SHELL OUT Best di Selera Tambun Penang

7:31 PM

Hola...
Kali ni nak share satu lagi port baik untuk makan SHELL OUT ya kalau di Penang ni. Disamping harga terlajak murah.. Rasa pun OK Sedap!

Untuk pengetahuan hampa, Selera Tambun ni terletak di Tambun. Kalau dari KL (arah selatan), jangan lupa EXIT dekat TOL SIMPANG AMPAT. Sama la jugak kalau dari arah Utara pun.. Exit tol Simpang Ampat jugak.



Kedai dalam kampung ja uolls.

Apa yang bestnya dekat sini ada DUA SET SHELL OUT pada harga yang berbaloi. SET KECIL RM20... Boleh makan 2 - 3 orang bagi aku. SET BESAR RM30, boleh makan 4-5/6 orang makan bagi aku. Murah kan.
Bukan Shell Out ja yang ada. Ada lagi masakan-masakan lain macam udang lipan, ketam, ikan. Korang boleh pilih la nak masak apa kan.


Meh la tengok apa yang selalu kami order.




Stim udang lipan. Sedap sebab udang lipan ni kan isi dia manis gila kot.




Ketam masak cabai. Sedap jugak.



Last but not least.




Ni la yang SET BESAR ya. Banyak gila kan. Laki aku ni dia jenis spesis tamak. Kalau dia lapaq dia akan main order tanpa kewarasan. Dah cakap order yang kecik sudehhhh. Tapi taknak dengaq cakap kan.

Last sekali ada banyak yang tak habis. Bukan sekali ok, dua tiga kali perangai sewel dia ni keluaq kalau lapaq. At the end membaziaq. 😌😌😌

Aku ni pulak jenis tak boleh la haih tengok lauk2 tak habis membaziaq macam ni ha. So hampa kalau mai family macam kami yang ada dua anak ni... Order yang kecik sudahhhhh.....

Oh ya yang set ni ada 4 jenis masakan yang hampa boleh pilih. Antaranya:
1. 3 rasa (yang kami makan)
2. Black pepper
3. Masam manis
4. Masak lemak

Kami biasa go for 3 rasa ja. Tapi teringin jugak nak try yang masak lemak tu. Next time boleh la try yang tu pulak kan.


Cuba hampa kira total kami makan SHELL OUT dengan udang lipan and ketam tu berapa? RM90? RM80? salah.. Cuma RM75 ya. Puas makan sampai tak habis kan.


Time mengorder tu hengat dunia. Da makan termengah-mengah nak habiskan. Jenuh noks. Sampai sendat-sendat perut ni.
Nah hampa nak mai sini Waze kan ada.





Selamat menjamu selera bagi sapa yang nak try makan dekat sini.


You Might Also Like

12 comments

  1. alaaaa...lama tak bershell out la...

    ReplyDelete
  2. aida pun.
    lama sudah tak bershell out.
    best nyer....

    ReplyDelete
  3. Wahhh.... Betul-betul murah ni.. Tapi jauh pulak. Mungkin kalau ke Penang nanti, boleh lah try.. Masuk dalam list laa.

    ReplyDelete
  4. Kat penang pun dah ada tempat makan macam shell out ni. Menarik. Save dulu. Next time pergi penang boleh singgah.

    ReplyDelete
  5. Uikkkkk! kegemaran kita tu shell out, thanks for sharing. boleh singgah nanti kalau otw ke Utara nantikan. Banyak dan harga berbaloi gila :D

    ReplyDelete
  6. sedapnya bershell out.Aduii..tetiba teringin lak nak bershell out ni.Kan best kalau dekat je dari JB...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi rasa udang lipan. Sebenarnya dah lama tak makan udang sebab suami alergik. Nak beli udang pun macam malas je. Tapi serius la udang lipan tu selalu dengar jadi teringin nak rasa

    ReplyDelete
  8. Amboi meriahnya hehehe sedapnya tapi kenapa jauh sangat kalau dekat boleh kita pergi cuba hehehehehe tapi kalau tak habis apa lagi bungkus lah bawa balik boleh makan kat rumah lak sambung wakakakkaa sayang membazir...

    ReplyDelete
  9. Dekat dah ngan rumah, tapi tak pernah pergi. Selalu lalu je depan tu last2 shell out masak kat rumah je. Sbb nak renyah2 ngan anak-anak kecik makan sea food malas betul huhu

    ReplyDelete
  10. Mak aihh.. Murahnya harga dia.
    Selalu dengar shell out ni mahalnya sampai takut orang nak try. 😅😅
    Kita belum pernah rasa lagi shell out ni rasa macam mana.
    Next time la kalau ada rezeki lebih nak try.

    ReplyDelete
  11. Jahat la gambar-gambar ni hahah..ketam masak cabai tu mak aihhh meleleh air liur tengok!

    ReplyDelete
  12. wahhhh sedap betul tu....ke penang nanti nk p laa makan kt sini....tgk gmabar pn dh terliur

    ReplyDelete