JJCM Hatyai : Hotel New Season Square Review

Assalamualaikum hampa semua.

Sedaq tak sedaq dah hari ke berapa dah Syawal kan... Puasa hari tu pun rasa mcm sat ja. Sedaq2 dah 10 mlam terakhir. Sat ja rasa kan.

Raya pun as usual la kan. Preparation pun biasa2 ja. Tahun ni tak la meriah sangat and beria sangat. Kuih raya pun balik buat kt Jitra ja hari tu. Malas nak beria2 Last2 sampai raya haji pun tak abih2 lagi😂

So kali ni nak cerita skit pasal hotel yang kami duk masa pi JJCM sebelum posa hari tu masa dekat Hatyai. Hotel ni memang betul2 letak dekat Centre jugak la. Dalam 250m dari Lee Garden Plaza and Centara tu.

To be Frank aku tak berapa la prefer sangat Centara tu sebab tak dak Bath tub. Remember.. Time tu la aku nk me time dalam bath tub pun. Dah disebabkan aku yang booking hotel maka dengan itu pencarian hotel yg ada Bath tub adalah harussss. Hahhaha

Untuk pengetahuan hampa Hotel New Season Square ni adalah Hotel baru ya. Dia ada adik beradik lain.. Hotel New Season yang terletak dekat sebelah belakang /depan dia. Tapi yng Square ni baru lagi la na. Hotel pun segak jugak lah kan.

Apa pun jom la tengok bilik dia na. Lobby lawa gila. Lupa nak tangkap gambaq mai dengan kalut and badan pun rimas baru sampai dari Satun kan.


Katil dia macam super king jugak kot. Sebab rasa besaq dari rumah aku punya King size bed. So sakan la kami 4 beranak lena kan. 




Belum apa2 depa dua pi susun props depa dulu daa. 


Tukang bayaq. 


Tukang tangkap gmbaq cewii. 


Nak makan? Bayaq la. Yang kotak kecik tu nampak dak apediaa. 


Haaaa.. Hat ni xleh makan. Hat ni kena pakai. Tak tau berapa baht la kena bayaq tapinyaaa. Kalau xmau Guna hat ni.. Tu 7 E berlambak kat ceruk2 depan hotel nuuu. 



Yeayyy bath tub!!! 


Spacious and clean. Makjem sukaaa


Standard la ada semua ni kan. Hang mai Arissa Guesthouse pun aku nanti sedia aihhh. 

And as usual la lepas mandi semua tu, malam tu kami pi la berjalan dekat area Lee Garden Plaza tu. Kat situ la kan yang banyak2 juai makanan semua tu pun. 


Nindiaa minum pure bird nest baik punyaaa. Sejuk tekak akuuuu. 


Boleh tahan la jugak baik punya melantak dekat sana... Lepas makan jalan2 dekat bazar depan tu.. Jumpa plak bath bombbb... Fuhhhh best mi.. Dah la ada bath tub kannnn. Tunggu lagi tak beli kannnn. 




Nin dia esok hari baru nampak ada kolam kat bawah. Tapi xmandi pun. Tengah panas tu tak sanggup aku tengok anak2 aku kelabu duk be rendam. 

Pagi tu laki aku pi beli makanan dekat kedai2 area bawah tu. Dia siap tapau kan roti canai dengan nasi dagang kat aku. Walaupun aku tak berapa Sgt nasi dagang ni. Tpi nasi dagang tu sedap jugak. And roti canai pun sedap gila bebi.. Tak macam roti canai kita kat sini. Ada rasa manis2 skit. Kuah kari pun manis2 jugak. Aroiii cing2. Gmbaq tak amik sebab aku dah lapaq so I don't care taking any pics dah. Hahhahah

Tengah hari tu check out kami pusing2 Hatyai and by petang tu kami dah gerak ke Danok. Tapi kami singgah makan dekat market Sadao ni. Makanan dia memang murah n sedap sangat2. Sapa nak try makan, sat aku tag nama akak ni. Tapi kat fb la ya(adoi.. Nak cari nama tak reti sebab nama dia dalam tulisan siam lengkoi2 tu.. Matilamak nak oiii... Nanti kalau jumpa aku tag kat sini OK) . Dah 2 kali kami makan dekat sini. Gmbaq pun tak amik sebab dah lapaq gila time ni.. Maklum lah dah pukul 6 kot. Perut dah berdondang Sayang oiii. 

OK la. Nanti bersambung lagi untuk part hotel dekat Danok pulak OK. 







0 Comments