Bercuti di brand new Bayview Beach Resort Penang

Holaaa
Nak cerita cuti bulan lepas tu kami ada bawak anak-anak bercuti dekat dalam Penang ni jugak since my bff Sha ngn husband Wan nak turun Penang and spend their holiday here.

Plan asal hari Sabtu Ahad tu nk ke Hatyai but since time ada election so kami cancel d plan. Taknak amik risk wei. Takut kang apa2 kang tak pasal2 ja. Dah la Hatyai tu fav spot jugak orang diorang nak buat onar. So better not la.

And memang plan jugak untuk spend masa together and stay kt Bayview Beach ni untuk bagi anak-anak seronok kan.
Bayview Beach Resort Penang ni bagi aku not bad la. Walaupun hotel lama, diorang tengah refurbish level by level. So bilik yang kami dapat ni bilik yang dah refurbished dah la kiranya.



Buruk sangat ke bilik dulu2? Xda buruk pun cuma classic ja. Perabot old school. Guna jenis carpet lagi. Tapi ok ja bagi aku sebab dia antara harga yang berpatutan tau kalau dekat Penang dengan lokasi tepi pantai ni. Aku pernah review pasai Bayview Beach Resort Penang dekat SINI.

Untuk bilik baru ni, cuma tak bestnya bagi aku adalah katil dia dah kecik. Huhuhu. Dulu katil kat Bayview Beach Resort ni adalah double twin bed. Macam size Super King gitu ha. Sekarang ni cuma size king ja. But stil fit kami berempat anak beranak la. Kalau dulu katil double twin bed dia tu kami 4 beranak boleh tidur renggang-renggang lagi tau. Bahagia gila nak golek-golek haa.

Another part macam post yang aku bagitau kenapa aku suka Bayview Beach ni selain harga dia yang berpatutan, pool dia and facilities dia pun superb jugak especially for kids pool.

But since harga dia affordable and pool dia and facilities dia pun best-best maka hotel ni sentiasa merenyut-renyut dengan orang tau. Takyah kata orang luaq.. Orang Penang sendiri pun berlambak-lambak suka bawak mai family duk sini. Kalau dulu syiok skit sebab katil besaq. Lepas ni pakat kena bawak toto la hampaq kat bawah kan kalau anak ramai.

Untuk kali ni tujuan Sha dengan Wan mai ke penang adalah untuk JJCM ya. So aku selaku kak long kawasan harus lah kena atoq setiap tempat makan. Hahhaha


Tapi apa pun jom la tengok dulu bilik lepas depa refurbished jadi lagu mana kan.


Lantai baru. Woww.. Sebelum ni guna mcm carpet tu. Now guna vinyl wood ni. Ok sangat. Kalau carpet pun ok ja cuma ada sesetengah hotel tu bau kepam. But before this takdak pun bau kepam kat Bayview ni pun. Better la guna carpet bagi aku dari guna tiles. Sebab tiles sejuk. Aku tak tahan. And kalau basah slippery wei. 


Huuu part ni rasa ralat sikit. Sebab sebelum ni aku suka gila katil depa sebab besaqqqq gilaaaaa. 


Ni toilet depa macam biasa aku rasa. Takdak yang berubah kot. 



Suka sebab bath tab ngan shower asingggg. Penting ya untuk mak2 macam aku ni ada bath tub supaya senang nak. Me time tengah2 malam time anak2 duk lena. 



Yes masih gemuk ya. Tak kuruih2 lagi. Heran kan. 


Ok ni pun upgrade sebab kt tv dah ada interface lagu ni siap nama aku lagi. Amboiii macam duk kat HRH sebelah dia dah....




View dari balcony bilik. Aku pilih yang partial sea view. Nak amik full seaview mahai pulak. Malas aku nak layan. Nak mngadap bukit boring plak. 


Lepas tu heran pasaipa tak kuruih2 kan. Saja la aku masak untuk Sha N Wan yang mai dari jauh n lapaq kari salmon aku macam kt Perth hari tu kan. 


Anak kuruih. Mak gemok. Adui la takpa janji sehat sudah kan. 



Ni kat lobby Bayview Beach Resort. Masih classic. Aku suka part lift dia tu. Rasa macam zaman2 British tok nadok. Bayview hampa jangan duk refurbished tukaq lift naa. Takyah duk ikut sangat hat komen2 kat Agoda bagai tu. Aku suka ja classic2 lagu tuuu. 



Aku dalam siri jelajah duduk  hotel-hotel di Penang ni. Ni pun baru balik dari Lexis Suites Penang celebrate birthday Adriana kat sana. So nanti aku cita plak pasal Lexis Suites Penang ya. 

Yang nak tau pasal cerita-cerita hotel kat Penang yang aku dah duduk boleh tengok dekat sini ya



Sebenarnya ada banyak lagi nanti aku cari ada tak review hotel-hotel kat Penang yang aku pernah duduk. Yang duduk kt HRH Penang masa  honeymoon dulu lupa nak buat kan. Maybe nak kena repeat ka macam mana ke ni? Hahhaha. Alasan tak boleh belahhh. 

Ok la..  
Chowww










9 Comments

  1. Seronoknya bercuti ! nampak selesa sangat Bayview Beach nih, Kalau diberi kesempatan sy pon nak juga kesitu... dekat dekat pantai syoknyelaaa

    ReplyDelete
  2. Nampak selesa & luas bilik tu. I lagi suka lantai kayu vinyl gini, sbb kalau karpet kdg berbau tu boleh buat bersin & batuk batuk sampai semput.

    ReplyDelete
  3. Syoknya bercuti. Kita ni suami susah cuti. Tntera kan. So nak bercuti tu agak terhad. Tp pnh la anak2 merasa sekali je tido kat hotel. Tapi bab katil.memang laaaaaaa.. Last2 suami beralah tido bawah. Lpas ni mmng kna standby narita la.

    ReplyDelete
  4. Seriously thank u for this review! Sy mmg nak g penang for worktrip & definitely akan try tgk hotel ni nnt :)

    ReplyDelete
  5. Baguslah saya suka cara akak buat duduk hotel mewah dan bawa makanan sendiri senang sangat jimat kita pun suka macam tu hehehe.. tapi kat Penang banyak tempat makan best-best waaaaaa...

    ReplyDelete
  6. Menarik nampak bilik hotel ni. Sekarang memang trend sgt gune vanyl floor kan. Hotel2 pun tak ketinggalan ikut trend ni. Pernah pegi sekali je dkt penang. Next time nak bawak anak2 ke penang lagi boleh la try hotel ni

    ReplyDelete
  7. The hotel looks really spacious and clean I'll add this into my list of hotel to stay when I visit Penang. Planning to bring my girls to the beach.

    ReplyDelete
  8. Cantikla hoyel dia. .Menarik. .Kalau p pennag boleh book hotel ni.. Nampak besar ni. . Suka bilik luas macam ni. .Untuk budak2 kan

    ReplyDelete
  9. betul ! sesetengah hotel yang guna karpet di keseluruhan bilik ada yang bau kepam. yelah, basah2 then xkering lepastu bagi next visitor check in. mmg bau kepam sangat. prefer vinyl jugak sbb tak sejuk. cantik pon cantik. syiok jugak kalau dpt menginap kat sini

    ReplyDelete

Post a Comment