Resepi : Roti John Mudah

7:37 AM

Assalamualaikum...

Quick update kali ni nak cerita... Pasal resepi simple gila untuk buat roti John. 

Without further due... Ecewah macam buat ayat dalam email nak hantaq kat boss ja kan. Meh la kita tengok bahan-bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan:

3 biji telur 
Burger / isi kebab
Roti.. Aku Guna roti utk hotdog yg gardenia tu ja. 

Lada sulah.. Aku Guna yg Ajishio dari Ajinomoto tu. 
Garam secukup rasa. 
Bawang besar potong cube


Cara-caranya:

1.

Masuk kan ke semua bahan dalam telur. 

2.

Kacau bagi sebati ya. 

3.

Potong roti tepi ya bukan tengah. Aku tersilap mula2 pi belah dekat tengah buat ala2 nak sumbat hotdog eh sekali silap daa. 


4. 

Dalam pan panas kan sedikit minyak and masukkan yang telur and isi burger /kebab tadi. 

5. 


Telangkupkan roti yang dah dibelah tadi di atas campuran telur tadi. 

6.


Terbalikkan roti tadi. 



7.


Letak mayo.. Letak sos.. Dah siappp

8.


Da siap. Senang ja kan. Modal pun tak la besar sangat. Ni cuma Guna 4 biji roti Gradenia tu. Semua ada  6 biji. Kalau nak buat 6 biji maybe boleh tambah sebiji telur lagi and letak lagi burger/isi kebab untuk buat inti dia. 

By pukul 10 malam, tengok-tengok cuma tinggal seketul ja. Tak sempat nak moreh wei. Alhamdulillah rezeki utk hari ni. 








You Might Also Like

2 comments

  1. Mudahnya...yg paling penting sihat dan bersih buat kat rumah je...ish unik ni boleh dibuat makan lepas tarawih

    ReplyDelete
  2. roti john is my favourite!!!!

    ReplyDelete