Resipi : Kerabu Ikan Rebus Bersama Terung Bakar

1:27 AM

Quick update. Sebab bila aku update resipi ni dekat ig ada yang tanya macam mana buat kan. So meh sini kita nak update cepat2 ya.





Bahan-bahan:

Bahan untuk tumbuk/blend *:
Cabai besaq
Cabai melaka
Belacan
Bawang besar
Bawang putih 1 ulas

Bahan untuk letak dalam air asam:
Air asam jawa
Bawang besar yang dihiris nipis
Tomato yang da dihiris halus
Cabai melaka 4 biji dipotong
Santan
Seekor Ikan rebus (aku rebus dengan asam keping and bawang skit) 
Terung bakar (aku bakar atas pan ja) 
Gula 
Garam
Serbuk perasa *

Cara-cara:
1. Tumbuk/ blend semua bahan-bahan di *. 
2. Setelah selesai step 1st tadi, campurkan air asam jawa, tomato, bawang, cabai melaka, ikan rebus yang telah diasingkan isi dari tulang dan jugak isi terung bakar yang telah dicarik nipis (ala korang siat-siat ja la terung tu dari kulit dia.. Aku suka kulit dia so i'm not gonna waste any part of it)
3. Dah masuk ikan rebus and terung bakar tu, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa kalau nak. 
4. Last korang letak la santan. Aku pakai santan botol yang beli dekat Telennn tu aja. Korang pakai santan kotak pun boleh kalau memang spesis takdak maknanya nak perah2 santan macam aku ni kan. Serbuk santan? Aku tak reti guna yang serbuk.. So no komen ok. 
5. Pastu korang rasa la.. Yang mana tak cukup tu tambah la. Pandai-pandai la ejas rasa dia sampai ikut standard tekak korang kan. 
Dah siapppp. Senang ja. Ni kalau nk bodek mak mentua melambung-lambung boleh la try buat ni. Aku sebab dah xda mak mentua.. Kalau ada kompem2 mak mentua sayang. Kahkah. Haktuihhh. Aku ni spesis hantu kerabu... Buat ratah ja habis sepinggan. Tak makan dengan nasi pun xpa dah. Mak aku pun da paham pe'el anak dia ni. Kalau buat kerabu kalau aku balik mesti buat lebih-lebih.. Sebab nanti habis aku meratah ja. 
Korang nanti try la buat. Mana tau kena ngan tekak korang ka kan... Kerabu ikan rebus bersama terung bakaq



You Might Also Like

8 comments

  1. Menarik nye... Tak pernah buat n rasa..

    ReplyDelete
  2. wow nampak macam best je resepi ni. tapi orang rumah tak makan pedas. mmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  3. wow makes me hungry now, so nice you sharing this recipe. I like to ask my sis to check this out. looks so yummy, I need this with a bowl of rice.

    ReplyDelete
  4. takpenah lagi rase buat atau tau terung bole buat kerabu. yup boleh explore nanti

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Resepi simple tapi paling ummmphh untuk dimakan bersama dengan nasi panas. Pergh! Memang marvelous! Cx dahlah suka terung waima badan berangin. Tapi bedak juga sebba sedap. Haha nanti nak try la buat resepi ni. Tq share!

    ReplyDelete
  6. Amboi meleleh air liur kite. Fav ni sebab mak selalu masakkan. Dapnyaaaa

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap weiii.. meleleh air liur trngok Resipi pun taklah susah mana nak sediakan .Nanti nak try lah resipi ni thank you tau share resipi ni. Tak sabar nak cuba

    ReplyDelete
  8. Uikss..baca je pun dah kecur air liur tau! Jahat la entry ni hahhaah..terus rasa nak beli ikan n buat kerabu. Thanks tau utk resipi

    ReplyDelete