Resipi : Ikan Sebelah Masak Asam

10:12 PM

Hari tu masa upload gambaq masak asam ikan sebelah ni ada yg tanya macam mana buek nya kan. Actually nak buat dia kacang gila ok.. Sebabnya dia sama-sama level dengan masak kicap ja kacang dia. Hahahhaha

Kena pulak dengan ikan sebelah yang sedap tu Ya Allah.. Merecik sungguh la. Ada yang tak kenal ikan sebelah tu macam mana ka? Laki aku panggil ikan tapak kasut. Ntah hapa-hapa. Orang putih panggil ikan halibut. Haaa macam canggih bunyi omputih panggil kan. 

Sumber gambar dari Google. Ni jenis ikan sebelah yang aku beli la. Aku xda gambar sebab aku dah suruh apek tu siangkan and potong siap-siap dekat aku. Actually ada banyak jenis lagi ikan sebelah ni ada yang warna putih n etc. 

Sumber google. Ni antara salah satu jenis ikan sebelah. 

Kalau nak tau sejarah menarik pasal ikan sebelah ni, ikan sebelah ni adalah sisa makan Nabi Sulaiman AS. Nak dijadikan cerita Nabi Sulaiman tak sempat nak habiskan ikan yang telah dibakar baginda di tepi pantai ni. So baginda pun telah lepaskan ikan ni ke laut semula. Tapi dengan kuasa Allah, ikan tu hidup kembali dengan keadaan leper macam ni. Ni la bukti kekuasaan Allah kan. Kalau Dia berkehendakkan sesuatu. 

Hebat kan kekuasaan Allah ni. 

Sumber dari Google. Tengok mat salleh punya halibut. No wonder kat sana halibut ni kira hot jugak la. Salah satu sebab isi dia halus and manis ok. 

Teringat dulu kecik-kecik mak aku suka beli ikan sebelah ni sama ada yang warna putih atau hitam tu. Time tu ikan sebelah ni kira ikan orang tak makan la especially malay sebab bentuk dia yang pelik gitu kan. And harga dia pun antara ikan yang murah. Kalau mama aku beli.. Mesti dia beli banyak ikan ni dekat market borong sebab murah kan.. Anak pulak ramai sampai 4 orang. Gaji pun tak besar kan. Kalau ikan ni mama aku suka buat masak tauchu... Allah.. Sedapnya.. Rasa nak menangis bila kenang2 balik. Tapi aku tak buat lah tauchu sebab laki aku tak makan masak tauchu.. Mehh sangat kan. 

So sebab laku aku tak makan masak tauchu.. Marilah kita buat masak asam ja. Haa senang. Sedap pun sedap. Eiii tak makan jugak siapppp dia. Babab baru tauuuu. 

Masak asam ni pun kategori terlajak senang la. Kategori senang macam masak kicap jugak bagi aku. Hahahhaha. 


Bila aku upload gambaq ni ramai la yang cakap huuu sedapnya. And ada gak yang tak biasa makan and mintak resipi. So meh la japgi aku share resipi dia ni. Senang je kot. 


Intro dah panjang sangat kan. Jom lah aku share cara-cara buat masak asam ni ya. 

Bahan-bahan:

4 ketul ikan sebelah
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih

Cara:

1. Goreng ikan sebelah dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
6. Tutup api. Dah siap!

Ni kau buat dekat mak mentua kau kompem terus jadi menantu kesayangan. Dari tak sayang terus jadi sayang. Tak percaya cuba la buat. 

You Might Also Like

9 comments

  1. Meleleh air liur kita baca article ni. Btw menarik betul kisah ikan ni ya sis.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pasal al kisahnya nama ikan sebelah ni. Rupanya itu kisah dia ye.
    Tak sangka ye, ianya dihidupkan kembali. Muncul la ikan sebelah ni.
    Kita tak pernah lagi beli masak sendiri atau makan kat mana mana.
    Kot nanti teringin blh la try masak.

    ReplyDelete
  3. Saya bukan peminat asam. Tapi ikan ni nampak menarik. Tak pernah makan ikan ini. Kena try makan ni.

    ReplyDelete
  4. I have never try this dish yet as really don't know how to cook this. Afraid it don't blend like others. So now your recipe looks so much interesting for me and I wanna try soon!!!

    ReplyDelete
  5. Ikan sebelah isi dia padat ke. Kalau dibuat bakar mmg best. Cicah ngan air asam. Tapi resepi ni mmg mudah n nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Oh senang pulak tu nak masak ikan masak asam macam ni. Dan bahan bahan pun senang nak dapat kat kedai. Ok i will try it out.

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba jgk laa resepi ni....ikan2 lain pn boleh jgk kot....ikan sebelah ni mmg sedap...isi dia halus...

    ReplyDelete
  8. Kita x pernah makan ikan sebelah. Tapi masak asam mmg fave. Masa dalam pantang, penjaga pantang suka masakkna tenggiri masak asam. Mmg x diet la dalam pantang pun hehe

    ReplyDelete
  9. subhanallah. besar tanda kekuasaan Allah :)
    tq for sharing story tu, alia.
    masak asam memang sedap.
    seimbangkan rasa masam, manis, masin...
    kuah kena byk kalau aida buat.

    ReplyDelete