Makeover Gobok lauk inspired

Salam semua

Dah lama rasa mcm tak update blog ni. Huahua hua. Sedar Sedar dah 10 hari terakhir Ramadan kan. Bila pikiaq Ramadan tu dah nak berlalu pergi rasa satu pun ada. Haihhh ntah lah.. Faktor penuaan mungkin kann.

Sekarang ni  dah nak dekat-dekat raya ni memang fasa mengemas rumah la. Dah la rumah macam tong kang pecah gila-gila. Rasa nak pitam pun ada tengok rumah sekarang ni. Baru kemas living Hall dah ada si kenot dua orang buat kecah. Haiiii takkan nak jadi tarzan hari-hari kan.

Sekarang ni fasa kemas dapur. Living hall baru skit2. Ni pun pening bila dapurnya kecik. Kadang-kadang dah kemas sepah balik. Sebab barang banyak. Ruang kecik. So kena la fully utilized Guna ruang sebaiknya kan.

Macam ada orang suka table top kt kitchen clear kan. Tapi memang aku tak mampu la nak clear sebab tu ja ruang yang ada untuk letak macam-macam kan. Serabut tu serabut bila barang bersepah2. Mana dengan habis masak Kadang-kadang nk letak lauk dekat situ. Situ la nak masak nasi.. Situ la macam-macam oiii.

Periuk nasi pulak ada sampai dua. Satu yang besar satu yang kecik. Memang tak la nk Guna periuk nasi besar tu ja kan. Kadang-kadang Guna yang kecik. Kadang-kadang Guna yang besar. Kalau nak cepat Guna Philip pressure cooker ja. Haihhh. Macam-macam gajet kan. Lepas tu bising ruang kecik kan. Huahua. Pening Kadang-kadang nak decide pakai rice cooker mana. Ni rasa nak simpan balik rice cooker kecik tu sebab yang tu rice cooker travel cik oiii.



Nampak tak almari lauk ni. Legend betul kan.... 




Haaa... Nampak dilemma mak2 ni. Sakit kepala nak pikiaq menda kecik ja pun. Lepas tu ni Haa Tetiba ternampak pulak gmbar ni.


Cute kan. Teringat gobok lauk yg Dulu2 tok2 kita duk ada kan. Tapi ni size kecik la. But still cute tho. 



Dan disebabkan aku punya space limited gila dekat dapur esp on table top. Aku suka everything yang reachable and practical gitu. Kalau semua nak kena letak dalam cabinet dekat atas2 tu dah namanya tak practical and reachable la kan. Tu namanya lebam nak kena panjat bagai dah. 


Baru teringat ada rack ni kat dalam stor duk buat perkasam. Punggah mai letak la dekat sini. Eh fit in pulak kan. So Moh le kita make over dia skit kan. 


Letak wallpaper kat bawah tu. 



OKa part boleh katup ni la kita letak and simpan lauk kan. Aku ni sjenis tak suka betul biar lauk dekat ats Meja even bertutup pun sebab rasa macam semak. Nak letak dekat table top ni lagi rasa semakkkk. Buat macam ni OK skit multilevel letak la macam2 boleh letak kan. 


Haa giteww. Letak lampu beli kt Mr Diy.. Baru nampak kelas jahhh. 


Untuk ni memang tujuan aku untuk keselesaan aku la kan. Pedulik la orang cakap serabut ka apa ka. Sebab memang I can never go minimalist sebab ya celah mana nak minimalist kalau semua menda nak kena Guna. Kahkah. 


Tengah aim nak beli gobok lauk ni untuk rumah baru nanti. Onz ka tak onz? 





0 Comments