Buffet Ramadan Lexis Suites Penang 2019

Tak sedar dag tengah bulan 4 dah and tak lama lagi dah nak masuk bulan posa oiiii. Sat sangat rasa jarak tu kan. Macam biasa la bila dah dekat nak puasa dekat blog pun akan ada review utk Ramadan Buffet la kan. And kali ni tak lain tak bukan dekat Lexis Suites Penang.

Cerita dia baru ja check out dari Lexis Suites Penang, keesokkannya tu pulak pi review buffet ramadan depa pulak. Sapa nak baca pasal review bilik dekat Lexis Suites Penang boleh baca dekat SINI

Untuk tahun ni, tema tahun ni adalah BAZAAR RAMADAN, AUTHENTIC MALAY AND ARABIC CUISINE. 




Lexis Suites Penang menawarkan lebih kurang 100 jenis juadah berbuka sempena Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi. Baik hidangan tempatan dan antarabangsa seperti pelbagai jenis ulaman, kerabu, kuih-muih, lauk-pauk masakan Melayu, hidangan sashimi, suo gearbox, nasi Arab seperti Nasi mendy, kebab Dan kambing golek dan tak ketinggalan juga kuih raya. 

Nak cerita pasal juadah yang ditawarkan ni banyak gila kot. Kalau nak buat list sampai 100 tu memang haiii lebam la jari-jari aku nak type kt fon ni ha. (oh well.. Aku sejenis manusia update blog thru fon saja ya) 

Jom la jamu mata hampa dengan gambar-gambar juadah yang disediakan. Minta maaf kalau ada yang tengok gambar time tengah puasa.   Mohon jangan dicarutkan diri ku ini ya. 


Aneka ulaman, sambal Dan macam-macam lagi. 


Pulut kuning, lemang, putu mayung dan putu poring. 


Aneka kurma, kerabu Dan gado-gado


Selection of fruits. 


Bahagian lauk pauk Melayu. 


Aneka lauk pauk Melayu


Aneka lauk pauk Melayu


Ayam tandoori, chapati  ekor lembu bakar, mee udang


Mee udang corner. 


Pencuci mulut. 


Japanese Corner. Ada sashimi, tako, sushi, oden. 


Bubur lambuk. Sedap gila hokey Bubur lambuk depa ni. Sate pun sedap. 


Kambing golek and sup gearbox. 


Arabic corner. Nasi kabsah, nasi mandi Dan kebab. 


Kambing golek menu wajib ada dekat Lexis Suites Penang ni ya. 



Aneka kuih muih. 


Terliur pulak tengok dessert dia. 


Aneka kuih raya. 



Air pun meriah. 


And paling win this gulai kawah anak lobster. 



Thank you Lexis Suites Penang for having us. 



My first round. 


Penuh meja. 


Lexis Suites Penang akan mula menghidangkan buffet Ramadan bermula dari 6 May 2019 hingga 5 Jun 2019 dari pukul 7pm - 11pm. Fuhh lama kan. Selalunya buffet Ramadan ni last call selalunya pukul 10 kot. Tapi kat Lexis Suites Penang ni extra 1 hr OK. 

And don't worry dekat Lexis Suites Penang ni surau ada kat tingkat 3 OK. So senang la kita nak perform solat Maghrib kan. Sapa  kata bukak posa kt luaq takleh nak solat kan. No excuse to that. 

Harga untuk Ramadan Buffet ni adalah RM98 nett untuk dewasa Dan RM68 untuk kanak-kanak / warga emas. Tapi kalau hampa nak murah jangan lupa opt for early bird vouchers. Harga untuk early bird cuma RM60 nett per adukt Dan RM48 nett per child / senior citizen. Dapat jimat banyak tu wei. Untuk yang early bird promo ni hampa kena beli awai2 ya.. Start dari sekarang sampai 20hb April SAHAJA ya. Diulang sampai 20 April SAHAJA. Jngan lupa guna QR CODE yang ada dekat bawah ni Dan key in promo code LSPRAMADHAN1



Kalau hampa terlepas untuk beli yang early bird ni, hampa boleh beli untuk harga RM80 nett per adult dan RM68 per kid/senior citizen dari 21th April til 5th of May 2019. Still boleh jimat jugak kan. Voucher boleh digunakan sepanjang bulan Ramadan ya. And setiap RM2 hasil jualan vouchers ni akan disumbangkan dinrumah anak yatim yang dipilih. 

And tak kurang juga Lexis Suites Penang  ada juga buat untuk Hari Raya Celebration pads 5th-6th June untuk buffet lunch bermula dari pukul 12.00pm-3.00pm. Harga untuk Hari Raya. Celebration lunch buffet adalah RM89 nett per adult Dan RM60 per kid/senior citizen. 

Good news for in house guests, untuk Ramadan Buffet kornag boleh Dapat harga  RM80 nett per adult Dan RM58 nett per kid/senior citizen. Manakala for Hari Raya Celebration lunch buffet , in house guest entitled untuk Dapat price RM68 nett per adult Dan RM50 nett per kid / senior citizen. 

For enquiries and reservations, jangan lupa contact 04-628 2888 or email to 
reservations@lexissuitespenang.com / fbc@lexissuitespenang.com

Lexis Suites Penang  
28, Jalan Datuk Kumbar, 
11920 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang
04-6282888





15 Comments

  1. Wow...macam-macam ada ni. Kuih raya pun ada. Nak bawa balik sebalang lah. Hebat juga juadah berbuka di Lexis Penang tahun ni.

    ReplyDelete
  2. lexis ni mmg salah satu hotel dlm list weols bulan puasa nanti..mmg menu2 dia pun kena dengan tekak weols..tak boleh lupa sup gear box ngan char kuey tiaw dia mmg ummpphhh

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pilihan makanan. Kalau bulan puasa pergi penang, tahu dah nak pergi mana. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wow. Harga menarik dan juadah pelbagai - yang pasti mesti sedap kan. Kalau Rawlins pun, mesti penuh meja la sebab tertarik dengan kepelbagaian juadah yang ada.

    ReplyDelete
  5. wah meriahnya makanan dekt sini! terasa macam nak cuba berbuka dekat sini kalau ada kesempatan. apa favourite dekat sini ya? terliur pula tengok gambar dia !

    ReplyDelete
  6. Pelbagai juadah tempatan kat sini. Yang best tu siap ada kambing golek. Mesti meriah ramadhan nanti. Sedapnye...yang best raya pun tak lama lagi.

    ReplyDelete
  7. Wah sedapnya menu2 burbuka puasa dekat lexis ni. Premium sangat. Teringin pulak nak rasa ye. Kambing golek tu betul2 menyelerakan. hehehe

    ReplyDelete
  8. Perghhh sedap sedap menu untuk iftar buffet ramadhan ni. Ishhh semua lah ni .Nasib baik jauh tau .Yang best putu mayam favourite mimi pun ada. Penang panggil outu mayung ye. .ke memang tu namanya ?Hehehe

    ReplyDelete
  9. Memang wall asik lalu je buffet ramadhan. Haha.redha je tengok sedap2 belaka. Kambing golek tu yng buat terliur. Sabar jela. Haaa siap ada kueh raya lagi.

    ReplyDelete
  10. Vavavaaa... Beruntungnya orang penang kita kat KL ni terliur dpt tgk je. Harga below RM100 murah seyhh...!!

    ReplyDelete
  11. alahai, comelnya kambing tu, siap pakai tembikai lagi.. haha.. Dalam banyak-banyak menu tu kite tertarik dengan sushi la wak sebab tak banyak buffet ramadan yang ada sushi. Hanya certain2 tempat je yang ada...

    ReplyDelete
  12. sana sini hotel buat buffet ramadhan..memnag terbaikla..makanan pulak banyak pilihan..harga pun woww..tempat ni kalau bercuti sekali masa bulan ramdhan best juga ye..hehee

    ReplyDelete
  13. Banyak betul pilihan makanan dia. Yang rare tu yang putu putu tu. Payah nak jumpe dah kuih tu sekarang.

    ReplyDelete
  14. bestnyaaa... rasa mcm ni beli la

    ReplyDelete

Post a Comment