai...boleh rasa la hang punya skin tu macam clean sangat mcm buat double cleansing tau. Serious tak muhung. For my skin la.. Based on what I feel on my skin la kan.



Kalau hampa nak tau Calendula ni adalah pokok marigold. So basically calendula ni kaya dengan antifungal, anti-inflammatory Dan anti-bacterial properties yang boleh menyembuhkan luka, meredakan ekzema Dan melegakan ruam lampin. So basically untuk  jerawat ni jatuh dalam kategori inflammatory la kan.



Kan aku cakap seminggu sebelum Raya Muka aku duk tu buh jerawats baik punya kan. Kiranya by the time nak Raya tu, semua jerawats aku dah clear OK. And masa raya tu make up pun takdak la ada kesan patchy kat tempat jerawat sebab kering ka apa ka. Kiranya menda ni tak mengeringkan langsung kulit aku. Kiranya dia merawat Sambil membetulkan kulit aku yang oily ni.


My first Kiehl's. Baguih siap bagi sample size. Aku duk tengok banyak yang juai sample size ni dekat Shopee. Kot2 hampa nak try dulu boleh la beli kt situ. 


Cara Guna, sama ja macam cleanser lain la. Letak dalam anggaran coin 5 cents tu.. Lepas tu letak ayaq, lepas tu tenyeh dekat Muka dengan urutan membulat. Lepas tu cuci la dengan ayaq macam biasa. 

Pastu hampa try la pakai dengan toner dia bagi sample tu. OK gak toner dia tu pun. Tak la kulit rasa merengsa ka apa ka. Sebab dia takdak alcohol. So gentle la untuk skin kita. 

Will I repeat? 
Holly YES IN FULL SIZE NOKS

OK la. Chow sin chi. 

Disclaimer :

Ni kesan untuk kulit aku tau. Kulit aku maybe sesuai.. Kulit hang maybe tak sesuai.. Satgi duk kata muhunggg la alia ni.. Tak OK pun Kiehl's ni. Aku pun pakai produk ni dekat 3 w baru berani nak review apa yang skin aku rasa for these whole 3 weeks na. 


Yasssss.... The jerawats gone! 





1 Comments

  1. wow! perkongsian menarik

    jemput singgah : www.cikza.com

    ReplyDelete

Post a Comment