3 D 2N Vacation at Lexis Suites Penang | Lexis Suites Penang Room Review

Since we had promised Adriana to bring her to the hotel for her birthday celebration. So here we are. And kebetulan sekolah dia cuti hari Isnin.. Sebab cuti ganti.. Sabtu tu ada hari sukan kan. Balik dari Hari Sukan.  Terus pi ke kelas ganti kumon. Kes demam tak pi ke kumon.

Balik dari kumon. Kemas-kemas pulak untuk pi ke Lexis Suites Penang. Dekat-dekat ja lah bercutinya lagi.

Pukul 3.30 petang kami gerak dari Juru. Poyo kan. Mentang-mentang ka dekat kan. Masa sampai ke Lexis Suites Penang kami naik la parking dekat atas. Selalu kalau mai review pun tak pernah la aku park kat ataih kan. Ni haa full house wei.

Nasib la aku booking awai. Sebab satu aku guna voucher yang VVIP yang husband aku sign up dekat Lexis Penang ni. So ada la dapat 3 keping FREE STAY at premium pool suites ya. Dekat Lexis Suites Penang ni ada 2 rooms types which are Premium pool suites dengan Executive pool suites. Untuk Premium Pool Suites ni hampa akan dapat bilik yang FULL SEAVIEW ya.

While untuk Executive Pool Suite pulak akan dapat PARTIAL SEAVIEW.  But stil nampak view laut and boleh jugak ferfeeling ok.

So jom lah aku tunjuk dulu gmbar dalam bilik dia macam mana ok.


Dari pintu masuk akan nampak ni dulu ya. 


Coffee and tea corner la kan. 


Tea banyak pilihan. .aku sukaaa



Dari kopi kornerr tadi nampak la bilik dia. 


Dia pun kemain nak koya2 habis  


Toilet dia


Toilet macam besa ja ada pancoq semua. And being typical Meleis.. Mesti la toilet kena basah kennn. Aku stil don't get d idea how toilet dekat Fremantle Market yang banyak gila orang keluaq masuk yang takdak satu pancoq tu bersih and paling penting tak hancing wei. Sekali dengan aku la main selet2 dengan wet tissues. 😆😆😆



Ni dari toilet tadi nak ke shower /bath tub kat hujung tuu haa. 


Koya sat depan cermin



Ok la. Macam biasa typical hotel mewah.



Bath tub ni win.. Aku mmg menitik beratkan kehadiran bath tub kalau nak pilih hotel. Mak nak me time oii


Very the bommm


Haa ni view dari shower /bath tub room tu. Haramisss besaq dari bilik masterbedroom rumah aku😆😆😆



Hotel mewah takdak ni kira lekeh la kan. 


Fuyooo screen tv kt dalam dinding. Perak buihhh sat tak pernah tengok lagi. Kahkah


View blik dari pintu balcony



View balcony dari bilik. 




Dah lapaq kan. Sebelum mandi kita makan dulu bekal. Aku masak nasi minyak dengan kari udang fav laki aku. Rakus semua kelaparan.


Cantik viewwww..  


Masa untuk berendam


Seronok la dua orang budak ni. 


Yang sorang ni sat naik atas. Sat nak masuk pool balik. 

Pics dekat pool ni semua were taken sebelum aku dapat tau tok aku meninggal. Terdiam sat aku dalam pool tu sorang2. 

Ralat dalam hati sebab aku cakap nak kol tapi aku tak kol tok. One of the reason sebab aku tak tau nak cakap apa dengan tok. Satu sebab aku memang tak rapat sangat dengan tok. Tapi aku ada la pay visit masa ujung bulan 2 tu. Tipu la kalau cakap tak sedih. Sedih kot sebab tok kan. Mak arwah abah aku. Of course aku terasa jugak. 

Whatever it is, she's in a good hands now. May Allah grant her Jannah. 


Al Fatihah. 

After dapat message tu malam tu kami terus gerak balik ke Kedah. And lepas habis urusan pengebumian kami terus balik ke Lexis. Malam tu pulak Aishah demam panas. Aduhhhh. Kesian dia. 

So untuk breakfast buffet kt Lexis Suites Penang memang aku tak rasa la ok ka dak sebab aku cover balik tdoq aku yang tak cukup sebab Aishah asyik2 terjaga malam tu. Laki aku ngn Adriana ja pi makan kat bawah. Aku nak tdoq. Breakfast don't care. 

Tapi mengikut track record aku duk mai review dengan Lexis Suites Penang  makan depa selalunya tak menghampakan. Cuma dari segi makanan apa yang disediakan tu aku tak tau la kan ok ka dak ka. 

Komen aku tentang bilik kat Lexis Suites Penang ni adalah:

1. Bilik spacious nak mampoih. 2 katil queen size. Kalau anak ramai hampa bawak toto pi bentang kat bilik sebelah.  .read-->laluan in between toilet nak pi ke shower /bath tub. Gila spacious kot. 
2. Pool dia seronok la sebab privacy kan. Hari last aku buat gila konon2 nak rendam2 kaki ja kan.. Sekali aku buat gila terjun dengan baju kelawaqqqqqq. Kahkah. Sapa nak mai halau hang kalau hang nak bogel sekalipun..hang bayaq untuk privacy hang kan. 
3. Pool dia agak kecik untuk keluarga yang mempunyai umat yang ramai. Kami anak 2 pun laki bini masuk rasa macam sesak dah pool ni. Lepas tu masa aku duk feeling2 mandi ngan baju kelawaq sambil apungkan bdan tu tengok2 dah kena hujung pool. Tolak pi tengah skit. Pap satgi kena lagi dinding pool. Hehhhhhh sakit. Pulak hati akuuu. Tak boleh nak compared dengan Lexis kt PD sana sebab x pernah stay kat sana. 
4. Bath tub dia best. Best sebab bentuk dia lain dari bath tub hotel2 yang aku pernah li sebelum ni. Feeling2 mcm Adele bila duk berendam dalam tu. 

Hmmm tu ja lah kot. 

Eh satu lagi.. Sounds proof dia mcn xberapa ok skit. Aku boleh dengaq orang kt koridor duk berjalan2 and sembang2. So hampa-hampa yang suka duk buat aksi2 teruk tu kalau boleh jangan la duk buat sound pelik2 sangat. Takut satgi orang kat luaq dengaq pulak. Satgi tak pasai2 viral kat Penang Kini. 

Sapa nak pi try Lexis Suites Penang ,aku rekemen hampa mai la tang ni. Best jugak. Asyik duk Ferringhi pun semak gak sana. Sini ok la outskirt la skit. Tapi best jugak. 


Lexis Suites Penang, 
28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
04-628 2888

19 Comments

  1. fuhhhh toilet diaa bapokk ehh bapakkk la besar 4x ganda dari toilet kat umah nihh huawawawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..toilet dia boleh lgi nk. Bentang toto kt lalu a Tara nk pi ke toilet ngn shower tu

      Delete
  2. syok tengok dia punya bathtab tu..heaven kut memanjakan diri duk dlm tu main buih2 awww..bestlah korang dpt free stay..kami pun belum lg mai lexis..asyik p review makan ja haha

    ReplyDelete
  3. Gila bapak besar bilik mandinya uit . kalah bilik mandi umah den.hahaha... kalau macam ni punya besar bilik tidur puas hatilah .Siap ada pool lagi tu . Puas hatilah

    ReplyDelete
  4. My children sure like the private pool so much. The scenery is so beautiful facing the sea.

    ReplyDelete
  5. Wow!! ingt kn yg dekat PD tu oh penang pun ada ye grand lexis hehe serius nice giler bilik dia plg suka MMG TOILET lah hahha lantai tu siap ada bunga ye curlasss!! btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy hehe :)

    ReplyDelete
  6. bestnya!! teringin nak pi. mcm best ja kalua pi ngn family. privacy. tengok dalam gambaq pun macam besaq biliknya, harga nya macam mana pulak? ada pakej apa? teringin nk bwk family pi sini lepas baca entri ni :)

    ReplyDelete
  7. Wah besarnya bilik? Berapa harga sebilik? Ada private pool tue mmg Best laa.. Suka sgt.. Nnti leh la sekali sekala blk Penang, try stay bermlm dok kat sini plak..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya hotel ni. Memang dr dulu teringin nak dok Lexis tk kira penang ke pd ke janji lexis..sb cantik. Tapi wat masa skrg mampu tgok je le..hehehe

    ReplyDelete
  9. Woooo mcm best je kalau dpt stay kt lexis nii. Exclusive sgt! Yg pergi area Penang boleh try stay dkt sini. Hee

    ReplyDelete
  10. Lawanya. Die punye dekor nampak macam baru sangat. Nampak moden. Paling suke tengom toilet die. Dengan bath tub gitu. Bestnye kak alia dapat duduk sini

    ReplyDelete
  11. Omg a pool inside our own room with such a breathtaking view, will bising my hubby to bring me to Penang, I wanna stay in a hotel like that with my girls, it will be so fun!

    ReplyDelete
  12. teringin nak stay kat lexis ni jugak sebab ada pool dalam bilik...nak berendam berapa lama pun boleh ...adoii bilalh nak pergi vacay kat sini...harap2 adalah rezekinya

    ReplyDelete
  13. tak pernah pegi yang dekat penang..tapi PD pernah..memang best klu dapat hoel yg ada private pool..selesa nak mandi dengan famili hehehehe..hope satu hr dapat pg yang penang punya

    ReplyDelete
  14. pergh tu dia, tak pernah lagi merasa swimming pool privacy macam tu. Lexis pd pun tak pernah pergi lagi..hahahhaa..syok ni..yang botol tu apa..segala mak nenek syampu dan sabun ke?

    ReplyDelete
  15. Wow...kat penang pun ada lexis ye... Mewah juga tgk..kita suka tgk decoration bathroom dia.. Pehh mmg win la.. Ada tab mandi lagi... Brpe satu malam cmni kak

    ReplyDelete
  16. Masha Allah, besor nya bilik, ada private pool selesanya boleh berendam sepuasnya tanpa risau pandangan dan lirikan orang hihi

    ReplyDelete
  17. BEstnya bercuti..hehe cam dah lama kte tak bercuti eh! Biliknya ya allah selesanya

    ReplyDelete
  18. Cantiknya Hotel ni. Kalau ke Penang nanti, boleh la try menginap kat sini nanti. Siap ada private pool tu yang best. Sesuai kalau bawa family gi bercuti. Menghadap laut pulak tu. Ish, tak sabar pulak rasanya nak pergi.

    ReplyDelete

Post a Comment