Food Review : Bakso Sedap di Ayam Jingkrak Mbax Ardilla

Assalamualaikum hampa semua
Seperti yang diwar-warkan di dalam Fb aku sebelum ni...
Aku dah pi makan bakso dekat satu kedai ni dekat area Bukit Jambul ni... Nama kedai dia Ayam Jingkrak Mbax Ardilla. Nama bagi aku agak tak boleh belahhh di situuuu.. Jingkrak jingkawaleiiii....

Ni gara-gara terpengaruh dengan si Jumie la cita dia ni. Pompuan ni kalau hang tengok dia makan.. Terus Dan2 hang rasa nak pi... Dia punya Penang an mak ayam aku niiii....

Kebetulan masa kami pi tu orang-orang kilang baru mendarat and biasa la kalau belah Bayan Lepas 5u shif depa 7pg-7mlm. Time kami sampai kiranya bersepah2 la dengan minah2 indo baru lpas makan. Kayak dibadai garuda dong.

Dah kami duk kat luaq.. Jenuh nak kena cari waiter sampai aku kena pi panggil kat dalam. Biasa lah Time peak kan.

So aku ni memang peminat nasi pecal ayam dengan pecal lele. Kalau yg dekat Relau dulu tu memang aku suka sebab rasa dia cukup bagi aku.

So untuk kat sini aku pun order la bakso beranak bihun. Bakso beranak tu apa? Sat nanti aku tunjuk gmbaq bakso tu kat hampa naaa..

 Nin dia mak bakso tu. 


Dalam perut mak bakso tadi tu ada lagi isi2 macam ni. Selain dari dalam tu.. Kt dalam sup tu pun ada lagi bakso2 kecik tu. Rasa dia? Sumpah sedappp bakso dia niiii. Aku suka. Rasa mnyesai pulak share ngn ecah sebab aku tak leh nak buh cabai dia semua tu awai2. 


Ni Teh botol kesukaan Hanis Zalikha.. Festime aku tengok masa baca blog dia. Dia duk cerita berapa sedapnya. Maka masa aku pi Medan 2011 tak silap aku pun order la ayaq ni. Haramis tak sedap langsung. Ni aku order nak bagi laki aku rasa sebab konon2 dia kata nak pi berjalan Jakarta la bagai. Aku da memang banned ke negara tu.. Hahhaha. 

Komen laki aku tentang ayaq ni... Rasa macam ayaq Teh peram... Hahhahaha. Teh kombucha peram aku buat lagi sedap 100 kali dari ni. Aku bukan apa.. Saja aku nak test taste bud laki aku.. Bakso dia kata boleh telan... Mai tang ayaq dia kata serrr. Laki aku ni jenis makan payah gak kalau x kena selera dia. Bayangkan kami pi Kelantan makan nasi dekat nasi ulam cikgu tu. Nikmat n heaven la kan sebab ulam Budu bagai kan. Dia boleh Muka toya... Muka makan sebab terpaksa... Sebab tak kena selera dia..... Aku gelak ja lah tengok Muka dia. 

So here come the part for nasi pulak. To be Frank aku tak tau nama menu ni apa. Macam confusing pun ada. 


I was expecting ayam macam ayam penyet punya stail goreng tu. Nk I aku bagi Adriana makan sebab dia hingaq nak makan kueytiaw sup... Tanya depa takdak ka bakso kueytiaw... Ngakkk ada ibuuuu... Haiyoo adapt la skit culture Malaysia ni wei. Tapi terung goreng ala2 tempura tu sedap gilos oiii. 


Ni sumpah aku tak tau menu apa dia. Ayam dia macam hancoq2.. Pastu ada kuah sambai... Pastu buh cheese kat ataih. Part cheese tu dah a bit turn off utk aku to be Frank. Sambal dekat ayam tu pun x berapa sangat bagi aku. Untuk sambal aku memang aku paw yang dekat pinggan Adriana. Yang tu pedas tapi aku rasa pedas dia adalah pedas semata... Macam takdak syncronize dengan rasa2 lain. I was expecting pedas gila2 yang diikuti rasa manis, masam, umami and masin a lil bit. Kiranya I was expecting rasa pedas yang secukup rasa bukan pedas yang pedas semata tapi rasa dia hambar. Haaa giteww. 


Nampak tak ada terung goreng sedap tu dekat pinggan aku... Hahahha


Tapi aku tak salahkan pun menu ni.. Sebab kata nya ni rasa original dari Medan. Sebab apa yang aku pernah makan dekat Medan dulu macam ni la. Sepanjang 4 hari dekat sana aku memang makan untuk elak lapaq ja. Nak kata sedap tu biasa ja. And aku rasa kebanyakkan kalau yang Indo mai masak kat Malaysia ni kebanyakkan depa da adapt dengan taste bud kita yang secukup rasa semua ya walaupun pedas sekalipun. 

As for me... Aku prefer Bakso dia sebab sedap. Cuma next time aku prefer nak order bakso dia yang biasa tapi 2 mangkuk.. Boleh gitu??? Hahhahaha

Other than that for nasi tu aku prefer lagi yang dekat Relau tu.... Dah lama tak makan dekat Relau tu. Tunggu la pindah belah sana nanti.. Senang cari port nanti. 

OK la.. Chow chin chauuu






1 Comments

Post a Comment