Resipi : Sambal Ikan Keli Mudah

OK la asyik update entry makan dekat Hotel ja kan. Kali ni nak update satu entry khas untuk penggemar ikan keli macam aku ni. Kat rumah ni laki aku tak makan ikan keli. Anak bini semua suka.

As usual la nak buat ikan keli ni kena bersiang buang Elok2 darah dekat celah-celah tulang perut dia tu. Lepas tu cuci pak dengan air asam jawa bagai kan sampai hilang lendir-lendir dia tu.

Lepas dah hilang lendir semua tu baru la elok nak buat masak makan OK.

So mari lah kita tengok bahan-bahan yang digunakan ya.

Bahan-bahan

1. 2 sudu besar paste bawang besar
2. 1 sudu besar paste bawang putih
3. 2 sudu paste cili blend
4. 5 6 biji cili kering yang dire dam Dan ditumbuk kasar (aku tumbuk Guna lesung bagi kasar-kasar sebab aku suka texture cili kering yang kasar-kasar bila buat sambal ikan keli ni.. Kalau malas takyah buat cuma lebih kan dekat paste cili blend tu)
5. Asam keping
6. Gula
7. Garam
8. Pak aji
9. Minyak untuk me goreng ikan keli.
10. Ikan keli yang dilumur dengan tepung gandum, garam Dan kunyit.. Tujuan letak tepung gandum nak elak kan letup2 tu.

Cara-cara:

1. Panas kan minyak yang mncukupi untuk goreng ikan keli. Aku buang part kepala sebab part kepala paling kuat letup-letup dia. Tapi bila letak tepung gandum tu xda la letupan gunung berapi minyak ikan keli tu. Kalau tak azab nak kena pakai penutup belanga buat shield.
2. Goreng tak payah garing-garing sangat sebab nanti nak masuk dalam kuah kan.
3. Dah siap angkat. Minyak suku Guna untuk mnum is segala bahan-bahan sambal tu. Balance boleh ja simpan utk mnum is sayur ke apa ka. Ikut suka korang la
4. Tunis segala bahan-bahan paste tadi sampai naik bau. Then masuk kan asam keping. Lepas tu masak hingga pecah minyak and sambal masak.
5. Perasakan dengan gula garam Dan pak aji.
6. Masukkan ikan keli yang digoreng tadi. Dah siapppp..


Daaa. Ni kalau makan dengan nasi panas-panas ni Fuhhh haroiiiii cing2.... 

Nanti aku update pasal entry JJCM dekat Hatyai sebelum posa hari tu ya. Stay tune



0 Comments