A'BLOOM'S terbaru dari Althea Korea

12:55 PM



Hai... Lamanya tak update pasal barang-barang kecantikkan ye dak. Last month berderet2 entry makan dekat Hotel ja kan. Kali ni kasi chance la nak update entry pasal kecantikkan pulak. Lagi-lagi nak raya ni kan. Nak raya mesti la nak cantikkan.

Nak ke bila raya nanti baju da up to date meletop pompom tapi sekali Muka sememeh... Apa ke hal ni yonggg oiiii....

Baju raya dah power... Muka... Penjagaan diri pun kena ambil berat jugak. Takkan nak biar Muka kusammmmmm ja kannnn. NO NO NOT GOOD macam tu ya.  Biar baju tak mahal, tapi Muka kau mahal macam kena jaga dengan beauty therapist Kim K OK. Hahhaha

OK lah kali ni meh sini aku nak cerita rangkaian produk terbaru under Althea Korea tak lain tak bukan A'BLOOM. Untuk kali ni rangkaian produk under Althea - A'BLOOM'S ni terdiri dari 3 produk yang meletop pompom.


Ada 3 rangkaian produk dari A'BLOOM'S Althea ni ya. 

Antara ya adalah :

A'bloom Meringue Puff
A'bloom BHA Blackhead Blaster
A'bloom Refreshing Skin Mask Pack 



A'Bloom Meringue Puff



Untuk this one, kegunaan puff ni macam biasa la kan untuk meratakan mekap korang Seperti foundation n etc kan. Didatangkan dengan dua size berbeza. Satu dalam bentuk giant puff and 1 lagi dalam bentuk puff comey gila. 

Yang besar tu biasanya kita akan Guna untuk dabbed kan ke seluruh Muka kita yang ada surface area yang besar macam dekat dahi, pipi and dagu ya. Untuk yang puff baby meringue tu pulak kita Guna kan untuk kawasan-kawasan yang surface area dia kecil macam celah hidung and dekat kelopak mata tu. By using the baby one, takdak la kawasan-kawasan yang terlindung celah-celah tu tak kena foundation kan. 

Cara nak Guna pun senang, korang basah kan ja Meringue puff ni dengan air. Tunggu sampai dia kembang dua kali ganda, perahkan air dekat meringue and you are ready to go gituuuu. 


A'Bloom BHA Blackhead Blaster



Sapa tak suka Blackhead dengan Whitehead angkat tangan sat.... Ehhh ada ka orang yang suka blackhead dengan whitehead ni kan? Tapi ada ja kan yang jenis suka biarkan ja blackhead dengan whitehead tu penuh ja dekat hidung bagai kan. Aku yang tengok ni gerammmmm jaaa rasa nak tolong pi buang WEIIII. 

Untuk this one... Memang best sangat-sangat OK. Aku suka sebab senang, tak payah nak struggle picit-picit nak keluarkan blackhead and whitehead tu bagai kan. 


Cara nak pakai pun senang gila, mula-mula cuci dulu Muka. And then recommended untuk steam dulu kulit Muka supaya pores terbuka supaya lagi SENANG A'Bloom BHA Blackhead Blaster nu nak main peranan dia. 

Lepas dah steam Muka tu, boleh la oleskan dekat bahagian Muka yang bermasalah. Aku suggest kan hampa oleskan dekat kawasan yang bermasalah Seperti berminyak Dan blemishes. Aku sebab geram Muka berminyak lately, maka habis satu Muka aku tenyeh. 

Lepas habis tenyeh dekat Muka, then after 1 minute macam tu ka hampa urut-urut la kulit Muka hampa. Supprisingly, memang terasa macam ada biji-biji keluar tau. 


Best pakai ni. Muka lepas tu rasa fresh and hilang segala blackhead and whitehead tau


And paling best ingredients dalam A'Bloom BHA Blackhead Blast ni ada apricot seeds, charcoal Dan juga tea tree lead oil. Memang masa pakai tu Muka akan hitam and Dan bau tea tree tu. Fresh sangat bau dia. I'm loving it sangat. 


A'bloom Refreshing Skin Mask Pack



Well for this one, one thing that I recognised first about it is the super cute packaging. Cute sampai rasa taknak pakai and just to keep it to myself la sebab packaging dia too cute. Such a hoarder betul kan. 

Paling suka sebab semuanya berperisaaaa buah-buahan. Aiyooo bunyi sedap betul kan. Untuk A'Bloom Refreshing Skin Mask Pack ni ada 4 jenis / perasa gituuuu. Antara ya adalah:

A'Bloom Moisturising Watermelon Mask Sheet. 
A'Bloom Nourishing Avocado Mask Sheet. 
A'Bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet. 
A'Bloom Anti-blemish Peach Mask Sheet.




Tengok jenis pun rasa semua macam nak makan-makan kan. Bayangkan semua ni jadi nutrient for our skin. Penat-penat buat kerja tak kira la yang berkerjaya atau yang domestic engineer macam aku ni kan. Mesti after a long tiring day kalau Dapat ni dekat Muka... Perghhh memang fresh gila la wei skin tu rasa. Idak la nampak dull Semacam ja kan. 


Aku memang kalau pakai mask membawa ke tidur. Lepas bangun tu Ya Allah kulit rasa moist.. Toing2 gitu. Bila tengok dekat cermin wahh kemain glowing lagi haaa. 


Korang ni taknak ke rasa apa yang aku rasa. Lagi-lagi nak raya ni kan. Mesti la kulit nak halus mulus ja kan. Kalau nak cepat-cepat la ke:






You Might Also Like

3 comments

  1. Dah try dah.. memang best sangat

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyaa yang blackhead tu. senang dan simple je. tak perlu pergi salun dah hehehe.

    ReplyDelete
  3. Ramai yang guna mask ni. . Berkesan ni

    ReplyDelete