Netflix Movie : Always Be My Maybe Review

Haaaa.. Bila balik Jitra. Memang layan Netflix ja la kan cuti raya hari tu. Time tu la l Dapat layan Paskal la Munafik 2 la bagai. Nak harap tengok wayang memang susah la kan nak tengok cita2 mcm tu.

Dekat Penang memang TV kita orang xda Netflix sebab bukan smart TV so kalau nak tengok pun kt fon or laptop ja lah. Which is tak puas tengok kan.


  1. So apa lagi kan macam-macam la melayan Netflix termasuk la movie baru yang baru tayang kt Netflix ja which is Always Be My Maybe. Tajuk macam menarik. Tengok trailer pun macam best. And paling penting ada special Keanu Reeves as himself. Wowww kannn.




Malam raya kalau tak silap. Lepas dah semua taknak tengok dah TV n ready nak tidur. Aku ni pulak Aishah tidoq petang hari tu. Mana mau nya dia nak tdoq awai. So aku pun layan la cerita ni sebab tengok trailer banyak2 kali nampak macam best ja kan.

So marilah kita tengok  ya. Aishah macam biasa la kejap datang Hall kejap pi kacau usu dia. Selamat aku boleh tengok cerita ni tanpa gangguan. Kahkah.



Untuk cerita ni, dia kira ank cerita pasal how best friends ni end up falling for each other la cerita dia. Kan aku dah cakap banyak kali man n woman can never be a best friend or they will end up falling for each other like me and my husband. Eventho laki aku kata takkk... Pungkoq dia takkkk.. Bila aku hilang sebulan lebih ehhhh tiberrrrr terasa kehilangannnnnn... Kahkah.... Pungkoq perangai uii.

So back to this story.. Cerita ni mengisahkan Shasha ni berjiran n kawan dengan Marcus ni. Shasha ni pulak always lonely sebab parents dia terlalu busy. So keluarga Kim ni lah selalu treat dia as family and dia jadi sangat rapat la denganMarcus ni kan.



Tapi ada satu hari ni masa si Shasha ni tengah lepak Si Marcus ni tiberrr Dapat tau mak si Marcus Mrs Kim ni accident and died so start dari situ la ada satu incident ni si Shasha ni nk tenang kan Si Marcus ni dia boleh pulak pi kiss.. And the rest is history la kan. Lepas dari incident tu depa dah krik2 with each other.


Ni kira moment of krik2 la ni. 


15 years passed by, Shasha ni dah jadi celebrity chef and ada  restaurant dia sendiri bagai la. Si Marcus ni pulak still mcm Dulu2... Kira mcm loser la. Dia xmau pindah n move on dari San Francisco sebab taknak tinggal kan Ayah dia sorg2 mcm tu la.


And eventually they meet each other back.. So ada la moment2 lawak n krik2 la kan. And paling best bila dia kena ikan Keanu Reeves tu as her boyfriend dekat Marcus gituuuu...



Eh penat la nak taip panjang2..hampa nak tau cerita ni pi la tengok.. Netflix kan ada free trial.. Kofkof.... Tapi here tu best la untuk orang yang suka cerita santai2 macam aku ni.

Bagi aku cerita ni best la. Not bad. First time aku rasa aku tengok cerita yang Keanu Reeves bawak watak yang lawak walaupun as "Keanu Reeves" himself kan.

So apa lagi. Yang ada Netflix pi layan kaih. Yang takdak Netflix pi la langgan hat free trial tu. Kahkah

1 Comments

Post a Comment