DAFTAR ANAK DARJAH 1 2020/2021

7:13 PM

Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2013 (berumur 6 tahun pada 2019), yang lahir pada 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019) wajib ambil tahu!

Guideline nya begini :-

📌1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

📌2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my

📌3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

📌4) Dokumen yang diperlukan
- sijil lahir anak (salinan + asal)
- kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- surat nikah / cerai (salinan + asal)
- bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- sampul surat standard dan setem
- laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
- semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

📌5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.

You Might Also Like

0 comments